BAB 10
The BookDongjun menyelak-nyelak buku Destiny itu. “Aku tak tahu kenapa buku sial ni ada dengan aku!”
Jia yang berdiri diantara Dongjun dan Heechul itu, menangis teresak-esak.
“Aku.. yakin.. aku buang buku tu semalam.”
“Mula-mula Suzy, Donghae, lepas tu Victoria. Apa salah kita hah?!” Heechul berang.
Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita pertengahan umur menghampiri mereka dengan muka yang agak sembam dan mata yang bengkak. Lantas Dongjun menyorokkan buku penyebab kematian kawan-kawannya.
“Terima kasih.. sebab tolong kami dalam upacara pengembumian Victoria, ya.” Kata Tuan Chung, dengan suara yang agak sayu dan hampir tidak kedengaran.
“Tak apa, Tuan. Dia kawan baik kami.” Balas Jia, dengan senyuman tawar dan terpaksa, padahal airmatanya masih belum kering.
“Saya tak tahu.. kenapa ada orang yang sanggup cekik anak kami sampai mati…” Puan Chung mengesat airmatanya “Victoria ada musuh kah?”
“Setahu kami, Victoria memang tak ada musuh, Puan. Kalau ada pun, dia akan berjumpa orang tu dan selesaikan masalah dengan cara baik.” Balas Heechul.
“Betul tu, Puan.” Tambah Dongjun.
“Saya harap.. kamu tak berahsia apa-apa dengan kami. Jika kamu tahu apa-apa, atau pun siapa-siapa yang membunuh Victoria, bagitahu kami dengan segera.” Kata Tuan Chung sebelum dia dan isterinya beredar, meninggalkan 3 sekawan itu, membisu.
……………………………………………………………………………………………………
“Dongjun kemana?” tanya Jia, yang sekian lama tidur di kerusi belakang kereta milik Dongjun kerana terlalu penat.
“Dia pergi beli makanan kejap.” Heechul menoleh kearah Jia, matanya juga merah dan bawah matanya kelihatan gelap, kerana juga kurang tidur “Kita mesti menginap di rumah aku malam ni, kita dah tak boleh berpisah.”
“Kalau ayah kau tanya.. apa kau nak jawab?”
“Ayah aku tak ada. Dia outstation 3 minggu.”
“Kau yakin kah… kita selamat?”
Kedengaran Heechul mengeluh “Selagi kita bersama, aku yakin tak ada apa-apa akan terjadi.”
Setelah beberapa saat didalam kebisuan, Dongjun kembali ke kereta miliknya, membawa dua beg plastik makanan segera.
“Semua dah ada.” Dongjun memberikan beg plastik itu kepada Jia untuk disimpan disampingnya “Sekarang.. kita kemana?”
“Ke rumah Jia dulu.”
……………………………………………………………………………………………………
“Kau tak nak kami temankan?” tanya Heechul menerusi tingkap.
“Tak apa. Aku sekejap saja. Lagipun, parents aku ada dekat dalam.”
Comments