Five ;

Overwhelmed (벅차)

13 tahun yang lalu...,

“Haeullie ~”

“Aish, waeyo, Jong ??” Haeul membuat muka meluat, ini sudah masuk kali ke lapan Jongin memanggilnya, tak nampak ke orang tengah sibuk buat kerja ni ? Guru tadika mereka sedang sibuk melayan rakan kelas yang lain.

“Hehe, Haeul ! cuba teka Jongin lukis apa ?” Jongin mengangkat-angkat keningnya. Meja bulat kecil berwarna merah lembut menempatkan Haeul dan Jongin bersama dengan Insoo serta Daeah.

Masing-masing sibuk melukis (atau lebih betul lagi, menconteng) dengan alatan warna yang disediakan oleh guru kelas tadika mereka, Cikgu Yoomi.

“Entah, Jongin lukis Poporo ?”

“Bleh. Poporo hyung susahlah nak lukis, dahlah mulut dia tiga segi.”

“Mana adalah! Poporo comel ! Mulut dia tak tiga segi okay ? Tu mulut penguin.”

“Patutlah, nanti mulut Haeul pun jadi macam pororo hyung ~ hahaha” gelak Jongin. Haeul mengecilkan matanya, lalu membaling pensel warna biru ke Jongin.

“Ahhhhh ~ cikgu tengok Haeul ! dia baling pensel warna dekat saya !”

“Haeul !! tak baik buat macam tu, minta maaf balik dan ambil pensel warna tu.” Tegur Cikgu Yoomi, memandang Haeul yang tertunduk.

“Nae—sorry, Jongin.” Ucap Haeul perlahan, Jongin mengekek ketawa, Cikgu Yoomi mengeleng kepalanya. Haeul menjeling matanya kearah Jongin, lalu menyambung untuk mewarna bunga tulip yang dilukisnya.

“Haeul—”

“Haeul—tengoklah sini !”

“Haaaeeeeeullllliie—”

“Wae wae waeeeeeee ?” Haeul memandang Jongin dengan meluat. Jongin tersenyum puas, “JJANG—ha!”

Mata Haeul tak berkedip, dia memandang lukisan Jongin. Lama. “Amacam hebat tak Jongin lukis Peterpan hyung dengan Tinkerbell terbang sama-sama ?”

“O—O—kay. Pelik, sebab kenapa kepala Tinkerbell besar sangat ? dan kenapa topi Peterpan macam daun ?”

“...”

“...”

“CIKGU ! HAEUL KATA LUKISAN TOPI PETERPAN HYUNG JONGIN MACAM DAUN LEPAS TU, DIA KATA KEPALA TINKERBELL BESAR !!”

Haeul menyembunyikan mukanya dengan kertas lukisannya, invisible Haeul, invisible ~ berharap agar cikgu tidak nampaknya. Geram betul dengan Jongin yang suka mengadu ni. Ish!



Haeul.

“Haeul ? Haeul ?”

Aku membuka mataku, perlahan. “E-eomma—”

“Syukurlah, kamu dah sedar, Haeul.” Eomma memeluk aku, aku berada dekat mana ni ?

“Nuna, dekat hospital sekarang..” Hari menjawab pertanyaan aku, aku mengangguk perlahan, water hydrill yang tercucuk ditanganku, dipandang sepi.

“Nuna busuk ni, okay ke ?” Tengok tu, boleh lagi dia usik aku. “Hari busuk rasa ?” aku menjelir lidah, HAHA. Aku usik dia balik.

Dia ketawa, lalu menjelir lidah juga. Eomma dan appa mengeleng-geleng kepala. Appa datang mendekati aku.

“Haeul-ah, macam mana boleh jadi macam ni ?” Appa mengusap kepala aku, aku hanya tersenyum lemah lalu merebahkan kepalaku kembali ke bantal.

Aku membelakangi eomma dan appa, mataku memandang ke arah luar, gelap dan hujan lebat. Cincin di jari manisku, ku perhati sayu. Mataku pejam, cuba untuk melupakan apa yang terjadi.

Jongin-ah, wae ?



Jongin.

Aku memasukkan tangan kedalam poket hoodieku, sesekali aku menyanyi-nyanyi kecil. Aku turun kebawah untuk minum air, dahaga tiba-tiba.

Aku menekan pintu peti ais, secara automatik terbuka, diambil jar yang berisi air sejuk aku tuangkan ke dalam cawan lalu duduk di atas meja kabinet dapur eomma.

07:45

Entah kenapa hati aku tiba-tiba risau. Hujan lebat sangat di luar sejak semalam, aku mengeluh perlahan. “Kenapalah aku risau pasal budak tu ? Damn it.”

Tiba-tiba, kedengaran jejak kaki turun dari tangga laju, suara eomma kedengaran menggesa appa supaya cepat. Aku loncat turun dari kabinet lalu bergerak untuk memastikan.

Kelihatan eomma dan appa seperti kalut, eomma membetulkan sweater putih dibadannya, appa pula masih belum turun.

“Eoh, eomma. Nak pegi mana ?” ujar aku, memeluk eomma dari belakang. Eomma terjongket sedikit, lalu tangannya melurut dadanya. Terkejut.

