Episod 1

My First Love

Suasana di dalam kelas ketika itu sangat bising kerana tiada guru yang masuk pada waktu itu. Pelajar lelaki sibuk berborak. Topik? Entahlah hanya mereka yang tahu. Pelajar perempuan pula... macam biasalah bergosip dan bercerita tentang artis pujaan mereka. Kumpulan yang akan buat comeback, drama bersiri terbaru, artis lelaki yang akan selesai menjalani latihan ketenteraan dan macam-macam lagilah. Tapi berbeza pulak dengan Min Young. Dia tidak bergosip macam budak perempuan lain sebaliknya dia hanya duduk di tempat duduk dan memandang seseorang yang sangat disukainya dalam diam.

"Sudah-sudahlah pandang si Dae Hyun tu. Boleh kenyang ke kalau kau hadap muka mangkuk ayun tu?" perli So Yeon, sahabat baik Min Young.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni. Macam mana kau boleh suka kat Dae Hyun tu? Harap muka aje handsome tapi perangai... tak semenggah," kutuk So Yeon. Memang dari dulu lagi dia tak suka dengan Dae Hyun. From head to toe, meori buteo bal kkeutkaji, semua benda tentang Dae Hyun dia tak suka.

"Kau ni tak baiklah cakap macam tu. Aku tengok dia baik aje," ujar Min Young yang cuba membela lelaki pujaannya. Dia yang dari tadi sibuk memandang ke arah Dae Hyun mula mengalihkan tumpuan ke arah sahabat baiknya itu.

"Itulah kau. Tengok memang nampak baik, suci. Tapi bila kau dah kenal dia betul-betul barulah kau tahu perangai dia yang sebenar," ujar So Yeon bersunggug-sungguh.

 

"Min Young."

Dia mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi di koridor itu tiada sesiapa kecuali..... DAE HYUN!!  'Takkanlah Dae Hyun yang panggil aku tadi?' 

Min Young hanya berdiri kaku di tempatnya di saat Dae Hyun mula datang menghampiri. Betapa berdebarnya dia apabila Dae Hyun mengukirkan senyumannya.

16295_498494586899514_935341462_n.jpg

'OMG kenapalah dia ni handsome sangat....' hati kecil Min Young berbisik. Dia menanti Dae Hyun bersuara.

"Min Young-ah... boleh awak tolong saya?" 

Dengan pantas Min Young mengangguk. "Tolong apa?"

"Saya nak minta tolong awak hantarkan kotak ni ke stor sukan," beritahu Dae Hyun.

Ketika itu barulah Min Young perasan ada sebuah kotak bersaiz sederhana besar di tangan Dae Hyun. Itulah terlalu khusyuk tengok muka Dae Hyun yang handsome sampai tak nampak benda lain.

"Saya bukannya tak nak bawak kotak ni. Tapi saya sibuk sebab saya ada banyak benda lain lagi nak kena buat."

Terus saja Min Young terasa simpati kepada Dae Hyun. "Tak apalah. Biarlah saya tolong." lantas saja Min Young. Baik sangatlah pulak perempuan ni. Tak sedar yang sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh Dae Hyun.

Saat kotak mula bertukar tangan hampir saja Min Young terduduk. "Mak datuk, beratnya kotak ni," bisik Min Young perlahan.

"Apa dia?" soal Dae Hyun.

Min Young menggeleng. "Tak ada apa-apa. Kalau macam tu saya pergi dulu ya." dengan membawa kotak yang seberat anak gajah, Min Young menuju ke stor sukan. Menyesal ke tolong Dae Hyun? Tak. Dia tak akan pernah menyesal. Demi Dae Hyun yang tercinta, dia sanggup lakukan apa saja. Hwaiting!!!


Soooo.... this is my first chapter.... macam mana? okay tak...??? tolong komen ya... terima kasih.... :)

 

1146547_502370473178592_1720067330_n.jpg

Yongguk oppa with baby.... awwww... I wish I could see him and the other members in Hello Baby... 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
DorkyKpopLover
#1
Chapter 1: i hope i can understand this ;-;
parkeunae #2
Chapter 4: Sweet la chapter akhir ;) DAEBAK !!
Sandra_91 #3
Chapter 2: i hope this hero is yongguk oppa..
put_up
#4
Chapter 4: love the ending!!! <3
dae_yeol
#5
Chapter 4: bestnye ending dye!!sye suke criteny..padan muke daehyun..
put_up
#6
Chapter 1: jahatnye daehyun :(
put_up
#7
can't wait 4 this ff~ XD