Six ;

Overwhelmed (벅차)


Author.

Dia menyandarkan dirinya ke pintu bilik wad Haeul, memejamkan matanya. Apa yang berlaku di dalam bilik Haeul tadi cuba dicerna dan entah mengapa, hatinya terusik apabila mendengar ketawa halus Haeul.

“Jongin ?”

*K—keomonim.”

“Tak nak masuk ?”

Puan Lee memandangnya lembut, senyum. Jongin hilang kata-kata, lalu hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan.

“Mana eomma dengan appa kamu ?”

“Appa dah pergi kerja, eomma pula pergi belikan buah tangan untuk Haeul—”

“Aigoo, buat susah-susah saja, Jongin.”

Jongin hanya tersenyum tawar, “K—keomonim, saya—”

Puan Lee memandang anak rakan baiknya itu, dia pasti ini berkaitan dengan Haeul. “Kenapa Jongin ? Cakap saja, keomo tak marah.”

Jongin melepaskan keluhan, “Saya nak minta maaf sebab semalam—”

Puan Lee ketawa kecil, lalu membawa tangan Jongin ke ribanya, ditepuk perlahan. “Gwenchana, Jong. Keomo tak marah, lagipun kamu dengan Haeul dah lama tak bergaul...sekarang, kamu berdua pun dah bertunang...”

Jongin memerhati eomma Haeul, rasa bersalah menyelubungi diri, dia ingin meminta maaf kerana telah tinggal Haeul begitu sahaja malam tersebut, rasa bersalahnya makin bertambah apabila dia mendengar apa yang Haeul ceritakan di dalam tadi. Kenapa aku rasa yang dia lain ?

Tapi egonya masih ada. Bahu Jongin ditepuk, “Dah-dah, eomma kamu dah datang tu, jom masuk , Jongin?”

Kelihatan Puan Kim berjalan kearah mereka sambil mengendong sebakul buah-buahan. Puan Lee mendekati lalu menyapa rakan baikknya itu, beberapa minit kemudian, bahu Jongin dicuit oleh Puan Kim,

“Kenapa tercegat lagi ? Ppali~”

Pada mulanya, dia memang berat hati, tapi setelah diajak serta  pandangan sayu Puan Lee, dia mengalah.

Keluhan dilepaskan, tangannya digenggam rapat, menahan egonya dari meningkat, lalu dia mengekori ibunya dari belakang.


Haeul.

Aku membuka pintu bilik air setelah bersusah payah turun serta bergerak untuk ke bilik air tanpa meminta bantuan jururawat.

 Water hydrill yang masih lekat ditanganku terpaksa aku bawa ke dalam juga. Baru sahaja, aku membuka pintu bilik air, kelihatan pintu wadku ditolak dan terbuka.

Aku tercengang dengan kehadiran ‘pelawat’ tersebut, menyebabkan aku tersalah pijak ke pinggir lantai yang licin. Dengan itu, aku hilang imbangan badanku, lalu terdorong ke belakang. “A—aahh!!”

“O—OMO!! HAEULLIE!!”

Bagaikan terasa pinggangku dipegang kejap, aku mendongakkan kepala, terasa hembusan nafas hangatnya di mukaku. Aku terdiam.

Kedengaran eomma serta eomma Jongin melepaskan keluhan lega. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Aku masih menatap wajahnya, terpana serta terkejut dengan tindakan refleksi Jongin.

“Kau okay ?”

 “E—eurm, saya o—okay.” Aku menolak lengannya dari memegang pinggang aku lagi, lalu aku cuba bangun dengan sendiri, belum sempat aku ingin capai water hydrill yang terjatuh di lantai, Jongin terdahulu mencapai.

“Nah, lain kali...jangan cuai.” Jongin menyuakan water hydrill kepada aku, mataku terkedip-kedip, secara automatik, aku mengangguk perlahan. “N—nae”

Eomma membantu aku bergerak ke katil, mulutnya masih membebel-bebel, aku hanya membuat muka bosan. Eomma Jongin hanya ketawa kecil.

Jongin yang berdiri di sebelah eommanya, hanya memandang sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Seoyong keomonim menepuk bahuku perlahan, lalu memesan supaya aku menjaga kesihatan diri. Aku mengangguk, senyuman ikhlas aku berikan. “Arasseoyo, keomo~ tapi Haeul tak janji kalau Haeul boleh tahan diri dari main hujan. Hehe”

“Aish, tengok tu, Seoyong ? Besar-besar pun masih nak buat perangai kecil dia tu.” Bebel eomma, aku memuncungkan mulut.  Seoyong keomonim ketawa sambil mengeleng-geleng.

“Jongin pun sama, Minyoung. Bukan Haeul seorang saja. Semalam balik dari majlis tu pun basah kuyup juga, entah apa yang dimenungnya dekat luar dalam hujan” Kata eomma Jongin sambil menampar manja bahu Jongin.

Jongin membuat muka tak puas hati dekat eommanya. Eomma serta Seoyong keomo melepaskan tawa mereka melihat reaksi Jongin. “Padanlah ~”

Aku menahan tawaku dari terlepas, lalu memandangnya dia pun main hujan ?

