3

The Day We Break Up

"Ji Yeon, awak nak pergi mana?" panggil Baek Hyun.

Ji Yeon terus melangkah tanpa mempedulikan panggilan Baek Hyun. Kini segalanya sudah selesai. Baek Hyun dan Min Ah sudah tahu perasaannya jadi bolehlah dia pergi dengan tenang.

#######################################################################

"Saya dah agak awak kat sini." teguran Baek Hyun memenranjatkan Ji Yeon. Dia memandang Baek Hyun yang sudah duduk di atas buaian bersebelahan dengannya.

"Macam mana awak tahu saya kat sini?" soal Ji Yeon hairan.

"Saya selalu nampak lepak kat taman permaianan ni lepas habis sekolah. Kadang-kadang waktu cuti sekolah pun saya nampak awak kat sini. Jadi saya cuba cari awak kat sini sebab saya tahu awak tak akan terus balik rumah." balas Baek Hyun.

Ji Yeon mengayun buaian dengan kakinya. Dia tidak menyangka Baek Hyun tahu banyak tentang dirinya. Pelik.

"Ji Yeon-ah, sebenarnya saya.... saya pun sukakan awak. Bila awak cakap yang awak sukakan seseorang, saya kecewa sangat. Tapi bila awak beritahu lelaki tu ialah saya, saya rasa happy sangat sebab saya tak bertepuk sebelah tangan," luah Baek Hyun.

Lidah Ji Yeon seolah-olah kelu untuk berbicara. Susah untuk dia percaya yang selama ni Baek Hyun juga menyimpan perasaan yang sama seperti dia.

"Agak-agak boleh tak kalau kita jadi lebih daripada kawan?" soal Baek Hyun.

"Tak boleh." balas Ji Yeon. Baek Hyun terkedu.

"Tapi kenapa?" Baek Hyun tidak nampak sebarang masalah yang menghalang mereka untuk jadi lebih daripada kawan mereka berdua suka sama suka.

"Min Ah. Saya tak nak sakitkan dia lagi. Cukuplah dia kecewa sebab dia tahu yang saya pun sukakan awak. Lagipun saya yakin kalau dia tahu yang kita ada hubungan, dia makin bencikan saya,"jelas Ji Yeon. Sebenarnya itu bukanlah sebab utama mengapa dia tidak terima Baek Hyun tetapi dia terpaksa menggunakan alasan itu.

Baek Hyun menggeleng perlahan. "Saya tak faham dengan awak ni. Kenapa awak mesti fikirkan pasal Min Ah? Dia tu bukannya kawan awak lagi. Awak lupa ke? Ji Yeon, adakalanya kita perlu utamakan diri kita dulu. Jangan disebabkan terlalu menjaga hati orang lain, hati kita sendiri yang terluka."

"Orang lain yang awak cakap tu kawan baik saya tahu tak? Walaupun dia dah putuskan persahabatan kita orang, saya masih anggap dia kawan baik saya. Cukuplah sekali saya sakitkan hati dia. Saya tak nak terus-terusan buat dia macam ni," ujar Ji Yeon. Walaupun apapun Min Ah tetap akan jadi sahabat baiknya. Sampai bila-bila.

Suasana sepi mula mengusai mereka. Baik Ji Yeon mahupun Baek Hyun kedua-duanya hanya membisu. Tiba-tiba Ji Yeon merasakan senak pada bahagian perutnya. Semakin lagi semakin berbisa sakitnya. Dia menekan perutnya cuba menyembunyikan rasa sakit itu daripada pengetahuan Baek Hyun tetapi gagal.

"Ji Yeon-ah, neon kwencanha? Awak sakit ke? Jom saya hantar awak pergi klinik." Baek Hyun melutu di hadapan Ji Yeon. Wajah gadis itu sangat pucat dan berpeluh-peluh. Dia mencapai tangan Ji Yeon. Sejuk.

"Saya okey. Tak payahlah risau sakit sikit aje ni. Saya nak balik," ujar Ji Yeon lemah. Baek Hyun membantu Ji Yeon untuk bangun lalu memapahnya. Belum sempat mereka melangkah, tubuh Ji Yeon mulai longlai lalu rebah dalam pelukan Baek Hyun.

#####################################################################

DI HOSPITAL....

"Terima kasih sebab tolong bawak anak mak cik ke hospital. Nasib baik kamu ada," kata Puan Park, ibu Ji Yeon.

"Tak apa. Mak cik baliklah dulu biar saya yang jaga dia," balas Baek Hyun ramah.

Baek Hyun menghantar Puan Park sehingga di hadapan pintu hosiptal sebelum kembali ke bilik rawatan untuk melihat keadaan Ji Yeon. Ketika sampai ke dalam bilik tempat dimana Ji Yeon dirawat, gadis itu telah pun sedar.

"Kenapa awak tak beritahu saya?" soal Baek Hyun serius.

