1

The Day We Break Up

Ji Yeon melangkah masuk ke dalam kelas dengan jantung yang berdegup kencang. Hari ini merupakan hari pertama dia di sekolah itu. Segalanya masih baru bagi dia.

"Annyeonghaseyo, cheoneun Park Ji Yeon imnida," Ji Yeon memperkenalkan dirinya di hadapan kelas. Dalam hati dia berharap yang dia akan diterima di dalam kelas itu.

Mata Ji Yeon meliar memandang setiap orang di dalam kelas itu. Kemudian matanya terpaku ke arah seorang lelaki yang duduk di tepi tingkap sambil matanya leka memandang buku. Degupan jantung Ji Yeon berdegup kencang. Bahkan lebih kencang daripada tadi. Siapa lelaki itu?

#######################################################################

Diam tak diam sudah sebulan berlalu. Kini dia yakin yang dia sukakan Baek Hyun, lelaki yang berjaya menarik perhatiannya sejak hari pertama dia masuk ke sekolah itu. Walaupun dia sukakan Baek Hyun, peluang untuk dia bercakap dengan lelaki itu tak pernah ada. Bukannya dia tak pernah mencuba, tetapi setiap kali dia mendekati lelaki itu, dia akan gugup dan apa sahaja yang dia buat akan jadi serba tak kena. Jadi dia lebih selesa untuk tidak bergaul dengan Baek Hyun. Biarlah dia pandang Baek Hyun dari jauh. Itupun sudah memadai.

"Jauhnya termenung," tegur Min Ah, kawan baik Ji Yeon. Min Ah juga pelajar baru seperti Ji Yeon cuma bezanya Min Ah masuk ke sekolah itu  3 hari lebih awal daripada Ji Yeon.

"Kenapa kau tak makan?" soal Min Ah apabila Ji Yeon langsung tidak menyentuh makanannya.

Ji Yeon masih lagi membisu. Dia memandang Min Ah yang leka dengan makanannya. Jauh di sudut hati Ji Yeon, dia sangat cemburukan Min Ah. Mereka berdua masing-masing pelajar baru, tetapi apa yang lebihnya Min Ah daripada dia ialah Min Ah sangat rapat dengan Baek Hyun. Seolah-olah mereka sudah berkawan sangat lama. Bukan itu saja, Min Ah dan Baek Hyun juga saling bertukar nombor telefon. Min Ah selalu bercerita yang setiap Baek Hyun menghantar SMS kepadanya. Walaupun mereka berbincang tentang kerja sekolah tetapi itu sudah cukup untuk buat Ji Yeon cemburu.

Min Ah dan Baek Hyun juga selalu bertikam lidah walaupun disebabkan perkara kecil. Berkali-kali Min Ah mengatakan bahawa dia meluat dengan perangai Baek Hyun. Tapi hati kecil Ji Yeon kuat mengatakan bahawa Min Ah sebenarnya sukakan Baek Hyun.

Malam itu, ketika Ji Yeon sedang sibuk mengulang kaji pelajaran dia menerima satu panggilan telefon daripada Min Ah.

"Yeoboseyo, Ji Yoeng-ah. Kau tengah buat apa?" soal Min Ah. Nada suaranya begitu ceria.

"Tengah study. Waeyo?" 

"Rajinnya. Untunglah budak pandai," Puji Min Ah.

"Banyaklah kau punya pandai. Kenapa kau telefon aku ni? Tak pernah-pernah kau telefon aku malam-malam macam ni. Mesti ada apa-apa kan?" teka Ji Yeon.

"Tau tak pe. Sebenarnya aku ada benda nak beritahu kau ni. Aku rasa aku sukakan seseoranglah," luah Min Ah. Ji Yeon tergamam. Dia sudah dapat agak apa yang Min Ah cuba sampaikan.

"Siapa?" Ji Yeon bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Ala... budak kelas kita jugak."

"Baek Hyun?" Dalam hati Ji Yeon berharap bukan Baek Hyun orangnya... Tolonglah jawab tak, Min Ah. Ji Yeon berkata dalam hati.

"Emmm.. Majayeo." Balas Min Ah. Air mata Ji Yeon terus menitis. Dia dah agak perkara ni akan berlaku.

"Aku dah agak dah," kata Ji Yeon perlahan.

"Maksud kau?"

"Yalah, Baek Hyun tu handsome, pandai, popular pulak tu kat sekolah kita. Semua orang sukakan dia. Jadi tak mustahillah kau yang rapat dengan dia boleh sukakan dia jugak," balas Ji Yeon. Aku yang tak pernah bercakap dengan Baek Hyun pun boleh sukakan dia, inikan pulak kau, bisik hati kecil Ji Yeon.

"Kau janji tau jangan beritahu sesiapa. Kalau tak malu aku nanti."

"Jangan risau kau boleh percayakan aku," Ji Yeon tersenyum walaupun hatinya sangat terluka.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mr_chu #1
Chapter 3: Sedihh sngt2.. TToTT
rismaKPOPERS #2
Chapter 3: feeling dohhh aku bca .
menangis aku ..
btw , daebakk arh biarpun pendek .
nanana15
#3
Chapter 3: Kok ngebayangin jiyeon and baekhyun cakap malay jadi
lucu ya? Hahah
But story nya daebakkkk :D I ike ittttt :D
hyo2205 #4
Chapter 3: uwaaa....sedeyhnyaaa!!! T^T daebak lah ff nie marvelous :D
wawakronik #5
Chapter 3: sedih sgt...T^T. Lagi2 time jiyeon ckp 'Oneul uri haeyeojineun nal'. tangkap leleh siot! daebak!
crappucino
#6
Chapter 3: /pengsan/ omegad kenapaaa jiyeon mati awaai nooh ;-; tahniah! anda berjaya membuatkan saya menangis pada tengahari buta ni nyahahaha /hug hoya/ minahh jahaaat T.T
famushinee #7
Chapter 3: hai..knapa la buat org nangis malam2 ni..nasib baik cerita ni sweet..huhu;D
KJNYeol
#8
Chapter 2: sambung!!! please

first time tgk watak jiyeob baek, sebelum ni tgk wtak dia ashik jahat je..
ee-mei #9
Chapter 2: Update soon,authornim!! X sabar nak baca tu lagi....XD