TIGA
You're Mine!!Tiga Hari Kemudian...
“Nah, ini buku yang awak pinjam hari tu.” Eun Ji memulangkan semula buku itu kepada Dae Hyun di pagar sekolah sebelum pulang ke rumah.
“Terima kasih...” tambahnya lagi.
“Kalau tak ada apa-apa saya pergi dululah. Girlfriend saya dah tunggu tu.” Jari telunjuk Dae Hyun lurus menghala ke arah seorang gadis yang sedang berdiri di bawah sebuah pokok yang rendang.
Girlfriend? Bagai belati yang menghiris hati Eun Ji tatkala mendengar perkataan itu dari mulut Dae Hyun. Dia hanya mampu memandang Dae Hyun yang sudah menghampiri gadis itu. Langkah kaki dihayun lemah keluar dari kawasan sekolah.
Malam itu...
Sebaik saja selesai menyiapkan kerja sekolah, Eun Ji terus berbaring di atas katil. Satu keluhan dilepaskan tanpa sedar. Girlfriend? Sejak bila pula dia couple? Kenapa aku tak tahu pun? Pelbagai persoalan mula bermain di benak fikirannya.
Eun Ji memejamkan matanya. “Sia-sia ajelah aku letakkan sticker note dalam buku yang aku bagi tadi,” keluh Eun Ji.
Kemudian dia mencelikkan matanya semula lalu duduk di atas katil.
“Sticker note tu?! Alamak macam mana ni? Macam mana kalau Dae Hyun baca sticker note tu? Tak boleh jadi ni.” Eun Ji meramas-ramas rambutnya.
“Nampaknya aku kena pergi rumah Dae Hyun sekarang.” Dia membuat keputusan. Tetapi selepas itu dia mula teringat sesuatu.
“Tapi aku mana tahu rumah dia kat mana. Nak tanya Bo Mi memang sah dia tak akan tahu. Nampaknya terpaksalah aku tunggu esok.” Dia kembali berbaring di atas katil lalu terlelap beberapa detik kemudian.
Keesokan Harinya...
“Apa? Dae Hyun tak datang hari ni?” terbeliak mata Eun Ji sebaik saja dia diberitahu oleh Bo Mi bahawa Dae Hyun tidak hadir ke sekolah hari ini.
“Kawan aku cakap yang dia tak datang hari ni sebab demam. Yang kau panik semacam ni kenapa? Dia demam aje pun?” soal Bo Mi. Dia pelik melihat perangai Eun Ji yang resah semacam itu.
“Sebenarnya barang aku ada kat Dae Hyun,” beritahu Eun Ji.
“Barang? Apa dia?” soal Bo Mi ingin tahu. Dia tak tahu pula Eun Ji dan Dae Hyun sudah mula rapat.
“Sticker note.”
“Sticker note?”
Eun Ji mengangguk lalu meneruskan suapan makanan tengah harinya.
“Kejap.” Bo Mi menangkat kedua- kedua tangannya seperti orang menyerah kalah. “Aku tak faham apa yang jadi. Boleh tak kau ceritakan dari awal?”
Lalu Eun Ji menceritakan bagaimana dia dan Dae Hyun mencari buku yang sama hinggalah dia menyelitkan sekeping sticker note ke dalam buku itu sebelum diberikan kepada Dae Hyun.
“So sekarang ni kau nak ambil sticker note tu? Kenapa biar ajelah mamat tu tahu apa yang kau rasa selama ni.” Bo Mi meluahkan pendapatnya.
“Mana boleh dia dah ada girlfriendlah,” ujar Eun Ji kecewa.
“Aku tak tahu pulak yang dia dah ada girlfriend. Aku mati-matilah ingat yang dia tu single. Tapi aku teringin jugak nak tahu apa yang kau tulis kat sticker note tu sampai kau beria-ia nak ambil balik?”
Eun Ji sudah serba salah bercampur malu.
“Nan neol saranghae. Neon naekkeoya.”
Mulut Bo Mi ternganga luas. Biar betul!
Comments