“Ish kamu ni, Jongin. Terkejut eomma.” Eomma mengeleng-geleng kepalanya. Aku ketawa sedikit. “Hehe, sorry, eomma—”

“Eomma dengan appa nak pergi hospital.” Katanya, memandangku. Aku pelik. “Hospital ? kenapa ? Eomma sakit ke ? atau appa sakit ?”

Eomma mengeluh, “Bukan appa atau eomma yang sakit, Jongin.”

“Then ?”

“Haeul, Jongin. Haeul.” Kata Appa setelah turun dari tingkat atas. Aku terpana.

“Ha—Haeul ?”



Author.

“Buka mulut tu, Haeul.”

“Eomma, biar, Haeul buat sendiri, okay ?”

“Heurm, yelah.”

Haeul menyuap sesudu bubur ayam ke dalam mulutnya, lalu kembali baring. “Sikitnya, Haeul. Habiskan.”

“Shiroyo—Haeul tak lapar, eomma.”

Puan Lee mengeluh, lalu mengusap-usap kepala Haeul, “Eomma keluar kejap, apa-apa tekan butang hijau dekat tepi katil tu kalau nak apa-apa okay ?”

Haeul mengangguk, eommanya hilang dari pandangan. Appa serta adiknya telah ke tempat kerja dan sekolah. Dia masih belum boleh balik kerana suhu badannya masih belum turun.

Siling hospital ditenung lama, sebelum dia mengiring ke kanan, memerhati titisan air hujan yang jatuh sikit demi sikit. Raindrop.

Pintu bilik wadnya kedengaran dipulas lalu ditutup kembali. Haeul yakin itu pasti eommanya. Dia hanya diam, matanya ralit memerhati titisan air hujan tersebut.

“Eomma, eomma ingat tak lagi ? masa Haeul umur 7 tahun ?” senyuman kecil terukir dimulut Haeul, dia masih ralit memerhati keindahan alam tersebut.

“Masa tu, Haeul baru balik dari sekolah, dia pun ada. Jongin masa tu sibuk-sibuk nak ikut Haeul balik rumah kitakan, eomma ?”

Haeul tersenyum, tangannya menunjuk ke arah rintisan hujan diluar bilik wadnya, “Hujan waktu tu, disebabkan kitorang percaya yang raindrops sebenarnya kristal yang cair jatuh dari kerajaan langit—”

“Habis pasu bunga eomma kitorang ambil buat tadah raindrops..lepas itu, kitorang kena marahlah kan?” Haeul ketawa, lama.

Tiba-tiba, kedengaran pintu biliknya dibuka dan ditutup. Haeul mengalih badannya, “Eh ? eomma—?”

Haeul mengaru-garu kepalanya, pelik. Keluhan dilepaskan lalu kembali memerhati pemandangan luar dari tingkap hospitalnya.


Author note:
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiii !!!! *waaaaveeee* 
How's about this chapter, guys ? Heheeeeee . yeah, saya tau mungkin chapter ni boring, kan ? TT ^ TT 
POV kali ni banyak flashback kisah lama Haeul dengan Jongin. Nampak tak kasih sayang Haeul dekat Jongin ? Haha tapi sayang....
Jongin......*cries* i know i'm cruel sebab buat watak Jongin jadi batu sampai macam tu sekali.......b--but #slapped
Anyway, apa pendapat korang kalau saya masukkan watak + cerita tambahan dalam cerita ni ? maksudnya Ryeo, akan ada side story dari salah seorang member EXO

+ 'seseorang' yang akan berkait dengan Haeul? Komenlah, kalau setuju @ tak ? Saya tunggu!!
 ㅡ babybreath, 12:24 PM Kst, 26/04/2014 (Sunday)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
girly_girl25 #1
Chapter 14: Warghh kenape kai kejam sangat dgn haeul tu? Haeul ada buat something wrong ke? Ke saya yg x dpt catchup cerita ni? Please someone HELP ME !!!! BTW keep updating author-nimm Hwaiting!!! One more thing, taemin kenal ke haeul. If yes,how?
Farysya #2
Chapter 14: Keep updateeeeee ;)
_shuhidah
#3
Chapter 14: Update lgi.saya sukaaa!!hehe
laierathieyah #4
Chapter 14: unnie update! thanks unnie, muah~~
galaxy_here
#5
Chapter 10: update soon.
Omooo,sweetnya Kai :)
kirah99
#6
Chapter 10: thnks sbab update unnie. :) awwww, x tau knapa tpi saya rasa kai sweet. :3
laierathieyah #7
Chapter 10: jongin memang annoying =.= tapi dalam diam dia still caring kat Haeul.. hee thanks sebab update unnie. luv ya!!
baekielover #8
Chapter 9: alahai,knapa jongin annoying sngat.
yEsuiUnNie
#9
Chapter 8: excited gila bca cita ni..... jongin wlaupun keras mcm batu tp dia penari mudah dilentur ...kekeke....btw ryeo ppali update ...nae~
Prince_Channy
#10
Chapter 8: lmenye x update..hrm..update lh cpt..jebal.. ;)