BAB 9

The Book
Please Subscribe to read the full chapter

Donghae berbaring diatas katilnya, melihat ke siling, sedangkan fikirannya memikirkan benda lain.

 

Kemungkinan aku atau Donghae akan mati selepas ni.

 

Kata-kata Dongjun itu terus bermain difikirannya. “Ahh! Aku tak percaya benda mengarut ni! Kematian Suzy tu satu kebetulan saja.” Keluhnya sendiri.

Saat dia sedang cuba menenangkan dirinya, pintu biliknya diketuk. Sejenak dia melihat kearah jam, sudah menunjukkan pukul 12.25 tengah malam. “Papa dah sampai ke?” tanyanya sendiri. Sepatutnya pada waktu itu, Encik Lee berada didalam kapal terbang, perjalanan pulang ke Korea atas urusan kerja di Australia selama seminggu.

Lantas dia berdiri dan membuka pintu biliknya, dia dapati, tiada sesiapa diluar.

“Papa?!” Donghae berjalan menyusuri koridor tingkat dua. Matanya tertumpu kepada suatu bayang yang berdiri tepat dibawah kipas dinding yang berputar laju.

 

……………………………………………………………………………………………………....

 

Tringg.. tringg..

    “Hello?” Dongjun mengangkat panggilan telefon yang diterimanya.

    “Ini Dongjun, kan?” Kedengaran suara lelaki pertengahan umur.

    “Ya. Ini saya. Ni Pak Cik Lee kan?”

Kedengaran suara Encik Lee sepertinya sayu “Dongjun..”

    “Ada apa ni Pak Cik?”

    “Donghae….”

 

…………………………………………………………………………………………………..

 

Dongjun dan Heechul tiba di perkarangan rumah Donghae.

Mereka masuk kearah ruang tamu dan terkejut, melihat leher Donghae yang dijerut dengan tali, tergantung dikipas dinding dengan mata terbuka dan darah dimatanya pecah. Mereka seakan-akan tidak percaya itu terjadi.

“Dongjun… Heechul.” Encik Lee meronta-ronta, menangis memandang kearah dua anak muda itu.

 

Jia dan Victoria tiba di rumah Donghae. Setelah melangkah masuk keruang tamu, mereka melihat tubuh Donghae sudahpun terlentang diatas tikar.

“Apa terjadi?” tanya Jia, saat dia menghampiri Heechul yang menunduk, seperti tidak bermaya.

“Donghae… leher dia…”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jaejeen
#1
Chapter 21: Aigoo author-nim. Silalah post, sangat di alu-alukan. Kami nak baca. hoho ;)
baekyeolexo87
#2
Chapter 21: nmpk mcm best ^o^
nk bce XD
Luhannie2711
#3
Chapter 20: You o.o meremang bulu roma..anyway thanks for the awesome story author nim
honeylove
#4
Chapter 18: Okok tarik balik my words. Hmm, baru tengok kat komputer story ni, tapi background story ni macam ada iras-iras tempat yang I pernah pergi untuk kem perdana sekolah. Tak mungkin tapi... air, check. Batang menyerupai tali, check. Cuma air terlalu jernih xD

ok terlanjur pulak. Nampaknya ada cerita disebaliknya... Fighting!
honeylove
#5
Chapter 16: Ieee!!! Rasa nak sepak la Hara tu!! And Heejin pun napa tak ambik hati cikgu2 dia dulu masa dia ok2 je? Aish... Kita kena tahu taktik survival kat sekolah!

Tapi kenapa yg lain semua tiba2 ok balik? Apa jadi kat 'ruang' misteri yang Heechul nampak tu? And apa jadi kat parents Jia masa diaorang dapat buku tu? O.O

Oh ya. Banglo tu kat tengah hutan kan? Ingat zaman dulu perempuan tak de priority sangat nak pergi belajar...
honeylove
#6
Chapter 15: Wow, saspens betul! Memang meremang bulu roma walaupun baca masa masih terang. Haha standard ah cite melayu, seram memang seram habis! xD

Tapi memang best baca cite seram2 camni. One of my preferred genre to read, but not to watch. xD

Cite ni best tapi bahasa ada kesalahan sikit. Keterangan kalau lebih sikit pun bagus. Tapi kalau ni first story, boleh kira bagus jugak la.

Fighting!
Forteenagerss
#7
Chapter 15: Seramnya! Nasib baik saya x baca pada waktu malam. XD
update soon okay?
Buat lah cerita ni versi novel pula.
mana tahu novel awak boleh jadi drama~ ^^
lyknessesjae #8
Chapter 11: wah seram jugak!! o ya excited kejap sbb ad fanfic melayu haha...update k!!
baekyeolexo87
#9
Chapter 4: update soon author :D