BAB 13

The Book
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jia mencapai telefon bimbitnya setelah selesai mandi. Dia risau akan keadaan Dongjun sejak semalam lagi.

   

“……. This is the voicemail…”

 

“Voicemail?” Jia cuba dan cuba lagi menghubungi Dongjun, masih tiada jawapan. “Dongjun, jawablah!”

Setelah hampir sepuluh kali mendail nombor telefon Dongjun yang akhirnya tidak berjawab, Jia berasa semakin gusar. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai kunci keretanya.

 

Jia menuruni tangga dengan agak laju, memandangkan dia ingin segera berjumpa Dongjun, ingin tahu keadaan sebenar Dongjun.

“Jia.. nak kemana?” tanya Encik Mong yang sedang bersarapan bersama Puan Mong.

“Jia nak… jumpa kawan.”

“Kalau ye pun, sarapanlah dulu..” kata Puan Mong sambil menuang kopi kedalam cawan.

“Tak apa. Jia breakfast dengan dorang.”

Jia mencapai kasutnya yang diletakkan didalam rak kasut berdekatan pintu rumah.

    “Oh ya. Sikit Mama lupa.” Puan Mong menghampiri anaknya “Tadi, Suzy telefon.”

   

Perkataan itu membuatkan jantung Jia hampir terjatuh “Su-Suzy?”

    “Ya. Dia tanya Jia dekat mana. Dia nak jumpa Jia. Mama kata Jia belum bangun.”

    Jia berdiri dan merenung mata Puan Mong “Suzy call?”

    “Ya. Kenapa dengan kamu ni? Kawan call pun tak percaya kah?” Puan Mong menggeleng kepala.

    “Tapi Ma, Suzy….”

 

Tring tring… tring tring.. Telefon rumah yang berdering menghentikan perbualan anak beranak itu.

    “Hah. Tu mungkin Suzy yang call, pergilah sambut.”

Agak berat juga hati Jia untuk mengangkat telefon itu, memandangkan dia tahu yang Suzy sudah tiada. Tetapi, pada waktu yang sama, dia mahu penjelasan daripada apa yang berlaku. Dia memberanikan diri mengangkat telefon.

    “Hello?”

    “………” tiada sahutan.

    “He-hello?!” kali ini Jia meninggikan suaranya.

    “Krrrrr…… Krrr….” kedengaran bunyi aneh melalui panggilan itu, seperti bunyi tulang dipatah-patahkan.

    “Hello?!” Jia mencuba lagi.

    “AHHH!!”

Jia terkejut dengan jeritan itu lantas melepaskan ganggang telefon itu membuatkan ia terjatuh kelantai.

    “Jia! Ada apa dengan kamu ni?” Encik Mong terkejut dengan perwatakan Jia. Muka Jia jelas menunjukkan yang dia takut.

    Puan Mong ingin mendekati Jia tetapi dengan pantas, Jia berlari menuju pintu rumah dan masuk kedalam keretanya.

    “Kenapa dengan dia tu?” tanya Encik Mong, yang sedikit hairan dan risau.

    “Sejak-dua-menjak ni dia memang lain sangat.” Keluh Puan Mong.

 

………………………………………………………………………………………………………..

 

Ting.. tong.. ting .. tong…

Jia menekan loceng rumah Dongjun berkali-kali, tetapi harapannya punah kerana tiada sesiapa berada didalam rumah untuk membuka pintu.

    “Mana dia ni?!” keluhnya dihati sambil mencangkung, membenam mukanya didalam pelukan lengannya. Mahu sahaja dia menangis ketika itu kerana tiada sesiapa berada disampingnya untuk menenangkannya. Rasa rindunya terhadap rakannya semakin membuak. Dia tahu jika dia meluahkan amarahnya dengan menjerit sekalipun, tiada apa yang mampu mengubah apa yang dia alami ketika ini.

    Kedengaran bunyi enjin kereta berhenti dihadapan rumah Dongjun. Dengan pantas dia mengangkat mukanya dan melihat kehadapan. Ternyata, apa yang diharapkan, tidak menjadi.

    “Cik.. Cik cari siapa?”

Jia berdiri, mengusap mukanya “Ahh. Saya cari tuan rumah ni, Dongjun. Cik kenal dia?”

    Wanita berusia lingkungan 30-an itu tersenyum “Ohh. Encik Dongjun.”

    “E-encik?” Jia mengerut dahinya.

    “Ya. Saya pembantu dirumah ni. Setiap pagi saya datang membersihkan rumah. Tuan dan Puan berada diluar negara buat masa yang lama. Encik Dongjun pula sedang bercuti.”

    Penjelasan wanita itu membuat Jia bingung “Tapi, cik. Dongjun dan kawan-kawan saya yang lain ke banglo keluarga saya untuk bercuti. Dah seminggu kami balik sini.”

    “Eh? Seminggu lalu? Tapi… Encik Dngjun tak pernah balik sini pun. Semalam dia telefon saya, katanya, minggu depan baru pulang.”

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jaejeen
#1
Chapter 21: Aigoo author-nim. Silalah post, sangat di alu-alukan. Kami nak baca. hoho ;)
baekyeolexo87
#2
Chapter 21: nmpk mcm best ^o^
nk bce XD
Luhannie2711
#3
Chapter 20: You o.o meremang bulu roma..anyway thanks for the awesome story author nim
honeylove
#4
Chapter 18: Okok tarik balik my words. Hmm, baru tengok kat komputer story ni, tapi background story ni macam ada iras-iras tempat yang I pernah pergi untuk kem perdana sekolah. Tak mungkin tapi... air, check. Batang menyerupai tali, check. Cuma air terlalu jernih xD

ok terlanjur pulak. Nampaknya ada cerita disebaliknya... Fighting!
honeylove
#5
Chapter 16: Ieee!!! Rasa nak sepak la Hara tu!! And Heejin pun napa tak ambik hati cikgu2 dia dulu masa dia ok2 je? Aish... Kita kena tahu taktik survival kat sekolah!

Tapi kenapa yg lain semua tiba2 ok balik? Apa jadi kat 'ruang' misteri yang Heechul nampak tu? And apa jadi kat parents Jia masa diaorang dapat buku tu? O.O

Oh ya. Banglo tu kat tengah hutan kan? Ingat zaman dulu perempuan tak de priority sangat nak pergi belajar...
honeylove
#6
Chapter 15: Wow, saspens betul! Memang meremang bulu roma walaupun baca masa masih terang. Haha standard ah cite melayu, seram memang seram habis! xD

Tapi memang best baca cite seram2 camni. One of my preferred genre to read, but not to watch. xD

Cite ni best tapi bahasa ada kesalahan sikit. Keterangan kalau lebih sikit pun bagus. Tapi kalau ni first story, boleh kira bagus jugak la.

Fighting!
Forteenagerss
#7
Chapter 15: Seramnya! Nasib baik saya x baca pada waktu malam. XD
update soon okay?
Buat lah cerita ni versi novel pula.
mana tahu novel awak boleh jadi drama~ ^^
lyknessesjae #8
Chapter 11: wah seram jugak!! o ya excited kejap sbb ad fanfic melayu haha...update k!!
baekyeolexo87
#9
Chapter 4: update soon author :D