2

The Day We Break Up

Sedar tak sedar kini Ji Yeon dan Min Ah sudah tamat pengajian sekolah tinggi dan sedang menunggu tawaran sambung belajar di universiti. Walaupun zaman persekolahan mereka sudah tamat, tidak bermakna perasaan Ji Yeon mati begitu sahaja. Agak mustahil untuk dia melupakan Baek Hyun dan juga mustahil untuk dia memiliki Baek Hyun memandanhkan Min Ah masih lagi mempunyai perasaan terhadap Baek Hyun.

Ji Yeon melangkah keluar dari hospital dalam keadaan tidak bermaya. Dia sama sekali tidak menyangka penyakit yang dihadapinya sangat serius. Kanser usus! Sukar untuk dia menerima kenyataan itu. Lebih memburukkan keadaan, penyakitnya berada di tahap tiga dan tiada apa yang mampu dilakukan untuk menyembuhkan penyakit itu. Dia sedang menunggu mati!

Sungai Hangang yang tenang itu tidak mampu menghilangkan rasa gundah yang bertamu dalam hati Ji Yeon tika ini. Telefon bimbit yang berada di tangan ditatapnya tanpa berkelip. Nombor telefon Min Ah didail. Dia tahu dia tidak mempunyai banyak masa. Sudah tiba waktunya untuk Min Ah tahu apa yang terbuku di hatinya selama ini.

"Yobeoseyo?" Suara Min Ah lembut menyapa di hujung talian.

"Min Ah, kau sibuk ke?" 

"Aniyo. Wae?" 

Ji Yeon menarik nafas dalam-dalam. Dia berharap sangat yang Min Ah akan memahami dirinya.

"Min Ah, aku ada benda nak cakap ni."

"Apa dia? Kenapa kau serius semacam aje ni?" 

"Sebenarnya... aku sukakan Baek Hyun. Dah lama dah sejak hari pertama aku pindah aku dah mula sukakan dia." Luah Ji Yeon.

Tiada respon daripada Min Ah membuatkan Ji Yeon semakin takut.

"Min Ah..." Belum sempat Ji Yeon berkata Min Ah sudah memotong.

"Hipokrit!"

"Min Ah..." air mata Ji Yeon mula menitis.

"Kau memang dengki dengan aku kan? Kau memang tak suka kalau aku lebih sikit daripada kau." Marah Min Ah.

"Kau salah faham Min Ah, aku bukan macam tu," Ji Yeon cuba membela dirinya sendiri.

"Dahlah Ji Yeon, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku dah muak dengan perangai kau. Dah lama sukakan Baek Hyun konon. Kalau betul kau dah lama sukakan dia kenapa kau tak berithahu awal-awal lagi.? Kenapa baru sekarang? Kenapa?" Min Ah sudah memaki di hujung talian.

Ji Yeon hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu buat apa-apa selain menangis.

"Dahlah aku tak nak cakap banyak. Mulai hari ni persahabatan kita putus. Aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku. Jangan anggap aku sebagai kawan kau lagi." Min Ah terus mematikan panggilan.

"Hello? Min Ah?" Ji Yeon terduduk di atas bangku sambil menangis teresak-esak. Orang ramai yang berada di situ memandangnya dengan pandangan yang aneh.

"Ji Yeon?"

Ji Yeon mendongak. "Baek Hyun?"

Baek Hyun duduk di sebelah Ji Yeon. "Kenapa awak nangis ni?" Soal lelaki itu.

Ji Yeon tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya dia terus memeluk Baek Hyun sambil menangis sepuas-puasnya.

Baek Hyun terkejut dengan tindakan Ji Yeon. Tetapi dia tetap membalas pelukan Ji Yeon untuk menenangkan gadis itu. "Kenapa awak nangis? Awak ada masalah ke? Mungkin kita tak rapat tapi kalau nak kongsi masalah dengan saya, saya sudi mendengarnya."   

"Saya gaduh dengan Min Ah. Dia tak mahu kawan dengan saya lagi," luah Ji Yeon.

"Sebabnya? Takkanlah tiba-tiba aje dia nak putuskan persahabatan dengan awak?" Soal Baek Hyun. Matanya tidak lepas memandang wajah Ji Yeon yang comel itu.

"Kita orang sukakan lelaki yang sama." 

Baek Hyun terkejut mendengar jawapan Ji Yeon tetapi dia tidak berkata apa-apa.

"Waktu hari pertama saya pindan. Saya dah mula sukakan seseorang. Pada saya dia lelaki yang sangat sempurna tapi saya tak berani nak beritahu sesiapa termasuklah Min Ah. Tak lama lepas tu, Min Ah beritahu saya yang dia sukakan lelaki tu. Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya tahu perkara macam ni mesti akan berlaku. 

