Artis K-pop Hilang?

Park Chanyeol— Into My Life

Baru saja membaca keratan akhbar, Ain sudah berasa tidak berminat. Dia bukan peminat K-pop."Kalau Noorul mesti dia suka benda-benda macam ni" bisik hatinya sendirian. Dia menyusun kembali akhbar itu dan meletakkannya di atas meja.  Bosan!

"Hmmphh... Nak bagitahu Noorul ke tak?" Fikirnya. "Nak bagitahu apanya, Ain? Kau bukannya tahu pun hal-hal berkenaan tu!" rungutnya sendirian. Dia kembali menjenguk akhbar itu sedikit. Wajah artis K-pop yang hilang itu tertampal di situ.

 

"Hmm... Hensem jugak, eh? Bertuah siapa yang jumpa dia." dia tersenyum sendirian. Beberapa saat kemudian, dia menggeleng-geleng kepalanya. "Ah! Aku pun dah berjangkit dengan penyakit si Noorul ni! Suka berangan!" dia membebel kepada dirinya sendiri.

“Mak…” Ain memanggil emaknya kerana suasana di rumahnya sunyi seketika. “Haish… Ke manalah mak dengan ayah ni?” bisik hatinya sendirian. Dia meninggalkan akhbar di atas meja lalu bergegas ke dapur. Emaknya tiada pula di situ.

“Mana dia orang ni? Kakak dengan abang pun takde…” Dia mulai risau.

“Ain!” terdengar suara Puan Farah memanggil. Ain bergegas mengikut suara itu. Oh, dekat luar rupanya. “Mak ni! Ain risau tau tak?” dia mendekati emaknya yang sedang membaja pokok. “Ayah mana, mak?” soalnya.

“Hmm… Ayah pergi pasar dengan abang Ngah cari ikan siakap.” Jawapan Puan Farah benar-benar menggembirakan Ain. Ain tersenyum riang. “Mak nak masak ikan siakap ke ni? Masak sweet sour eh, mak? Mak cantiklah hari ni.” Puji Ain. Puan Farah memandang Ain pelik. Entah ikhlas entah tidak budak ni.

“Pandai kau bodek ye, Ain? Mak nak masak kukus je.”

 

Serta-merta senyuman di wajah Ain terpadam. “Mak! Tak sedaplah masak kukus! Hanyir…”

 

“Kak Long teringin nak siakap kukus.” Puan Farah kembali berkebun tanpa mengendahkan rengekan Ain. Ain mencebik.

 

“Kak Long mana, mak? Dari pagi lagi tak nampak hidung.” Soal Ain.

 

“Keluar dengan kawan-kawan dialah tu.”

 

“Kalau dia dah keluar, mestilah dia dah makan. Buat apa nak masak dekat dia?” Ain mengeluh kecil. Kakaknya terlalu bebas kehidupannya. Keluar jika dia mahu, balik jika dia mahu. Tetapi mak dan ayahnya masih sayangkan dia. Puan Farah tidak menjawab soalan Ain. “Tak payah banyak cakap. Meh tolong mak siram pokok bunga ni.”

Ain akur. Dia mencapai penyiram dan berjalan ke arah paip yang tidak jauh darinya. Dia menadah air ke dalam penyiram itu. Selepas penyiram itu sarat, dia kembali ke tempat emaknya menanam pokok bunga sebentar tadi. Dia menuang air ke dalam satu demi satu pasu.

“Ain siram pokok tau. Emak nak sidai baju sekejap.” Ujar Puan Farah sebelum masuk ke dalam rumah. ‘Mak ni macam perli aku je… Bukannya lama pun nak siram pokok.’ Omel Ain sendirian. Pokok-pokok bunga yang emaknya tanam penuh dengan warna-warni. Ada yang merah menyala, ada yang berwarna kuning pekat, kuning cair pun ada, warna biru, ungu, putih, macam-macamlah!

Tiba-tiba…

 

“Aii!” sesuatu telah menepuk bahu Ain yang sedang menyiram pokok.

 

“Mak aii, mangkuk meletup!!!” Ain melatah dan penyiram yang tadinya terpegang kemas di tangannya sudah terpelanting dan membasahi muka Noorul yang mengejutkan Ain.

 

“Ain!! Habis basah tudung aku!!” rengek Noorul. “Baju aku pun terkena sikitlah!”

 

“Hah, padan muka kau. Siapa suruh kau datang tak bagi salam?” Ain pura-pura tidak bersalah kerana dia berpendapat dia memang tidak bersalah.

 

“Ermm… Kau ni melatah melebihkan orang tualah, Ain. Terkejut beruk pulak kau.” Sindir Noorul. Ain menjeling Noorul. “Yang terkejutnya aku, bukannya beruk. Yang beruknya kaulah!” balasnya dengan nada perli.

