Percutian Musim Panas III

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

Rahangnya diketap rapat-rapat, dahinya berkerut seribu sementara tangannya terkepal-kepal geram. Bukan main mesra lagi Chorong bersama Kai. Bergelak ketawa riang sambil menunggang kuda. Kai pula dengan senyuman sinis nakal ala-ala playboy cap ayam memang mudah mencairkan hati setiap gadis yang memandangnya. Termasuk Chorong. 

 

Hati Chanyeol berasa panas setiap kali dia teringat perbualan antara Chorong dan Bomi beberapa bulan lepas. Dia sangkakan rasa suka Chorong terhadap Kai cumalah sekadar sebagai seorang peminat. Rupanya lebih dari itu. Ada rahsia yang Chanyeol perlu tahu dan ada cerita yang Chanyeol mahu tahu tentang mereka berdua.

 

Walaupun Chanyeol dan Chorong merupakan teman rapat sehingga kawan-kawan menggelarkan mereka sebagai teman tapi mesra, namun, Chanyeol dapat rasakan hubungan mereka makin renggang. Lebih-lebih lagi sejak Luhan meluahkan perasaan kepada Chorong; dan juga keintiman Kai dan Chorong yang lebih ketara baru-baru ini selepas kes Kai berjaya diselesaikan.

 

Rasa cemburu akan bertandang setiap kali kedua-dua lelaki itu cuba mendekati Chorong. Memandangkan Chorong seorang yang agak dungu dalam soal percintaan, dia tidak sedar tindakan-tindakan halus mereka demi memenangi hatinya. Bukannya Chanyeol tidak tahu yang semua hubungan Chorong sebelum ini putus di tengah jalan punya sebab tersendiri. Setiap kali Chanyeol bertanya tentang itu kepada Chorong, jawapannya tetap sama total.

 

“I haven’t found the right one.”

 

Dan dalam hati Chanyeol akan menjawab. “I’ll be the right one.”

 

Usaha Chanyeol membuahkan hasil apabila Chorong mulai rapat dengannya. Mereka berdua pun sudah terlalu mesra seperti belangkas. Ke mana-mana mesti berdua. Kadang-kadang pemikiran mereka pun boleh sama. 

 

Tapi tidak sejak munculnya Luhan dan Kai dalam perhubungan mereka.

 

Oleh itu Chanyeol harus cari jalan untuk memenangi dan menakluki hati gadis idamannya.

 

Di benak fikiran mula teringat kata-kata Kai ketika dia mula dapat tahu mengenai perasaan Kai terhadap Chorong beberapa hari lepas. Mereka berdua bersemuka dan Chanyeol memberikan amaran untuk tidak mendekati Chorong. Siapa tahu Kai melirikkan senyuman sinis seakan mentertawakannya sebelum dia berkata, “Dalam permainan ni, siapa yang mulakan dulu barulah dia yang menang.” 

 

Yang Chanyeol pun satu, pergi bagi ‘silent treatment’ kepada Chorong sebagai tanda protes dan merajuk tu buat apa? Bukannya dia akan pujuk pun kalau dah asyik di bawa ke sana sini. Chanyeol takkan tegur Chorong dulu sebab Chorong yang buat hal dulu. Tapi sampai bila mereka takkan bertegur? Ah,susahlah kalau ego tinggi melangit.

 

Dia yang sekadar duduk bertenggek di atas pagar kayu, hanya dapat menyepak-nyepak angin untuk melepas geram. Teringat lagi perbualan dengan ibunya minggu lalu ketika cuti musim panas baru bermula.

 

Kafe Vivapolo nampaknya sarat dengan pelanggan malam ini. Dua orang pelayan, Amber dan Luna dari tadi mundar-mandir ke meja-meja pelanggan untuk mengambil pesanan dan menghantar makanan. Sekali-sekala anak mata Chanyeol melihat-lihat ke arah pintu masuk setiap kali loceng pintu berdenting. Mana tahu kalau Amber dan Luna tak cukup tangan. Boleh juga dia bantu sikit-sikit. Lagipun Amber nampaknya tak menang tangan melayan pelanggan sehingga tali leher plaid di leher sekadar di ikat longgar bagi mengurangkan kepanasan. Luna masih lagi tampak kemas dengan apron plaid terlilit dipinggang meskipun di dahinya berbintat-bintat peluh sudah terlihat.

