Tiga

Don't Want to be an Idol (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun dan Chanyeol berjalan menuju ke studio syarikat yang beberapa meter dari asrama tempat tinggal mereka. Sepatutnya perjalanan itu tidak memenatkan tapi keadaan yang berbukit dan bersimpang siur itu membuatkan Baekhyun dan Chanyeol tercungap-cungap kepenatan.


 

"Penatlah hari-hari macam ni." Rungut Chanyeol. Dia menarik cap biru gelap di kepala hingga menutupi sebahagian wajahnya, menghalang sinar matahari yang terik daripada memanah ke dalam anak matanya.


 

"Ingat impian kita, takkan kau nak give up." Sambut Baekhyun sambil menepuk bahu Chanyeol yang tinggi macam zirafah itu.


 

"Bukannya aku nak give up. Sekurang-kurangnya bagilah kita rehat. Penat tau." Balas Chanyeol. Nada suaranya dinaikkan sedikit tinggi pada hujung katanya sehingga mambuatkan Baekhyun ketawa berdekah-dekah.


 

"Kalau lah suara kau tak besar macam ni, mesti orang ingat kau perempuan. Ditambah lagi dengan muka jambu kau. Cun melecun!" gelak Baekhyun kuat-kuat. Chanyeol memandang sinis lalu merengus pendek.


 

"Kau tu yang macam perempuan, katik!" Punggung Baekhyun cuba disepak namun Baekhyun terlebih dahulu melarikan diri.


 

Chanyeol mengejar Baekhyun dan Baekhyun tiba-tiba sahaja menghentikan langkahnya. Dia berdiri betul-betul di sisi sebuah kereta putih yang diletakkan di hadapan kafe.


 

"Haha! Aku dapat kau!" Chanyeol memeluk Baekhyun daripada belakang, cuba untuk menggeletek rusuknya. Walaubagaimanapun, Chanyeol segera melupakan hasratnya apabila Baekhyun terpaku di tempatnya.


 

"Kenapa ni?" Pelukannya dilepaskan. Dia mencari arah anak mata Baekhyun. Tiba-tiba dia terpandang wajah seseorang yang sangat dikenali sedang berjalan keluar daripada kafe tersebut.


 

Gadis berbaju hitam ketat yang menampakkan susuk badan dengan seluar jeans biru melangkah perlahan sambil menghidu aroma kopi yang baru sahaja di bru. Mata terpejam dek keasyikan aroma yang menenangkan. Saat dia mebuka mata, figura Baekhyun tegak di hadapannya. Dia dan Baekhyun sama-sama terpaku. Kopi yang suam-suam kuku itu terlepas dari tangannya dan langkah kakinya pantas menuju ke arah Baekhyun yang tersenyum.


 

"Baekhyun!" Gadis itu menghampiri Baekhyun dan terus memeluknya


 

Baekhyun menyambut pelukan itu dan mendakap gadis itu seketat-ketatnya. Dia sempat membanjiri wajah gadis itu dengan kucupan sayang.


 

"Awak buat apa kat sini? Saya rindu awak sangat-sangat!" Baekhyun memegang kedua-dua belah pipi Naeun lalu mencium pantas bibir gadis itu.


 

"Saya singgah nak beli kopi. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini." Terukir senyum manis dibibirnya dan dia memegang pergelangan tangan Baekhyun yan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
luhanihyun #1
Chapter 4: Pisah la... Naeun pergi kat taemin.... Baek hyun ngan aku huhuhuhu... Prasantan tol!!!.
afina_exotics99
#2
Chapter 4: Update lagi.. :D
emilkairyll #3
Chapter 3: bile nak smbg lg
luhanihyun #4
Chapter 2: Hahahahaha best la... Tk sbar nk tunggu...