oo2

Miss Pisau Cukur { Hiatus Until School Holiday }
Please Subscribe to read the full chapter
Jinyoung berdiri dihadapan cermin kamarnya yang serba mewah. Syukur alhamdulillah, meskipun tidak disukai sebahagian besar keluarga ternama itu, namun dirinya tidak dilayan seperti orang gaji.   Tidak pernah disuruh melakukan tugasan pembantu rumah, cuma kadangkala dia dibuli oleh Luhan dan Shinhye. Shinhye adalah kembar Luhan,sama sahaja perangai dengan abangnya. Kaki buli.   Vila besar mereka itu mempunyai sepuluh orang pembantu rumah. Empat darinya lelaki sementara enam orang perempuan. Di antara sepuluh orang pembantu rumah itu, salah seorang perempuan yang agak berumur dilantik sebagai ketua. Namanya Minah. Berusia 50 tahun dan berbadan gempal.   "Luhan.....hina sangat ke saya?" Soal jinyoung sayu. Dia menatap lama wajahnya di cermin. Kulitnya tidak terlalu cerah, tidak terlalu gelap. Kuning langsat.   "Anak pungut!" Bicara Luhan terngiang-ngiang diingatan.   Ya, memang dia anak pungut. Dia anak yang tidak diredhai kelahirannya oleh ibu bapa kandung sendiri.   Dia anak yang dibenci sejak dia sebesar telapak tangan lagi. Dia anak yang tidak pernah sekalipun merasai kasih sayang ibu bapa.   Dia anak yang ditinggal oleh ibu sewaktu berusia lapan tahun dan dibiar tinggal bersama ayah. Dia anak yang didera oleh ayah kandung sehingga pengsan, sehingga tak pernah sekalipun merasai kebahagiaan dizaman kanak-kanak.   Dialah anak terbuang. Dialah anak yang sehingga dewasa kini menjadi terlalu benci kepada kedua ibu bapanya.    Jinyoung tenggelam dalam perasaannya sendiri.                                   ****   "SHUT UP!"   Jeritan itu bergema sehingga menggemparkan seisi vila. Namun itu bukan lah perkara yang tidak biasa bagi penghuni divila itu. Memang itulah yang akan berlaku setiap kali pembantu rumah mengejutkan Luhan untuk pergi bekerja.   Dengan hanya mengetuk pintu kamarnya sahaja, Luhan sudah menggila sampai tahap macam tu sekali. Itu belum lagi pembantu rumah masuk ke dalam biliknya.   Jongin meneguk air liurnya berkali-kali. Apalah malang nasibnya, dalam banyak-banyak tugas yang ada dalam vila ni, tugas mengejutkan anak-anak Encik Xi ni juga yang dia kena buat.   Untuk kali keberapa entah,tangan Jongin menggigil sewaktu menyentuh tombol pintu.   "Jangan masuk! Jangan ganggu aku nak tidur!"   Bibir Jongin bergerak-gerak mengikuti jerit pekik Luhan. Dah biasa sangat dengar semua itu sampai boleh hafal satu per satu.   "Ada aku kisah" desis Jongin. Tugas tetap tugas. S
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
irarara #1
Chapter 7: Update la lagi
Theodore91 #2
Chapter 7: nk tnya boleh x? erm.. sya keliru la watak jinyoung nie watak utama ke watak sampingan..?
secret_admire #3
Chapter 7: update soon!! best sgat2.. daebak.. jarang sya baca ff luhan jadi watak jahat.. hohoho..
sesuai jugak ea die jadi jahat.. heheh.. btw, fighting!! :)
syazaafiqah #4
Tapi nanti Jinyoung mati ke? Omo
syazaafiqah #5
Chapter 7: Hahaha. Berani betul Jinyoung. Update soon authornim
Ayla_Qistina
#6
Chapter 7: eh?? ni citer adaptasi ke authornim..?? jgn marah ye..kite tnya je.. hehe. xpe.. kite pun ada satu citer adaptasi novel.. :)