Episod 3

My First Love

Dari luar kelas, Min Young mendengar suara seseorang sedang marah-marah. Min Young cukup kenal akan suara itu. Siapa lagi kalau bukan sahabat baiknya, So Yeon. Tapi kenapa mesti So Yeon marah? Siapa pula yang buat kawannya yang seorang itu naik angin?

"So Yeon-ah." Min Young masuk ke dalam kelas. Suasana sepi seketika. Matanya tertumpu ke arah So Yeon dan Dae Hyun. Jadi Se Yeon bergaduh dengan Dae Hyun? Tapi kenapa?

"Ya! Min Young!" So Yeon menarik tangan kawannya.

"Sekarang ni kau beritahu aku betul ke kau tolong mangkuk ni tadi?" marah So Yeon.

"Hei, siapa yang kau panggil mangkuk hah? Aku ada nama tau," sampuk Dae Hyun.

"Kau diam! Urusan kau dengan aku belum settle lagi tau," marah So Yeon. Dae Hyun terdiam. Takutlah tu.

"Kau jawab soalan aku. Betul ke kau tolong dia?" jari telunjuk So Yeon lurus menghala ke muka Dae Hyun.

Min Young tak berani bersuara. So Yeon kalau dah marah macam singa betina tak makan seminggu! memang menakutkan. Dia hanya mengangguk.

"Hish.. kenapa kau tolong mangkuk ni hah?!"

So Yeon memandang tepat ke arah Dae Hyun.

"JUNG DAE HYUN! Ini peringatan aku yang terakhir. kalau aku dapat tahu kau buli kawan aku lepas ni memang siap kau aku kerjakan. Jangan ingat aku main-main! Dasar mangkuk tingkat!" 

Dia terus menarik tangan Min Young keluar dari kelas dan terus ke tandas.

"So Yeon-ah... kenapa kau marah sangat ni?" 

"Kau boleh tanya kenapa aku marah? Siapa suruh kau tolong Dae Hyun tu?" hati So Yeon masih lagi panas membara. Kenapalah Min Young ni terlalu naif sampai tak boleh nak bezakan yang orang hanya mengambil kesempatan ke atas dia?

"Salah ke aku nak tolong dia?" 

"Memang salah!" bentak So Yeon sehingga terkejut Min Young dibuatnya.

"Min Young, aku tak larang kalau kau nak tolong orang. Tapi bukan Dae Hyun. Dia hanya nak ambil kesempatan atas kebaikan kau itu aje."

"Kau tak baik tau tuduh dia macam tu. Dae Hyun tu sibuklah sebab itu dia mintak tolong aku tadi." Min Young masih lagi mahu mempertahankan jejaka idamannya.

"Sibuk? SIbuk apa? Sibuk berborak buat bising dalam kelas dengan kawan-kawan sengal dia tu? Tolonglah bukak mata kau luas-luas Min Young, Dae Hyun tu bukan lelaki yang baik. Kau tak ingat ke tahun lepas, projek Sejarah yang sepatutnya kau buat dengan dia berakhir dengan kau buat semua kerja sorang-sorang? Dia buat apa? goyang kaki lepas tu dapat markah penuh macam tu aje."

"Waktukan dia demam teruk? manalah dia larat nak siapkan projek tu dengan aku."

"Demam... orang demam boleh ke jalan-jalan, bersuka-ria kat Myeongdong sampai tak ingat dunia? Ini bukannya aku dengar dari mulut orang lain tapi aku nampak sendiri dengan mata aku ni dia dengan kawan-kawan dia, sampaikan bila dia nampak aku pun boleh buat tak kenal? Itu ke yang kau cakap demam teruk," bidas So Yeon. Sudah tiba masanya untuk Min Young kenal siapa Jung Dae Hyun yang sebenar. Dia tak mahu kawan baiknya itu jatuh hati dengan mangkuk tingkat yang perangainya tak semenggah!


 

WARRIOR IS BACK!!!

B.A.P WARRIOR JAPAN VERSION IS THE BEST!!!!

HAVE U GUYS HEARD IT??

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
DorkyKpopLover
#1
Chapter 1: i hope i can understand this ;-;
parkeunae #2
Chapter 4: Sweet la chapter akhir ;) DAEBAK !!
Sandra_91 #3
Chapter 2: i hope this hero is yongguk oppa..
put_up
#4
Chapter 4: love the ending!!! <3
dae_yeol
#5
Chapter 4: bestnye ending dye!!sye suke criteny..padan muke daehyun..
put_up
#6
Chapter 1: jahatnye daehyun :(
put_up
#7
can't wait 4 this ff~ XD