Title, Description and Foreword

MANGLISH。ㅡ a malaysian fangirl's writing guide for malaysians, ha.

Title, Description & Foreword


 

Hi again. I know, I know, all of you are much more eager to know on grammar rules instead of basics like this but, I would prefer to teach one by one. I am actually a reviewer on my main acc, and yes, this is my sec acc on AFF. Good luck finding my main acc if you wish. Back to the point, I would prefer it better to teach you the basics so you would have a cheat sheet on reviews. A perspective of how reviewers mark scores on aspects like the ones I will be discussing today.

Hai semua. Nana tahu, semua dah teruja nak belajar pasal peraturan tatabahasa dalam English daripada perkara asas macam Nana nak ajar sekarang, tapi kalau boleh, Nana nak ajar satu per satu. Nana sebenarnya berkerja sebagai seorang pengulas dekat akaun utama Nana dan, ya, ini akaun kedua. Kalau nak cari akaun utama, selamat maju jaya. Balik dekat perkara asal, Nana kalau boleh nak ajar korang semua perkara asas supaya korang bolehlah "main tipu" bila story korg diulas oleh budak budak US. Nana akan tunjukkan perspektif seorang pengulas mengulas cerita korg dalam aspek-aspek yang Nana akan bincangkan hari ini.

Title

Ya, tahu. Semua memang arif sangat pasal tajuk. Semua boleh reka tajuk, boleh curi tajuk dari nama lagu, nama cerita, nama novel, nama drama, nama wayang. Nana pun ada buat macam itu. Tapi, dalam yang Nana belajar sepanjang Nana mengulas, para-para reviewer pandang title sebagai suatu aset untuk satu cerita. Nana rasa semua tahu apa nak dielakkan bila tulis tajuk ini kan? Ataupun, tak? Tak apa, Nana terangkan and lupa nak bagi notis dekat korang semua. Nana punya mulut cakap main pakai lepas tau, so kalau korang terasa bila Nana terangkan/bagi contoh, Nana susun sepuluh jari awal-awal minta maaf, tapi kalau boleh, janganlah sensitif sangat dengan komen orang. Susah nak maju ke depan kalau macam itu.

Dalam kerja-kerja reviewing, memang title dititikberatkan sebab title ini dianggap sebagai suatu aset. Kunci kepada cerita. Andai kata Nana bagi dua contoh tajuk, tajuk mana korang lebih suka?

OMG! I Married Lee Taemin!

atau

Married To Anonymous

Korang tertarik baca yang mana? Mesti yang kedua, kan? Sebab yang pertama korang dah dapat tahu jalan cerita dia, dalam tajuk cerita dia terus lengkap sinopsis cerita, tak payah baca pun boleh teka macam mana cerita dia, bukan? Ha, dekat sinilah korang tak boleh pandang title ni sebagai satu benda yang simple. Title is key, title is important. Jangan bagi sinopsis cerita dalam tajuk. And Nana tahu ramai buat title macam contoh pertama itu, ada juga yang gempak ceritanya walaupun title dia dah bagi sinopsis tapi seelok-eloknya elakkan, kalau tak, korang akan dipandang rendah and reviewer akan fikir korang tak fikir out of the box. Menulis ini kreativiti. Menulis ini ibarat melukis, kalau guna warna hitam sepanjang masa, bosan juga lukisan korang lama-lama so kena berani explore.

Selain dari itu, bila dalam pengskoran title, reviewer juga lihat relevan jalan cerita korang dengan tajuk cerita. Kalau jalan cerita korang tak ada kena mengena dengan tajuk, haaa, ucap selamat tinggal dekat markah tinggi.

Andai kata Nana berikan contoh lagi sekali,

The Fruitcake Special

This story is about a man who loves his wife and seeks for her with the help of his group of friends who has supernatural powers. They head on a journey across the seas and fights monstrous demons in order to save his damsel in distress.

