Lima
Don't Want to be an Idol (Malay Version)
Tiga tahun kemudian, hidup sebagai selebriti Baekhyun jalani dengan tabah tanpa kehadiran Naeun yang memberi semangat. Baekhyun akur dengan takdir yang mengujinya. Walaupun semangatnya makin pudar, Baekhyun tetap membulatkan tekad, mengejar impiannya. Dalam hati juga dia berharap agar Naeun muncul di hadapannya lagi.
Suatu hari ketika Exo sedang berlatih membuat persiapan sempena konsert Exoplanet yang bakal menjelang, ahli Exo-K berehat di studio tarian setelah penat menari. Dengan wajah yang berpeluh-peluh dan badan yang dibasahi keringat, Baekhyun meneguk sebotol air mineral sekaligus demi menyegarkan tekak.
“Exo-M tak habis lagi ke schedule diorang?” tanya Sehun yang terlentang di tengah-tengah studio.
“Belum, diorang ada photoshoot untuk majalah.” Balas Suho sedang bermain dengan tabletnya.
“Lambatnya Luhan hyung nak balik! Aku nak mintak dia belikan bubble tea!” Rungut Sehun sambil bergolek-golek. Baekhyun menjeling.
“Sehun, kau boleh beli sendiri kan? Tak pun kau mintak je dengan Suho hyung.” kata Kai yang berbaring di atas bangku panjang. Matanya hampir hendak terlelap tapi dia tahankan juga.
“Hei, Baekhyun,” Tegur D.O ketika
Comments