EMPAT
You're Mine!!
“Dae Hyun,” panggil Eun Ji sebaik saja ternampak Dae Hyun bersama-sama kawannya di pagar sekolah.
Bagai nak meletup jantung Eun Ji apabila Dae Hyun datang menghampirinya. Riak wajah lelaki itu kelihatan biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Agak-agaknya dia dah baca ke belum sticker note tu? Hati kecil Eun Ji berdetik.
“Kenapa awak panggil saya?” soal Dae Hyun.
Eun Ji ternampak buku itu berada di tangan Dae Hyun.
“Awak dah habis baca buku ni?” soal Eun Ji pula.
Dae Hyun hanya menggeleng. Pantas saja Eun Ji mengambil buku itu dari tangan Dae Hyun. Dia membuka bahagian tengah buku lalu mencabut sticker note yang terlekat di halaman itu sebelum merenyukannya.
“Apa benda yang awak ambil tu?” soal Dae Hyun yang terpinga-pinga dengan tindakan Eun Ji.
“Tak ada apa-apa cuma nota biasa yang saya tulis,” bohong Eun Ji.
“Ya ke? Bukan nota untuk saya?”
Mulut Eun Ji terlopong. Dia dah tahu ke?
“Nan neol saranghae. Neol naekkeoya,” Dae Hyun mengulang kembali ayat yang ditulis oleh Eun Ji.
“Saya minta maaf. Saya memang sukakan awak tapi saya tak tahu awak dah ada girlfriend. Kalau saya tahu sumpah saya takkan tulis semua ni. Mianhei,” ujar Eun Ji sambil menunduk. Dia berasa sangat malu untuk menatap muka Dae Hyun ketika ini.
“Girlfriend? Bila masa saya ada girlfriend?”
Eun Ji terus mendongak. “Habis tu perempuan yang tunggu awak bawah pokok hari tu siapa? Kan awak sendiri yang cakap dia tu girlfriend awak?”
Dae Hyun tergelak menyebabkan Eun Ji menjadi keliru. Aku salah cakap ke?
“Memanglah dia tu kawan perempuan saya tapi bukannya teman istimewa. Girlfriend and special girlfriend is two different things.”
Pengakuan Dae Hyun membuatkan Eun Ji tersenyum lega. Bermakna dia masih ada peluang untuk mendekati Dae Hyun.
“Macam mana awak tahu pasal note tu sedangkan buku ni pun awak belum habis baca lagi?” soal Eun Ji lurus.
“Sebaik saja saya buka buku ni, benda pertama yang saya baca ialah sticker note awak tau,” ujarnya lalu meraih tangan Eun Ji.
Tetapi Eun Ji menarik tangannya semula. Dia bingung dengan tindakan mendadak Dae Hyun itu.
“Apa awak buat ni?”
“Pegang tangan awaklah,” balas Dae Hyun selamba.
“Tapi kenapa tiba-tiba aje? Awak tak segan ke kalau awak tengok? Lagipun kita bukannya ada apa-apa hubungan pun,” ujar Eun Ji.
Dae Hyun memeluk tubuhnya. “Siapa kata kita tak ada apa-apa hubungan? We are lovers now.”
“Sejak bila?”
“Sejak saya baca sticker note awak semalam. Awak tahu tak sebab awak dan sticker note awak tulah saya demam tau.”
Eun Ji tersenyum. Dae Hyun menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan Eun Ji menyambut huluran tangan itu. Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari kawasan sekolah.
“Neon naekkeoya,” ujar Eun Ji.
“Na nikkeoya,” balas Dae Hyun.
THE END
# THIS IS THE REAL STORY FOR "YOU'RE MINE!" SORRY KALAU VERSI ASAL NI TAK MENARIK BAGI KORANG. TAPI INILAH YANG AKU TULIS SEJAK AWAL. SORRY SEKALI LAGI KALAU ADA TYPING ERROR YANG AKU TAK PERASAN. I'LL FIX IT LATER. ONCE AGAIN, PLEASE COMMENT ABOUT THIS STORY AND SUBSCRIBE...#
I'M WAITING FOR B.A.P'S COFFEE SHOP!!! OMG!!! THEIR PICTURES ARE SO COOOOOOLLLLLLL... I BET THE SONG MUST BE NICE. SO LET'S WAIT TILL 28 JUNE FOR B.A.P'S COMEBACK AND DAEHYUN'S BIRHTDAY...!!! KYAA!!! HARI YANG SANGAT BERSEJARAH.
Comments