GT_GIRL get problem two day before school ?!?

We are popular okay!!

*Dua hari sebelum sekolah*

"Joo.. Joo.. cepat la jalan. Macam siput se*** la kau ni." Yun mengikat rambutnya tinggi sambil berlari di koridor sekolah. Tangannya ligat membutangkan baju kemeja yang tertera lambang Gangnam Private High School.

"Sabar la Yun, kau ingat senang nak lari sambil ikat tali kasut. Usain Bolt pon tak mampu buat macam ni taw. Tapi perlu ke kita lengkap pakai uniform. Namjoo mengerutkan dahi. Langkahnya di atur cepat menyaingi Yun yang tiga langkah jauh di hadapan.

"Kau tak dengar apa yang 'golden lady' tu cakap tadi. Aku tak nak kena buang sekolah lagi. Cukup la setakat, surat amaran, surat gantung, surat saman yang dah sampai kat rumah tu. Mummy aku dah bising da." Yun membebel tanpa henti. Sesambil itu tangannya bergerak-gerak seiring dengan langkah kakinya.

"Tu la kau, aku dah cakap. Tu lah dia, tu lah kalau tak nak dengar cakap kawan baik kau ni."Giliran Namjoo pula membebel.

Yun menjulingkan matanya ke atas. Bengang.  "Bukan segala jenis surat aku terima tu sama banyak ke dengan apa yang kau terima. Aku tak pernah buat kerja sorang okay." 

Namjoo mengembungkan pipinya. "Oh yeke, haha... kacang terlupa kulit pulak." Gurau Namjoo sambil ketawa kuat.

"Woi mana bilik Pengetua ni. Aku rasa dah dekat empat kali aku lalu bilik ni. Tak nampak pun signboard Bilik Pengetua." Yun mula geram. Kakinya dihentak kuat ke lantai.

"La, kau cari bilik Pengetua ke?" Tanya Namjoo sedikit blur. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

"Yela, Pengetua mesti la tunggu kita kat bilik pengetua. Apa ke pandai la kawan aku yang sorang ni. Sejak bila pulak, orang yang pakai jawatan Pengetua lepak kat stor." Bebel Yun lagi. Mereka kini sudah pun berhenti di tingkat empat bangunan sekolah mereka. Yun sudah putus asa mencari lokasi bilik uang dihuni oleh Puan Pengetua mereka.

"Yun." Panggil Namjoo perlahan.

Yun memandang Namjoo. Keningnya diangkat. Peluh didahi dikesat dengan belakang tangan.

"Ini Blok Akademik (blok yang menempatkan kelas-kelas) , Blok Pentadbiran (bilik guru, bilik pengetua dan yang seada dengannya) ada kat sebelah sana la." Balas Namjoo selamba.

Yun menepuk dahinya. "Awat la kau tak cakap awal-awal kat aku. Mampus kita kena bunuh dengan 'golden lady' nanti sebab lambat. Jom la kita gerak." Yun menarik tangan Namjoo geram. Apasal la sekolah ni besar sangat (Yun dan Namjoo dah tiga tahun jadi pelajar kat sekolah ni). Tengok. Kan aku dah sesat. Patut la dari tadi aku nampak banyak kerusi dan meja kosong je.

 

"Mana boleh macam tu Puan." Bangkang Yun dan Namjoo serentak. "Lagipun kami berdua je? Mana fair. Apa salah kami?" Kata mereka lagi.

Puan Kim, Pengetua Gangnam Private High School mengurut kepalanya yang sakit. Dia memandang Yun dan Namjoo yang sudah berdiri lagak gangster dalam biliknya itu. Tali leher mereka juga sengaja dilonggarkan di hadapannya. Sebelah kaki Yun sudah pun naik ke atas kerusi tetamu yang didudukinya tadi. "Apa salah korang?" Puan Kim tersenyum sinis. "Nak saya listkan satu-satu."Ugutnya.

Yun dan Namjoo mengangkat kening. Ni dah kira kes mengugut ni. Tak boleh jadi ni. "Benda boleh bincang elok-elok, rilek la Puan Kim. Kami berdua gurau je tadi. GUrau-gurau manja kata orang. Tak gitu Yun." Namjoo menarik tangan Yun supaya duduk semula.

"Permintaan saya tak susah mana pun. Saya just minta awak berdua bantu saya conduct beberapa orang pelajar bermasalah je kan."Suara Puan Kim sengaja dilembutkan.