Boleh kaitkan relevan cerita dengan tajuk dia? Tak boleh bukan? Macam tak masuk akal, betul? Selalunya kes macam ini jarang berlaku, tapi jangan pandang benda ini ringan, dekat reviewer benda inilah yang paling mahal. Kalau title korg tak boleh berhubung kait dengan storyline, jangan ingat dia bagi markah. Paling kurang pun dia bagi markah sebab title tu nampak istimewa/menarik.

Kalau bandingkan contoh atas dengan contoh ini,

The Fruitcake Special

The story revolves around a girl who works at a bakery as a pastry chef and learns to bake a fruitcake from the owner before she dies. After the death of the owner, the bakery falls to the hands of the girl and it does not gain any customers. She barely pays the rent for the bakery, however everything changes when she starts baking the fruitcake and sells it everyday.

Tajuk cerita dengan jalan cerita dia ada kaitan, kan? Boleh nampak kan? So, ingat, bila pilih tajuk, tajuk itu mesti ada relevannya dengan jalan cerita korang. Jangan nak cerita pasal perkahwinan pastu letak tajuk pasal perceraian.

Last but not least, Nana nak advice sangat sangat supaya kalau boleh, cuba sedaya upaya, JANGAN AMBIL TAJUK LAGU SEBAGAI TAJUK CERITA. Kenapa? Nanti korang akan terima label, cliché, dari reviewer. Menatang apa pulak "cliché" ini?

Cliché: klee-shey

  • anything that has become trite or common through overuse

 

Istilah cliché ini, Nana rasa ramai yang familiar bukan? Tapi dari pandangan Nana, sebenarnya, dekat penghujung hari, semua pilihan ini atas pilihan kita. Nana rasa tak perlu pun apply review, kalau nak pun, Nana nasihat apply review yang bagi pilihan sama ada nak dengan pengskoran/tanpa pengskoran. Don't worry, Nana dah listkan review shop yang offer pilihan macam ini.

 

Description

Nana rasa pasal description tak payah nak cakap banyak kan? Semua tahu apa yang kena ada dalam description. Description ini untuk kita beri snippet of our story, a short synopsis of what the story is about. Nana rasa semua tahu apa yang korang kena avoid betul tak?

Yes! Character chart yang terlebih informasi!

Elak benda ini. Nak ada character chart boleh. Buat yang simple macam ini:

Jung Soojung, 18

Kim Jongin 18

JANGAN BUAT MACAM INI:

Choi Jinri, 18

- Soojung's bestfriend.

- talks a lot, friendly, nice, Oh Sehun's girlfriend.

Oh Sehun, 18

- Jongin's bestfriend.

- arrogant, cold and harsh, Jinri's girlfriend.

- secretly crushes on Soojung.

Jangan buat macam contoh second ni, yang first tak apa. Jangan bagi detail melebih sangat pasal karakter cerita. Nanti reader dah tahu macam mana perangai dia so dia fikir nak baca ke tak? Kalau reviewer, dia memang pantang nampak CC, dia akan tengok sama ada CC korg jenis detailed macam dah terus bagi ending cerita or bagi half-way saja. Nana bukan nak kata tak boleh letak CC, boleh. Nana pun ada guna CC, tapi nasihat Nana is, don't give out details of your character. Let the readers learn their flaws.

Lagi satu pasal description, kalau buat one-shot, tak payah bagi sampai separuh one-shot sebenar lepas itu letak dekat description. Tak perlu pun. Sebab kalau description panjang lebar macam buat ucapan Perdana Menteri, tak ada siapa nak baca pun. Sama macam bila Pengetua sekolah kau berucap hari Isnin waktu perhimpunan rasmi. Semua ternganga, melanguk macam orang bodoh. Ha, reader kau pun baca half-way lepas itu tutup tab, melainkan kau ada cara nak buat dia terikat dengan cerita. Kalau tak boleh, jangan buat description panjang lebar. Buat pendek dah cukup. Tak payah bagitahu siapa mati dalam cerita, siapa hero cerita, siapa minah perangai macam sial dalam cerita, tak perlu. Biar reader teroka, baca update kau then excited bila lagi kau nak update. Jangan bagi diaorang tengok iklan macam kat panggung wayang tu. Jangan bagi dorang dengar Pengetua kau berucap. Cukup sekadar kau bagi teaser photo EXO pastu buat dorang menjerit. Tak payah nak bagi dorang konsep sama macam Crayon Pop yang asyik pakai benda atas kepala dorang tu. Don't keep them bored at the first meeting.