"Beritahu apa? Saya tak faham?" soal Ji Yeon pula.

"Kenapa awak tak beritahu saya yang awak sakit?" 

Wajah Baek Hyun yang tegang itu dipandang sekilas. Dia tahu lambat-laun Baek Hyun akan dapat tahu jugak tentang penyakitnya.

"Jadi sebab itulah awak tolak cinta saya? Sebab penyakit awak ni?" mata Baek Hyun mula bergenang dengan air mata.

"Saya tak nak awak kecewa," balas Ji Yeon smabil menunduk.

Baek Hyun mendekati Ji Yeon yang sedang duduk di atas katil. "Saya lagi kecewa sebab awak tolak cinta saya..."

"Tapi saya dah nak mati awak tahu tak?" pintas Ji Yeon. Dia mahu Baek Hyun merana dan patah hati hanya disebabkan cinta yang tiada penghujugnya. Baek Hyun layak dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada dia.

"Tapi tak bermakna awak tak boleh bahagiakan? Tolonglah saya merayu kat awak beri peluang kat saya untuk bahagiakan awak. Walaupun untuk seketika. Izinkan saya untuk cipta kenangan dengan awak walaupun sedikit," rayu Baek Hyun sambil menggenggam erat tangan Ji Yeon. Dan untuk pertama kali dalam hidupnya, dia menangis  disebabkan seorang gadis yang sangat dia cintai.

#####################################################################

Keesokan paginya... Baek Hyun dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada Puan Park. Ji Yeon tenat. Untuk seketika, Baek Hyun merasakan waktu seolah-olah berhenti bergerak. Pantas dia bersiap dan menaiki bas ke hospital.

"Ji Yeon.." Baek Hyun berdiri di sebelah katil. Betapa sayu hatinya melihat Ji Yeon terbaring lesu di atas katil. Wajahnya pucat lesi. Tangan Ji Yeon yang sejuk seperi air batu itu digenggam erat.

"Mianhei.." ucap Ji Yeon lemah. Air mata mula mengalir di pipi.

Baek Hyun menggeleng. Jarinya lantas mengesat air mata Ji Yeon. "Kajima.. awak dah janji yang awak akan beri peluang kat saya untuk bahagiakan awak. Tolonglah jangan tinggalkan saya." 

Terketar-ketar tangan Ji Yeon yang cuba mengesat air mata Baek Hyun. 

"10 Oktober. Saya nak awak ingat tarikh hari ini. Oneul uri haeyeojineun nal. (Hari ni hari kita berpisah)."

"Aniyo. Jebal malhajima.." rayu Baek Hyun... tangannya makin erat menggenggam tangan Ji Yeon. Dia mencium tangan Ji Yeon.

Baek Hyun mendongak apabila Ji Yeon tidak bersuara. Mata gadis itu terpejam rapat. Tangannya terkulai layu dan degupan jantungnya juga sudah berhenti. Ji Yeon sudah pergi...

Annyeong, Ji Yeon-ah.. bisik hati kecil Baek Hyun.

 

~ THE END ~

 


yeay... tamat sudah cerita ni... kpd sesiapa yang komen dan subscribe trima kasih banyak2... hrap korang suka baca cerita ni.. kalau ada yg trsilap.. mianhamnida.. I will come with new FF soon... and the hero will be one of the EXO's member but I don't know who.. maybe Kris? or Chanyeol? heee... just wait for it okay... annyeong... :))))

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mr_chu #1
Chapter 3: Sedihh sngt2.. TToTT
rismaKPOPERS #2
Chapter 3: feeling dohhh aku bca .
menangis aku ..
btw , daebakk arh biarpun pendek .
nanana15
#3
Chapter 3: Kok ngebayangin jiyeon and baekhyun cakap malay jadi
lucu ya? Hahah
But story nya daebakkkk :D I ike ittttt :D
hyo2205 #4
Chapter 3: uwaaa....sedeyhnyaaa!!! T^T daebak lah ff nie marvelous :D
wawakronik #5
Chapter 3: sedih sgt...T^T. Lagi2 time jiyeon ckp 'Oneul uri haeyeojineun nal'. tangkap leleh siot! daebak!
crappucino
#6
Chapter 3: /pengsan/ omegad kenapaaa jiyeon mati awaai nooh ;-; tahniah! anda berjaya membuatkan saya menangis pada tengahari buta ni nyahahaha /hug hoya/ minahh jahaaat T.T
famushinee #7
Chapter 3: hai..knapa la buat org nangis malam2 ni..nasib baik cerita ni sweet..huhu;D
KJNYeol
#8
Chapter 2: sambung!!! please

first time tgk watak jiyeob baek, sebelum ni tgk wtak dia ashik jahat je..
ee-mei #9
Chapter 2: Update soon,authornim!! X sabar nak baca tu lagi....XD