Enam

Don't Want to be an Idol (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

“Wah, ramai gila yang datang!” Luhan menyelak tabir hitam yang menghadang mereka di belakang pentas.


 

“Betul lah!” Kata Baekhyun yang turut mengintai. Dia kagum melihat kesetiaan peminat mereka yang tetap bersama dengan mereka walaupun empat tahun sudah berlalu.


 

'Harap-harap Naeun datang.” bisik hati kecil Baekyun ketika dia memerhatikan lautan kelabu di hadapannya.


 

Beberapa minit kemudian, konsert mereka pun bermula. Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik, melakukan persembahan dengan sepenuh hati demi peminat mereka yang terus-terusan memberi sokongan.


 

Selesai sahaja persembahan berkumpulan, tiba slot solo dan duet yang dirancang khas bagi pengunjung konsert malam itu. D.O dan Chen berpadu suara menyanyikan lagu daripada album terbaru mereka. Mereka mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari penonton setelah berjaya mencapai not tinggi dengan sempurna.


 

Kolaborasi Kai dengan Xiumin juga tidak kurang hebatnya. Tarian mereka sangat hebat dan membuatkan semua pengunjung konsert jadi kagum dengan kelincahan tubuh mereka berdua.


 

Kini tiba giliran Baekhyun untuk membuat persembahan. Dengan tenang, Baekhyun menanti platform itu menaikkan dirinya di atas pentas. Saat dia bertemu pandang dengan peminat-peminat mereka, Baekhyun terasa terharu kerana sorakan mereka bergema di seluruh stadium.


 

“Hai, semua! Seronok tak tadi?!” Teriak Baekhyun dan dia tersenyum puas apabila sorakan semakin kuat.


 

“Sekarang saya akan nyanyikan lagu ciptaan saya, khas untuk peminat yang datang malam ni. Lagu ni sebenarnya khas untuk Son yang saya sayang.” Baekhyun senyum lagi. “Siapa rasa namanya Son, lagu ni khas untuk awak!”


 

Baekhyun melangkah setapak ke belakang dan menggenggam mikrofonnya dengan kedua-dua tangan. Lampu pentas digelapkan, meninggalkan cuma satu cahaya terang memancar pada Baekhyun yang bersut putih. Bunyi gitar dipetik mula kedengaran dan satu lagi cahaya putih memancar ke arah Lay dan Chanyeol yang sedang duduk di atas kerusi sambil platform berasingan di kiri dan kanan Baekhyun itu membawa mereka naik ke pentas atas.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
luhanihyun #1
Chapter 4: Pisah la... Naeun pergi kat taemin.... Baek hyun ngan aku huhuhuhu... Prasantan tol!!!.
afina_exotics99
#2
Chapter 4: Update lagi.. :D
emilkairyll #3
Chapter 3: bile nak smbg lg
luhanihyun #4
Chapter 2: Hahahahaha best la... Tk sbar nk tunggu...