DUA
You're Mine!!Sudah satu perpustakaan Eun Ji teroka tetapi dia masih belum berjaya menemukan buku yang dicari. Sudah tiga minggu dia cuba meminjam buku itu tetapi gagal. Setiap kali dia bertanyakan tentang buku itu, pasti ada orang telah meminjamnya. Dia berharap sangat hari ini nasib akan menyebelahi dirinya.
Sudah sejam masa berlalu. Dia bergerak dari satu rak ke rak yang lain. Akhirnya dia beralih ke rak buku yang terakhir. Satu senyuman terukir di bibir apabila buku yang sekian lama dicari berjaya ditemui.
Ketika tangannya mula mendarat di atas buku itu, ada satu tangan lain yang turut mendarat di atas buku yang ingin diambilnya. Dia menoleh ke kanan untuk mengenal identiti individu itu.
Pemilik tangan itu tersenyum ke arahnya. Jung Dae Hyun! Hati kecil Eun Ji berteriak. Pasti dia menjatuhkan tangannya dari terus menyentuh buku itu.
“Awak cari buku ni ke?” suara Dae Hyun menyusup masuk ke dalam telinga Eun Ji.
Gadis itu hanya mengangguk. Dia memandang wajah Dae Hyun sekilas sebelum dilarikan ke arah lain.
“Kebetulan kita cari buku yang sama,” ujar Dae Hyun lagi. Suaranya kedengaran ramah.
“Awak pinjamlah dulu buku ni. Saya boleh pinjam lain kali,” ujar Eun Ji lalu keluar dari perpustakaan itu. Dia mencapai beg galasnya lalu berjalan sepantas mungkin ke pagar sekolah. Dia tak sanggup berhadapan dengan Dae Hyun lama-lama. Jantungnya kini sedang berdegup laju dan dia dapat rasakan mukanya kebas seolah-olah di rendam dalam bertan-tan ais.
“Awak, nanti dulu.”
Eun Ji menoleh kerana merasakan panggilan ditujukan untuknya. Dia terpinga-pinga apabila melihat Dae Hyun sudah berdiri di hadapannya sambil tercungap-cungap.
“Awak kejar saya ke?” soal Eun Ji.
Dae Hyun tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan buku tadi kepada Eun Ji. Gadis itu mengambilnya dengan penuh tanda tanya.
“Saya dah pinjam buku ni. Awak bacalah dulu bila dah habis baca nanti awak bagi saya,” beritahu Dae Hyun.
“Tapi..”
Dae Hyun pantas memintas.
“Tak apalah, awak bacalah dulu. Lagipun tadi awak yang jumpa buku ni dulu kan?” ujarnya.
Eun Ji tidak berani dia menolak. Akhirnya dia hanya mengukirkan senyuman.
“Kumawo.”
“Kalau macam tu saya balik dulu. Annyeong.” Dae Hyun melambai ke arah Eun Ji sebelum hilang dari pandangan.
Eun Ji memeluk buku itu dengan hati yang berbunga-bunga.
Comments