Lama saya pendam perasaan ni. Saya dah tak mampu nak rahsiakannya lagi daripada Min Ah sebab itu tadi saya telefon dia dan beritahu tentang perasaan saya. Tak sangka dia akan marah saya sampai tak nak jadi kawan saya lagi. Sekarang ni saya rasa bersalah sangat. Saya tak patut beritahu dia apa yang saya rasa."

Air mata Ji Yeon menitis lagi tapi Baek Hyun pantas menyekanya.

"Bukan salah awak," ujar Baek Hyun perlahan. Dia menggenggam erat tangan Ji Yeon.

"Setiap orang ada perasaan termasuklah awak. Lagipun awak ada hak untuk sukakan sesiapa aje yang awak nak. Dari cerita awak tadi Min Ah dengan lelaki itu bukannya ada hubungan apa-apa pun kan? Jadi untuk apa dia marah sedangkan lelaki tu belum tentu sukakan dia dan akan jadi milik dia."

"Dan belum tentu lelaki tu akan sukakan saya dan jadi milik saya." Sampuk Ji Yeon.

"Tak semestinya. Awak tak luahkan perasaan awak pada lelaki itu macam mana awak boleh cakap yang lelaki tu tak sukakan awak."

Ji Yeon diam. Dia akui kata-kata Baek Hyun ada benarnya. Tapi perlu ke dia luahkan perasaan kat Baek Hyun? Boleh ke lelaki tu terima?"

"Dah lewat ni. Jomlah saya hantar awak balik." Baek Hyun sudah berdiri dari tempat duduknya.

Perlu ke aku beritahu dia? Ji Yeon, pedulikan reaksi dia yang penting kau luahkan perasaan kau. Kau dah tak ada banyak masa lagi.

"Ji Yeon, kenapa ni?" Soal Baek Hyun mematikan khayalannya.

Ji Yeon berdiri menghadap Baek Hyun. "Saya ada benda nak beritahu awak."

"Lelaki... lelaki yang saya ceritakan tadi sebenarnya... ialah.... awak..." kata Ji Yeon tergagap-gagap. Dia tak berani nak pandang wajah Baek Hyun sekarang.

"Ji Yeon, sebenarnya saya..."

Belum sempat Baek Hyun nak luahkan segalanya, seseorang memanggil nama Ji Yeon. Min Ah.

"Min Ah... aku..."

Min Ah mendekati Ji Yeon lalu menampar gadis itu.

"Kau ni kenapa? Kau dah gila ke?" Marah Baek Hyun lalu memegang bahu Ji Yeon dari belakang.

Min Ah langsung tidak mempedulikan jerkahan Baek Hyun. Sekarang ni dia benar-benar marah dengan Ji Yeon. Dia terdengar pengakuan yang dibuat oleh Ji Yeon sebentar tadi. Betapa bencinya dia dengan Ji Yeon.

"Kau sengaja nak rampas Baek Hyun daripada aku kan? Aku dah dengar semuanya tadi. Muka nampak aje baik, tapi hati kau busuk!" Bentak Min Ah.

"Aku mintak maaf Min Ah, aku tak ada niat pun. Aku terpaksa sebab aku dah tak ada masa lagi. Aku takut tak sempat nak beritahu semuanya." Jelas Ji Yeon tapi Min Ah tidak mahu dengar apa-apa pun.

"Alasan. Tak ada masa? Tak sempat? Sudahlah hentikan lakonan kau ni. Macam dah nak mati aje," sindir Min Ah sambil tersenyum sinis.

Ji Yeon tunduk. Memang aku dah nak mati, bisik Ji Yeon dalam hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mr_chu #1
Chapter 3: Sedihh sngt2.. TToTT
rismaKPOPERS #2
Chapter 3: feeling dohhh aku bca .
menangis aku ..
btw , daebakk arh biarpun pendek .
nanana15
#3
Chapter 3: Kok ngebayangin jiyeon and baekhyun cakap malay jadi
lucu ya? Hahah
But story nya daebakkkk :D I ike ittttt :D
hyo2205 #4
Chapter 3: uwaaa....sedeyhnyaaa!!! T^T daebak lah ff nie marvelous :D
wawakronik #5
Chapter 3: sedih sgt...T^T. Lagi2 time jiyeon ckp 'Oneul uri haeyeojineun nal'. tangkap leleh siot! daebak!
crappucino
#6
Chapter 3: /pengsan/ omegad kenapaaa jiyeon mati awaai nooh ;-; tahniah! anda berjaya membuatkan saya menangis pada tengahari buta ni nyahahaha /hug hoya/ minahh jahaaat T.T
famushinee #7
Chapter 3: hai..knapa la buat org nangis malam2 ni..nasib baik cerita ni sweet..huhu;D
KJNYeol
#8
Chapter 2: sambung!!! please

first time tgk watak jiyeob baek, sebelum ni tgk wtak dia ashik jahat je..
ee-mei #9
Chapter 2: Update soon,authornim!! X sabar nak baca tu lagi....XD