“Wei, Noorul. Tadi kan, aku ada baca surat khabar. Ada artis K-pop ni hilang dalam Malaysia. Dia hilang masa minggu kedua SM City Month ke apa entah.” Beritahu Ain apabila dia teringat keratan akhbar yang dibacanya tadi. Noorul terus berasa tertarik untuk mendengar. “Betul ke? Eh, Ain. Sejak bila kau minat K-pop ni?” soal Noorul teruja.

“Aku tak minatlah. Tapi betullah, aku ada baca.” Balas Ain jujur.

 

“Nama apa artis tu?” tanya Noorul lagi.

 

Ain tersengih seperti kerang busuk. “Yang tu aku tak baca. Aku baca tajuk dengan tengok gambar je.”

 

“Apalah kau ni Ain! Dahlah ayah aku jenis tak beli surat khabar.”

 

“Tapi kan, artis tu hensem jugak tapi telinga dia besar sikit.” Ain memuji-muji artis tersebut. Noorul tersengih mendengar pujian Ain. “Sejak bila kau belajar memuji orang eh, Ain? Tapi betul ke artis tu telinga besar? Grup apa artis tu?” soal Noorul bertubi-tubi macam sejenis senapang menembak gajah.

“Tak tahulah. Tapi dalam gambar tu macam artis tu tinggi. Kau nak aku ambilkan surat khabar tak? Ada dekat dalam.” Tawar Ain. “Ha’ah. Ambilkan.” Noorul yang tidak mahu melepaskan peluang terus menerima tawaran Ain. Ain bergegas masuk ke rumah. Dia menapak ke meja kopi di ruang tamunya. Dia mencari-cari surat khabar yang diletak di atas meja kopi itu tadi. “Mana ni? Jatuh ke?” dia menjeling-jeling di lantai kalau-kalau ada surat khabar itu. “Haish… hilanglah pulak. Mesti mak ambil sebab nak baca.” Dia kembali ke Noorul.

“Sorry morry, Noorul! Mak aku ambil la pulak.” Dia meminta maaf kepada Noorul. “Hmm… takpelah. Kau gambarkan sikit artis tu. Mungkin aku kenal.” Jawab Noorul yang masih tersengih.

“Artis tu… erm… tinggi.” Ain sudah mula menggambarkan.

 

“Yang tu kau dah bagitahu. Nyanyuk punya makcik.” Ejek Noorul tetapi Ain buat tidak endah.

 

“Telinga dia besar.”

 

“Pun kau dah bagitahu.”

 

“Rambut warna hitam atau koko. Macam tulah”

 

“Okey…” Noorul mengangguk.

 

“Kulit dia putih.” Ain tersengih. Noorul mencebik. “Ngok punya tok nek! Semua artis k-pop putih!” Bicara Noorul hampa. Dia tidak dapat menggambarkan wajah artis yang disebut Ain. Ain menjeling. “Tadi mak cik, dah naik pangkat tok nek pulak.”

“Hmm… Okeylah, aku nak balik rumahlah. Dah dekat waktu makan ni. Bye…” Noorul melambai-lambai sebelum beredar. “Bye, Noorul! Jalan elok-elok tau! Jangan bagi lembu kejar!” jerit Ain dengan nada perli. Noorul buat tidak endah dan meneruskan perjalanannya. Rumah Noorul tidak jauh dari rumah Ain. Selang beberapa buah rumah je.

    

 

 

Lebih kurang setengah jam kemudian, kereta MPV milik Encik Akram mula meluncur memasuki laman rumah mereka. Ain yang tidak sabar-sabar ingin menikmati siakap sudah menunggu di depan pintu. Dia ‘redha’ jika masakan ikan siakap itu tidak seperti yang diingininya, dia hanya ingin menikmati ikan siakap.

Ain memerhati kereta ayahnya. “Kenapa macam ada tiga orang je?”

 

Pintu pemandu dibuka dan ayahnya turun.

 

Sebelah pintu pemandu dibuka dan abangnya turun.

 

Pintu belakang dibuka dan seseorang berambut sarang tebuan turun. Ain tidak pasti itu siapa. Hanya nampak baying sahaja. Agak tinggi. Ketiga-tiga orang itu bergerak ke pintu rumah dan Ain betul-betul terkejut tak terhingga.

 

‘Muka mamat ni macam artis tadi. Tapi rambut dia fesyen sarang tebuan dan rambut dia warna oren.’ Fikirnya.

 

“Ayah! Abang Ngah! Siapa dia ni?”

 


first chapter updated .. *lap peluh di dahi* sungguh... memenatkan... (ceh! padahal tak pun! penat fikir je) >///<

Terima kasih kerana membaca, 

you

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiwa_kacau #1
Chapter 1: update cepat2 .. best nie.. ! telinga Chanyeol besar ke ? hihih
JieunSparkleJunior #2
Chapter 1: Update soon authornim~~saye suka cerita nie♥