 

Foreword

Foreword, apa foreword? Ramai yang selalu letak dia punya description ucapan Perdana Menteri kat sini. Tahu tak apa fungsi foreword ni sebenarnya? Ramai yang tak tahu kalau ikutkan. Foreword ini adalah author's notes. Kata-kata penulis sebelum orang sambung baca cerita dia. Pernah baca novel kan? Korang selak-selak buku, sebelum sampai Bab 1, ada macam nota penulis, ada yang pendek, ada yang panjang. Contoh:

Foreword bukan untuk description cerita. Bukan untuk sinopsis cerita. Apa-apa pasal cerita korang, semua sumbat dekat description. Tapi kalau siapa yang biasa buat foreword ni macam description, then tak apalah. Tak ada beza pun. Cuma foreword ini tujuan sebenar dia adalah untuk nota penulis; apa yang buat dia tulis cerita tersebut, apa ilham dia, siapa dia nak terima kasih dekat. Perkara macam tu. Tapi dalam AFF, peraturan tu diabaikan sebab tak dianggap menulis novel. Tapi ada yang guna foreword memang sebagai tempat author's notes. So, Nana rasa pasal foreword tiada apa nak dibincangkan cuma Nana saja nak bagitahu apa peranan foreword ini sebenarnya.


Review shops yang offer pilihan/review tanpa markah:

Sehun's Review and Recommendation Café

The Nerdy Review Sh★p

Halcyon City Review Shop

♛Scarlett Reviews

*☆*The Library*☆*

Book Cafe

✖ s h a d o w s ✖ review shop

Cloudy Day, Clear Day Reviews

Ada any topik yang korang rasa nak bincang gila gila, selain grammar? Ataupun bahagian grammar, korang nak Nana focus on apa?

Comment below and Nana akan update later!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ohneomo #1
Chapter 7: Hola kakak! Call me kimchi^^
Actually, kimchi ni english author tapi tersesat kat sini. (Do check out my fics >.^ warning: n M but not too details)
Boleh akak terangkan tentang double negatives? Kimchi selalu confuse pasal tu.
Thanks~
Izzati_2jin_wifey
#2
Chapter 6: transfer kt kawan unnie? so still this account or nak kena cari kt mana? --"??
ramengirl17
#3
Chapter 2: menarik! tak sangka ada maklumat macam ni. Miss Nana, sila beri tunjuk ajar!
tyra99 #4
Chapter 5: Benda ni sejak darjah 2 kita dah belajar.
tapi..
entahlah, sesetengah penulis aff ni hiraukan..
AhSongyi #5
Chapter 5: Oh..dah lebih tahu sekarang.
Saya dapat 80 waktu exam tahun 6 bulan Januari.Bulan Mac..alhamdulillah dapat 90 markah.Semalam cikgu bagi kertas Pemahaman.Pemahaman je la.
clminzydarabomlover #6
Chapter 4: Hey buddi....
Tinggal di kl ya?
Juga orang msia tapi orang seremban help saya dlm think idea untuk tulis chapter fic
Writer's block....
No your Malay is better than mine
Of course lah saya orang cina mah
AhSongyi #7
Chapter 4: Ohhh..baru faham maksudnya.
Izzati_2jin_wifey
#8
Chapter 3: eUe kadang2 bila dtang idea utk buat FF bru,FF yg lma2 tu tergantung berbulan2,sampailh grup yg terlibat dlam FF tu wt comeback bru smbung :B
AhSongyi #9
Chapter 3: tak pernah dapat pun writer's block. .-.