"Masalahnya, beberapa orang tu jumlahnya 42 orang. Tu nasib baik termasuk sekali dengan pelajar-pelajar pertukaran tu. Duduk dalam satu kelas. Apa sebenarnya yang Puan Kim cuba rancangkan?" Nada suara Yun kedengaran geram. Dia mengetap giginya. 'Saja la tu nak perkena aku, macam la aku tak tau taktik dia ni,' kutuk Yun dalam hati.

"Korang kata tak ada apa yang mustahil bagi GT_GIRL. Sekarang buktikan la." Cabar Puan Kim dengan gaya memeluk tubuh sambil mengangkat keningnya sebelah. "Lagipun.." Pandangannya jatuh ke arah Namjoo. "Dalam list saya ada nama seorang pelajar bernama Youngjae." Kata Puan Kim lagi.

Namjoo mengerutkan keningnya. Mana ek aku pernah dengar nama tu. Wait. Don't tell me that.... "Yoo Youngjae?" Tanya Namjoo spechless* (dah lupa camne eja).

Puan Kim tersenyum lalu mengangguk. "Call." Kata Namjoo girang sambil mengangkat tangannya. Sempat juga dia menari tarian No No No dari kumpulan idol terkenal Apink.

"Andwe!!"Jerit Yun pula.

Namjoo berhenti menari. Pandangannya jatuh ke arah minah disebelahnya itu. "Ala Yun, jebal. Tak kan kau nak biarkan aku sorang-sorang conduct budak-budak bermasalah tu." Rayu Namjoo beria-ria.

"Kau bukan nak buat kerja pun. Alasan la tu nak jumpa Youngjae selalu. Nanti aku sorang je buat kerja." Yun sudah memeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya. Kepalanya ditolehkan ke arah yang bertentangan dengan Namjoo.

"Aku tolong... Kau tolong la aku pulak. Terima je la job ni. Tak susah pun." Namjoo mengongcang-gongcang bahu Yun.

"Bagi Yun masa nak fikirkan."

"Yun ada masa 30 saat. Cepat sikit." Kata Puan Kim selamba.

"Omma." Jerit Yun kuat.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
izzxoxo #1
Chapter 18: mohon banyak bersabar....MissL...tabah ni dugaan allah....percayalah sebalik semua yg MissL hadapi tentu ade hikmahnye....mungkin something worse than this thing could happen...jadi saya ucapkan banyak banyak takziah...mohon banyak bersama...cerita ni please sambung...DYA mohon sangat-sangat seriyesle cita ni daebak
RMnEXO
#2
Chapter 18: Innalillah.. MissL, buat banyak2 bersabar ye? Sama mcm aiyani dan hazwanizahari.., sye x kisah pun kalau ff ni nk dismbung atau x.. Jngn slh fhm dngn mksd sye.. tpi, you know.. when both our parents gone away, its must feeling so sad.. :( Saya turut menumpang kesedihan awak (MissL).. Tabahkan hati dan jangan putus asa! You can, MissL! FIGHTING!!!
aiyani
#3
Chapter 18: yA Allah!, takziah..... banyak-banyakkan bersabar ya~ Saya x kisah kalo citer ni disambung atau x... yang penting missl jaga kesihatan dia & stay strong! banyakkan berdoa kepada arwah, insya Allah, kerinduan awak pasti akan terubat. :D jangan lupa jaga kesihatan, saya yakin arwah mesti sedih kalo awak asyik sedih jer.
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 18: takziah to missL.. saya x kisah pun samada nk smbung or x cite ni.. kalo ade sye bce kalo x, x pe sye fham.. stay strong :)
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 17: apa yg berlaku sbnrnya?? sya x berapa nak pham..
RMnEXO
#6
Chapter 16: Oh my.. Ray kncing dlm sluar..
Tk dpt nk byngkn bile bende tu jdi dpn mte sye.. xD ;3 LOL
Lay_La
#7
Chapter 16: Klakar seyh
Update lgy
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 16: x de keje cari gaduh ngan orng kalo bosan.. adoi.. lawak gile ray terkencing dlm seluar sbb kris ngan yun jerit kt dia xD
93Hanafayana #9
Chapter 13: Ahahah update soon
midnite_halo
#10
Chapter 14: apa pulak yg yun rancangkan ni.. lucu pula.. perangai drg bgtu sbb d'smpah oleh llki2 yg jelos dgn emak drg.. lol