You Not Care Me Even A Bit??
My Cold Sweet LoveDisebabkan dua-dua dah basah kuyup berenang dalam parit,rancangan nak ke kebun tu dibatalkan ajalah,tergedek-gedeklah dua manusia tersebut pulang ke rumah nenek.Sena dapat rasakan hari makin hari mereka makin rapat.Sena juga mula terbit suatu perasaan pada Sehun.Namun dia tak pasti perasaan apa.Perasaan yang tidak dapat ditulis diatas kertas kosong ataupun dengan kata-kata.Biarlah perasaan itu terkubur dihatinya.Fuyo..ayat novel dah muncul plak.kekekek.
Sena dan Sehun pun sampai dihadapan rumah dengan gelak tawa.Puan Oh sudah menanti dihadapan pintu rumah dengan muka ditarik masam.Mana agaknya Encik Oh.
“kenapa basah kuyup ni??”.soal Puan Oh dengan mencerlung mata.Cam mak tiri Barbie.
“err tadi...
“Tadi apa?”.Puan Oh meninggikan suara.Kecut perut Sena.Terkelu lidah dibuatnya.
“kami jatuh dalam parit”.Jujur Sena.Terbeliak mata Puan Oh.Sehun hanya memerhati aja disebelah.
“macam mana boleh jatuh dalam parit??macam mana kalau Sehun kena demam nanti??hah??mesti kamu buat dia jatuh kan??”.Soal Puan Oh sambil menunding jari kearah Sena.Sena hanya menggigit bibirnya dan menunduk kepala.
“apa plak mummy ni”.Sehun mengeluh bosan.
“membebel je mummy ni”.Sehun berbisik didalam hati.
“Dahlah menantu yang tak diingini,perangai ter...
Sena pantas berjalan pergi.Tak sanggup dia nak dengar apa yang Puan Oh cakapkan tu sehingga habis.Hina sangatkah dirinya ini sampai dikatakan sebegitu,bukannya dia terhegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan Sehun,dia buat semua ni nak jaga aib keluarga.Kalau dia tak gantikan tempat Sungju apa akan terjadi?tak ada orang nak fikir ke?.
“tengok budak tu...orang belum habis cakap dah pergi macam tu..biadab!”.Puan Oh memeluk badannya.Sehun menggeleng kepala.
“mummy ni..suka betul membebel”.Sehun menggeleng kepala.
“Eh!kamu pun nak pergi jugak??hah!baguslah sangat!ikut perangai si Sena tu!”.Puan Oh menjeling geram.
Sehun masuk kedalam bilik.Aik,takde?Sehun hanya menggeleng kepala.Pergi kemana entah si Sena tu.Biarlah.Sehun pun mencapai tualanya dan menuju kebilik air.Menuju keluar dari rumah Sehun ternampak Sena duduk tercongok diatas kerusi ditepi pokok.Apa dia buatlah.
Sehun pun berjalan hampir pada Sena.Dia cuba mengintai.Takkan Sena terasa kot dengan mummynya.Mummy memang macam tu,Sehun dah masak sangat,sebab tu dia endahkan aja.
“lorh..nangis??nak pujuk ke?”.Sehun bersuara didalam hati.
“Tak pujuk kesian sangat..habis air dalam badan nanti”.Sehun terangguk-angguk.
Baru Sehun nak memegang bahu Sena,tiba-tiba telefon milik Sena diatas meja tersebut berdering dengan lagu Exo Angel.
“Hello..”.Sena bersuara sendu.Sehun hanya mendengar.
“hello..Sena..eh..awak nangis ke?”.Soal Daehyun.Sehun kerutkan dahi.Suara lelaki?.
Sena menarik telefon dari telinganya dan melihat nama yang tertera diskrin telefon.Nombor Daehyun.
“ehh..mana ada saya nangis..nangis ni tak stylo..saya selsema siket”.
Sehun mencebik bibir.Malas dia nak layan minah pelik plus senget tu.Dah mula ketawa semula tu.Dah ada yang pujuk malas nak Sehun pujuk.
“heh..menyesal aku nak pujuk..takpelah..menjatuhkan imej aku je pujuk-pujuk orang ni”.Sehun berjalan pergi dengan muka masam mencuka.Dia rasa nak sepak tendang-tendang je si Sena.
Sena menepuk-nepuk bantalnya.Nasib baiklah Daehyun pandai buat lawak dan mampu hilangkan sedikit rasa sedih dihati nih.Heh,harapkan Sehun,mana bayang pun tak tahu.
“macamlah dia pedulik sangat aku sedih ke ape..tuh..tengok mamat tu..dia boleh cool badak duk dengar lagu dengan khusyuknye”.Sena mengomel sendiri dengan menjuih bibir.
Sena masih terasa dengan kata-kata Puan Oh tadi.Buruk sangat ke muka Sena ni??rasanya tak pun.Adalah jerawat satu dua dekat muka nih,tapi still cute kot.Okey,sila muntah wahai hadirin sekalian.Sena tersengih-sengih dengan ayatnya sendiri.Sah gila.
Sehun berpaling kearah Sena.Meluatnya dia rasa.Ketawalah sangat,sukalah sangat.Ada orang pujuk...sukalah tu..kekasih hati duk tergelak bersama kan?.Sehun mencebik bibir.Dikuatkan volume ditelefonnya.
“ehh mamat ni...pekak ke telinga dia tuh”.Sena bersuara geram.Sampai Sena boleh dengar lagu yang didengar Sehun,kuat tak kuat volumenya.
Sena cuba mendengar lagu yang didengar Sehun.
“lagu Infinite,Nothing’s over?”.Sena berbisik didalam hati.
“hehh....sah lagu tu bila dia dengar terbayangkan Krystal”.
Sena dan Sehun pun baring sambil menarik comforter.
“duduk sana jauh-jauh!”.Arah Sehun.Sena mengerutkan dahi.Eh mamat ni nak emo-emo pehal?.
“ehh..kau nak aku tidur atas lantai ke??”.Sena mencebik bibir.Sehun hanya mencebik bibir.
“jangan dekat dengan aku”.Bunyinya macam amaran.Sena hanya menjeling.Jangan dekat konon.Nk muntah rasa.
“kau pehal marah-marah aku..bukannya nak pertahankan aku mase mummy kau kutuk aku..duk buat selamba badak je kat situ..dahlah tak pujuk langsung..tahulah aku ni bukannya perempuan yang kau cinta..aku ni bini kau so at least layanlah aku ni cam bini kau siket walaupun sekecik zarah ”.Sena mengomel sendiri sambil memeluk erat bantalnya.
Comments