Episod 4

My First Love

Min Young berjalan-jalan di sekitar bandar Myeongdong tetapi fikirannya masih tidak mampu melupakan peristiwa pergaduhan antara So Yeon dan Dae Hyun kelmarin. Sampai sekarang dia masih sukar nak percaya. Adakah Dae Hyun sejahat itu? Tapi dia yakin So Yeon takkan sebarangan mereka-reka cerita. Jadi mungkin sebab itu So Yeon sangat membenci Dae Hyun?

Satu keluhan berat keluar dari mulut Min Young sebelum dia melangkah masuk ke dalam sebuah butik. Dari jauh dia melihat kelibat Dae Hyun dan kawan-kawannya. Seukir senyuman terus terukir di bibirnya. 'Patut ke aku tegur Dae Hyun? Kalau aku tegur nanti dia fikir aku ni perempuan gatal pulak. Tapi apa salahnya kalau aku tegur kan? Bukannya orang asing pun, classmate aku jugak.'

Penat berperang dengan diri sendiri, akhirnya Min Young nekad untuk menegur Dae Hyun dia tak peduli Dae Hyun nak fikir apa sekali pun. Lagi beberapa menghampiri Dae Hyun, dia berhenti apabila terasa namanya menjadi sebutan mereka.

"Kenapa kau pilih baju perempuan ni? nak beli untuk Min Young ke?" soal salah seorang dari kawan Dae Hyun.

Lelaki itu berhenti membelek pakaian wanita yang berada di situ. "Ya. neo micheosseo? kenapa pulak aku mesti beli baju untuk dia?"

"Yalah, aku tengok kau tu asyik dengan dia aje. Sikit-sikit mintak tolong dia kitorang ingatkan kau tu dah syok kat dia," sampuk seorang lagi kawan Dae Hyun.

"Merepeklah korang ni. Bila aku rapat dengan dia tak semestinya aku sukakan dia. Korang ingat aku ni buta ke? Tak ada taste? Setakat perempuan naif macam Min Young tu... ish... bukan selera akulah. Orang gila aje yang nak kat dia tau. Aku ni rapat dengan dia sebab dia tu lembab. Senang sangat kena tipu. Bila aku ayat sikit mulalah cair, sanggup buat apa saja untuk aku. So, aku pun apa lagi gunakanlah peluang yang ada."

Memang berasap Min Young mendengar kata-kata Dae Hyun. Dia mula menggenggam penumbuknya. Memang betul cakap So Yeon, muka aje handsome tapi perangai tak semenggah langsung! Tak apa Dae Hyun, hari ni memang hari kau esok lusa kau taulah nasib kau macam mana. 

Min Young keluar dengan hati yang dah hangus terbakar. Semuanya gara-gara Dae Hyun.!!

#############################################################################################

Keesokan Harinya...

"Huh... penatnya... cikgu kita ni memang gilalah.. ada ke patut.. dia suruh kita lari 10 pusingan kat padang sekolah... dia ingat.. padang sekolah ni.. luasnya sekangkang aje ke...?" sungut So Yeon sambil termengah-mengah.

Min Young duduk di tempatnya. "Dah tahu penat yang kau membebel lagi ni kenapa? Duduk ajelah diam-diam. Kau nak air tak? Aku boleh tolong beli air mineral kat kantin."

So Yeon menggeleng. "Kwenchanha. Aku dah beli air tadi."

"Keurae.." Min Young dan ingin keluar dari kelas untuk ke kantin."

"Min Young-ah, awak nak pergi kantin ke?" tegur Dae Hyun.

Min Young mula terasa menyampah. Tapi dia sembunyikan perasaan itu untuk sementara waktu. Belum tiba masanya lagi.

"Nae," balas Min Young selembut mungkin. Padahal dalam hati rasa macam nak campak mangkuk ayun tu kat Laut China Selatan biar tenggelam tak timbul-timbul lagi. Baru aman dunia ni.

"Boleh tolong belikan untuk saya sekali. Saya hauslah." Dae Hyun sudah menunjukkan gaya menggodanya. Macamlah Min Young tu akan terpedaya lagi.

"Okey. Jamshi kidaryeo." Balas Min Young. Pemalas! Belilah sendiri macamlah dia tu kudung, tak ada kaki! Kutuk Min Young lalu pergi dari situ.

10 Minit kemudian...

"Nah, air awak. Jap, biar saya bukakan." dengan baiknya Min Young membuka penutup botol lalu menguhulurkan botol itu kepada Dae Hyun. Tapi belum sempat Dae Hyun mengambil botol itu, Min Young lebih pantas bertindak dengan mencurah air mineral itu tepat ke muka Dae Hyun.

