oo3

Miss Pisau Cukur { Hiatus Until School Holiday }
Please Subscribe to read the full chapter
"Tuan muda...." Ucap pembantu rumah. Tergagap-gagap menyapa Luhan. Kecut perutnya apabila melihat tuan muda yang sombong itu.   Mendengar sahaja nama itu disebut, Jinyoung segera menoleh. Jinyoung juga tergamam. Kenapa lelaki itu tiba-tiba muncul dia hadapan pintu biliknya? Ada apa-apa yang tidak kena kah?   "Keluar" Luhan mengarahkan pembantu rumah tersebut keluar dari bilik Jinyoung dengan nada yang tegas.   "Baik tuan muda...."     Jinyoung segera berdiri.   Luhan membuat wajah selamba. Hanya matanya sahaja yang bergerak memerhatikan sekeliling bilik Jinyoung yang tak ubah seperti bilik seorang puteri. "Bertuah sungguh anak pungut ni" getus hati Luhan.   Luhan mula berkira-kira hendak memasuki bilik Jinyoung. Tetapi, belum sempat kaki kanannya melangkah masuk, tiba-tiba Jinyoung bersuara.   "Saya tak benarkan abang masuk"   Luhan hanya tersenyum sinis. "Apa aku kisah sama ada kau benarkan atau tak" dengan selambanya, Luhan menapak masuk.   Mengelilingi bilik Jinyoung bagaikan seorang warden asrama sedang memeriksa sama ada pelajar membawa barangan terlarang atau tidak.   "Agak-agaknya...."   Langkah kaki Luhan berhenti betul-betul di hadapan Jinyoung.   ".....bila kau nak berambus dari vila ni, hah?"   Jinyoung tersentak. Pada ketika itu, hanya anak matanya sahaja yang menentang pandangan penuh kebencian dari Luhan.   "Kau perlu sedar Jinyoung. Hanya papa dan abang Hyumin je yang terima kehadiran kau dalam vila ni. Tapi aku, mama aku dan Shinhye tak pernah walau sesaat atau paling lama seminit boleh terima kehadiran kau di sini. Selama 12 tahun kami tunggu kau berambus, tapi kau tak berambus juga"   Tangan Luhan jatuh ke atas rambut Jinyoung yang harum. Memintal-mintal rambut Jinyoung seakan-akan mengejek kelemahan gadis itu.   "Jinyoung akan keluar bila papa halau Jinyoung!" Dengan tegas Jinyoung berkata.   "Terpulanglah kepada abang nak fikir yang Jinyoung ni perempuan taktahu malu. Tapi itu keputusan Jinyoung."   Bibir Luhan menggigil menahan sabar. Kalau ikut hatinya, nak sahaja dia rentap rambut yang ikal itu. Tapi tak apa, perempuan macam Jinyoung ni boleh diajar dengan cara lain.   "Entah-entah kau ada affair dengan papa tak?" Tanpa rasa bersalah Luhan menuduh.   "Astargfirullahalazim. Dengan nama Allah, saya berlindung dari fitnah"   Luhan menarik nafas panjang. "Wanginya rambut kau ni Jinyoung. Tentu papa suka rambut kau kan? Best tak layan papa?   "Cukup! Kalau abang masuk bilik Jinyoung semata-mata nak fitnah saya, fitnah papa, baik aba
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
irarara #1
Chapter 7: Update la lagi
Theodore91 #2
Chapter 7: nk tnya boleh x? erm.. sya keliru la watak jinyoung nie watak utama ke watak sampingan..?
secret_admire #3
Chapter 7: update soon!! best sgat2.. daebak.. jarang sya baca ff luhan jadi watak jahat.. hohoho..
sesuai jugak ea die jadi jahat.. heheh.. btw, fighting!! :)
syazaafiqah #4
Tapi nanti Jinyoung mati ke? Omo
syazaafiqah #5
Chapter 7: Hahaha. Berani betul Jinyoung. Update soon authornim
Ayla_Qistina
#6
Chapter 7: eh?? ni citer adaptasi ke authornim..?? jgn marah ye..kite tnya je.. hehe. xpe.. kite pun ada satu citer adaptasi novel.. :)