Park Chanyeol— Into My Life

Description

"Mana-mana aku pergi je, dia ada. Eii... Rimaslah! Dahlah dengan senyum tak boleh blah dia tu. Rambut pun melebihkan sarang tebuan. kenapalah dalam dunia ni, Malaysia jugak yang dia pilih nak buat konsert?" seorang gadis dalam linkungan 18 tahun berkata dengan kasar.

"Kau tak boleh cakap macam ni, Ain. Dia tu artis k-pop. Kalau kau cakap depan peminat dia, dah mati agaknya. Tambah lagi sasaeng EXO semua menyeramkan." rakannya membalas. 

"Artis K-pop ke, artis Hindustan ke, dia mana ada kuasa apa-apa pun. Manusia jugak. Macam manalah dia boleh sesat? Yang ayah aku tu pun baik sangat, siap offer suruh dia tinggal rumah aku dulu. Bukan sekejap, TIGA minggu tau tak?" 

"Kau ni marah sangat dengan dia kenapa? Cer citer sikit~" Kawannya tersengih-sengih melihat wajah bengisnya ketika itu. Gadis yang dipanggil Ain tadi melepaskan keluhan berat. "Benci betul kau dengan si Chanyeol tu, eh?" 

"Yang kau tersengih-sengih ni kenapa?! Aku tahulah kau minat budak tu pun!" 

"Dia bukan budaklah. Tinggi melebihkan tiang pun kau cakap budak. Memang betullah kau buta." sindir rakannya. Ain mencebik geram. Kenapalah dia ditakdirkan bertemu dengan kawan yang minat K-pop? 

"A...in." Satu suara mencelah. Suara itu kedengaran garau dan terpinga-pinga, menambahkan lagi kemarahan yang bersarang di lubuk hati Ain. 

"Tu, dia panggil kau." Rakan Ain menjuihkan bibir ke arah seorang lelaki yang tinggi. Ain sekali lagi mengeluh. "Apa?!" dia berpaling ke arah Chanyeol dan berkata dengan nada yang kasar.

"No... thing." Chanyeol cuba bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dia agak terkial-kial kerana dia tidak fasih. Dia tahu sikit-sikit, itu pun sebab Kris mengajar dia bertutur asas. Ain menjeling tajam. Kemudian dia berpaling kembali ke arah rakannya. "Kau tengok? Dia saja je tu!" 

"Sabarlah, Ain. Dia rindu kawan-kawan dia lah tu. Dia takde kawan nak main." Sahabat baik Ain yang tadi cuba menenangkan Ain yang berapi tanpa sebab. "Siapa suruh dia pandai-pandai sesat?" Ain mengeluh perlahan.

"Kau jangan buat perangai macam ni, Ain. Nanti kalau kau jatuh cinta macam mana?" kata-kata yang meluncur keluar dari mulut si rakan membuatkan Ain tergamam seketika.

'Takkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Ain menjerit-jerit di dalam hati.  

Foreword

ARTIS K-POP DIKHABARKAN HILANG SEJAK MINGGU KEDUA 'SM TOWN MONTH' 

 

 

Baru saja membaca keratan akhbar, Ain sudah berasa tidak berminat. Dia bukan peminat K-pop."Kalau Noorul mesti dia suka benda-benda macam ni" bisik hatinya sendirian. Dia menyusun kembali akhbar itu dan meletakkannya di atas meja.  Bosan!

"Hmmphh... Nak bagitahu Noorul ke tak?" Fikirnya. "Nak bagitahu apanya, Ain? Kau bukannya tahu pun hal-hal berkenaan tu!" rungutnya sendirian. Dia kembali menjenguk akhbar itu sedikit. Wajah artis K-pop yang hilang itu tertampal di situ.

"Hmm... Hensem jugak, eh? Bertuah siapa yang jumpa dia." dia tersenyum sendirian. Beberapa saat kemudian, dia menggeleng-geleng kepalanya. "Ah! Aku pun dah berjangkit dengan penyakit si Noorul ni! Suka berangan!" dia membebel kepada dirinya sendiri.

 


Watak-watak utama

 

Park Chanyeol 

Ain

Noorul 

 

Watak-watak tambahan :

Encik Akram dan Puan Farah (ibubapa Ain)

Auni (kakak Ain)

Ariff (abang Ain)

Nabilah (kakak Noorul)

EXO

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
jiwa_kacau #1
Chapter 1: update cepat2 .. best nie.. ! telinga Chanyeol besar ke ? hihih
JieunSparkleJunior #2
Chapter 1: Update soon authornim~~saye suka cerita nie♥