Semua yang berada di dalam kelas itu tersentak dengan tindakan drastik Min Young. Terutamanya So Yeon... dan semestinya Dae Hyun sendiri. Sampai mamat tu dah tak boleh nak cakap apa-apa. Speechless!

"Apa yang awak buat ni Min Young?!" bentak Dae Hyun.

"Kenapa? Marah? Sakit hati? Jung Dae Hyun, rasa marah awak terhadap saya tak setanding perasaan marah saya terhadap awak. Jangan ingat saya tak tahu apa yang cakap pasal saya kat butik minggu lepas. Saya dengar semuanya, Jung Dae Hyun. Awak cakap saya ni apa? Perempuan lembab? dan hanya orang gila aje yang nakkan saya?

Awak dengar sini mangkuk tingkat. Jangan perasanlah yang awak tu hot sangat. Awak ingat perangai awak yang macam gorilla kena sawan ni ramai sangat ke orang yang suka kat awak?! Dahla perasan handsome, tak sedar yang muka macam biskut kena rendam dalam air seminggu. Boleh blah la!" Min Young melepaskan kemarahannya.

Terkebil-kebil mata Dae Hyun apabila dimaki begitu oleh Min Young. So Yeon pula hanya mampu menahan tawa. Ada ke patut Min Young samakan Dae Hyun macam gorilla kena sawan. Agak-agaknya macam mana kalau gorilla kena sawan ek?

"Oh ya, tadi haus kan? Ni air untuk awak. Buat penghilang dahaga." Baki air dalam botol tadi Min Young curahkan di atas kepala Dae Hyun. Kini satu kelas riuh dengan sorakan dan gelak tawa.

Kini Min Young puas. Puas sebab dapat melepaskan kemarahannya.

**********************************************************************************************************************************

"Awak buat apa kat sini? Ponteng kelas?" tegur seseorang.

Min Young yang sedang termenung di padang sekolah itu tersentak dan mendongak. Yoo Young Jae?

"Saja. Yang awak tu pulak buat kat sini? Top student macam awak pun reti ponteng kelas?"

Young Jae tidak menjawab soalan itu. Dia terus duduk di tepi Min Young. "Top student pun kadang-kadang teringin nak ponteng kelas," balas Young Jae selamba.

"Btw, saya sukalah tengok persembahan teater dalam kelas awak tadi."

Min Young sudah buat muka blurnya. "Bila masa pulak kitorang buat teater tadi?" soal Min Young.

Young Jae sudah ketawa terbahak-bahak. Min Young pulak makin blur. Kemudian dia teringatkan sesuatu.

"Awak perli saya ke? Yoo Young Jae?"

"Eh, taklah mana ada saya perli awak. Tapi saya memang suka apa yang awak kat Dae Hyun tadi. Awak tak patut biarkan orang buli awak. Nak buat baik tu memang boleh tapi biarlah berpada-pada," nasihat Young Jae.

"Saya sebenarnya tak kisah kalau dia nak peralatkan untuk kepentingan dia. Tapi apa yang buat saya bengan sekarang ni bila dia kutuk saya macam-macam. Sampai hati dia cakap saya ni lembab. Pastu dia cakap hanya orang gila aje yang nak kat saya. Teruk sangat ke saya ni? Hodoh sangat ke saya sampai tak orang nak sukakan saya?" luah Min Young. Rasa macam nak nangis bila meningatkan kembali kata-kata Dae Hyun.

"Siapa kata awak hodoh? Bagi saya awak ialah bidadari yang paling cantik yang pernah saya jumpa."

Kata-kata Young Jae itu cukup untuk buat Min Young terharu.

"Dan kalau Dae Hyun kata hanya orang gila aje yang akan sukakan awak, maknanya sayalah orang gila tu."

"Wae?"

"Johahanikka."

Min Young tersengih. "Jangan nak bergurau okey? Tak kelakar langsung."

"Siapa yang bergurau? Saya serius. Saya memang sukakan awak." kata Young Jae.

"Sejak bila?"

"Dah lama dah.. neo naui cheot sarang. Tapi manalah awak nak perasan sebab selama ni awak sibuk pandang gorilla yang kena sawan tu."

Min Young tergelak. Young Jae mencapai tangan Min Young.

"Johahae." ucap Young Jae sekali.

Min Young tersenyum malu.

 

# THe END #

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
DorkyKpopLover
#1
Chapter 1: i hope i can understand this ;-;
parkeunae #2
Chapter 4: Sweet la chapter akhir ;) DAEBAK !!
Sandra_91 #3
Chapter 2: i hope this hero is yongguk oppa..
put_up
#4
Chapter 4: love the ending!!! <3
dae_yeol
#5
Chapter 4: bestnye ending dye!!sye suke criteny..padan muke daehyun..
put_up
#6
Chapter 1: jahatnye daehyun :(
put_up
#7
can't wait 4 this ff~ XD