Tanpa disedari, dia juga mengalih pandangan kearahku, aku yang kekok, cepat-cepat larikan anak mataku daripada dipandangnya lagi.  


Author.

Dua hari berlalu, kini Haeul sudah kembali ke rumahnya, dia berada di balkoni biliknya, rambut paras lengan miliknya dibawa angin. Dia merehatkan dagu di atas kedua belah lututnya.

Matanya memandang bangunan tinggi serta pemandangan Seoul pada waktu petang, Jessi ada menelefon dia menanyakan khabar, boleh dikatakkan nada suara Jessi agak risau.

Haeul menggeleng-geleng kepalanya sambil ketawa. Budak perempuan berdarah campuran korea dan amerika itu mempunyai banyak karenah, membuatkan Haeul senang berkawan dengannya.

Ketawa Haeul mati apabila dia teringatkan kejadian dua hari lepas, semasa Puan Kim hendak meminta diri, eommanya pula keluar menemani kawan baikknya itu keluar sebagai tanda hormat dan terima kasih. Tiba-tiba—

 “Nah, ambil ni!” Jongin membaling sesuatu kearahnya. “H—huh??” Haeul yang tidak bersedia, terkial-kial menyambut benda yang dibaling oleh Jongin.

Sebungkus coklat berjenama lotte (jelas sekali bahawa coklat itu merupakan keluaran syarikat appa Jongin) jatuh ke paha Haeul.

“Kau nak makan ke, nak tengok ke, nak bagi dekat adik kau ke...ikut suka hati kaulah”  

 “G—go—gom—”

“Bye ~” Belum sempat Haeul habis mengucap perkataan terima kasih (lambat sebab gugup, kan ?) Jongin telah keluar dari bilik wadnya, hanya kedengaran tutupan pintu.

“Gomawwo...Jong.” Haeul mengeluh, lalu mengambil coklat yang diberikan (atau dibaling) oleh Jongin tadi, LOTTE Chocolate Bar Gold Wrapper. Kelihatan senyuman terukir di wajah Haeul.

Sejak itu, Haeul asyik tersenyum apabila dia membawa keluar coklat tersebut dari bawah bantal, sehinggakan Puan dan Encik Lee serta adiknya, Haru pelik dengan perangai Haeul. Mereka merasakan simptom sampingan demam panas yang membuatkan Haeul jadi begitu.

Haeul menolak rambutnya yang dibawa angin, mengalih pandangannya ke arah coklat bar yang berada di atas meja kopi, dia masih sayang hendak makan coklat tersebut.

“Dia kata ikut suka aku kan ? So—aku simpan 10 tahun pun dia tak kisah kan?”  Ketawa kecil keluar dari mulut Haeul lalu dia mengeleng-geleng kepalanya.

Buku lukisan yang berada di sebelah coklat tersebut di ambil lalu dia menulis sesuatu di bawah lukisan yang siap dilukisnya itu,

PP finally back being nice to TB even just for a day — Lee Haeul.


Author note:
Kkakkung ? o w o
Whehey ~ new chapter update today ~ 
HAHA, semalam dah update, dan untuk hari ni ~ ~ jyajan ~! Chapter 6 is up ! 
Amacam episod kali ni ? > u <
Aceeeyy Jongin dah mula jadi baik dekat Haeul ~ *throw confetties & party everywhere*
Orz orz abaikan Ryeo sbb fangirling over fanfic sendiri lol
Jongin, nak promote appa dia punya syarikat sangat lmao
Terima kasih kepada korang yang bagi feedback and komen (even just said, "update soon" TT ^ TT)
Terima kasih, please don't stop commenting and give feedback ok ?
See you on the next chappie \(O u O)/ *vanished through the thick wind* ㅡ babybreath, 11:40 PM Kst, 21/04/2014 (Monday)

*Keomonim - aunty / makcik (more polite, casually using it when with our related blood / parent's  close friend)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
girly_girl25 #1
Chapter 14: Warghh kenape kai kejam sangat dgn haeul tu? Haeul ada buat something wrong ke? Ke saya yg x dpt catchup cerita ni? Please someone HELP ME !!!! BTW keep updating author-nimm Hwaiting!!! One more thing, taemin kenal ke haeul. If yes,how?
Farysya #2
Chapter 14: Keep updateeeeee ;)
_shuhidah
#3
Chapter 14: Update lgi.saya sukaaa!!hehe
laierathieyah #4
Chapter 14: unnie update! thanks unnie, muah~~
galaxy_here
#5
Chapter 10: update soon.
Omooo,sweetnya Kai :)
kirah99
#6
Chapter 10: thnks sbab update unnie. :) awwww, x tau knapa tpi saya rasa kai sweet. :3
laierathieyah #7
Chapter 10: jongin memang annoying =.= tapi dalam diam dia still caring kat Haeul.. hee thanks sebab update unnie. luv ya!!
baekielover #8
Chapter 9: alahai,knapa jongin annoying sngat.
yEsuiUnNie
#9
Chapter 8: excited gila bca cita ni..... jongin wlaupun keras mcm batu tp dia penari mudah dilentur ...kekeke....btw ryeo ppali update ...nae~
Prince_Channy
#10
Chapter 8: lmenye x update..hrm..update lh cpt..jebal.. ;)