 

“Band kamu tak buat show ke malam ni?” Ibu Chanyeol, pemilik Kafe Vivapolo bertanya sambil menyusun gambar-gambar untuk hiasan di papan gabus. Wanita separuh abad itu masih kelihatan muda walaupun di hujung matanya sudah menampakkan garis kerutan halus. Apron plaid turut terikat di pinggang sementara rambut yang masih hitam kelihatan terurus dan kemas di paras bahu.

 

Chanyeol menoleh sekilas ke arah ibunya dan mendapati ibunya itu terjengket-jengket hendak menampal sekeping gambar pada bahagian atas papan gabus. Lantas Chanyeol bangun, meletakkan seketika gitarnya yang baru sahaja di lap di atas meja lalu menuju kepada ibunya. Sudah menjadi kebiasaan Chanyeol untuk membersihkan peralatan muziknya kalau dia ada masa senggang.

 

“Biar saya yang buat, ma.” Tawar Chanyeol sebelum sekeping gambar menara Eiffel di pin di bahagian paling hujung. Rasa-rasanya ini gambar yang dihantar oleh kakaknya yang bercuti di Paris bersama suami. “Malam ni cuti.”

 

Tiada respon oleh ibunya. Sekadar menghulurkan foto sekeping demi sekeping daripada sebuah kotak berwarna hitam yang dipegang. Sekeping foto Chanyeol amati terlebih dahulu sebelum dia mencapai pin yang telah sedia berserakan di hujung papan gabus. Kebanyakannya adalah gambar berbentuk polaroid. Jadi, lebih mudah untuk Chanyeol tekan pin tanpa merosakkan gambar-gambar itu semua.

 

Ada foto ibu bapanya saling bergandingan bahu, kedua-duanya memandang antara satu sama lain dengan senyuman manis terukir di bibir. Ada foto dirinya sendiri, berseluar hitam yang koyak besar di kedua lutut, sedang khusyuk menala gitar elektrik yang merupakan hadiah daripada kakaknya sempena kemenangan ‘Black Icon’ yang menyertai Youth Music Festival tahun lalu. Ada juga foto dia bersama semua ahli Persatuan Pelajar Aster High yang datang ke Kafe Vivapolo untuk menyambut hari jadi ibunya bulan lepas. 

 

Spontan dia tercari-cari wajah Chorong di dalam foto yang padat dengan wajah ahli lainnya. Chen dan Baekhyun berada paling hadapan, masing-masing berbaring mengiring di atas lantai dengan posing ala-ala model playboy. Tao yang berada di antara mereka, mencangkung sambil bibir memuncung melemparkan flying kiss. Namjoo di sisi Tao turut melakukan aksi sama, sebelah tangan dipautkan di bahu kiri Tao. Di belakang mereka, paling hujung dari kiri, kelihatan Luhan sedang menyilangkan sebelah kaki seolah-olah dia sedang duduk di atas kerusi sambil senam yoga. Suho dan Bomi di sebelah, sama-sama berpeluk tubuh dengan anak mata ke siling dan dagu berlapis dua. Naeun pula sekadar senyum nipis buat-buat ayu dan anggun di depan kamera. 

 

Di bahagian hujung dari kanan pula, Kyungsoo, Xiumin dan Hayoung saling bergandingan bahu. Sambil senyum lebar, Kyungsoo dan Hayoung buat tanda peace di jari. Bersebelahan dengan Hayoung, Kris dan Kai saling menyandarkan belakang mereka bersama-sama. Mod muka macho terserlah di wajah mereka.

 

Di tengah-tengah gambar, tepat di belakang Namjoo dan Tao, Chanyeol dan Chorong duduk di atas meja. Tampaknya Chanyeol memeluk bahu Chorong, senyumannya melebar sehingga nampak gigi putih. Sebelah tangan mendekatkan tanda peace ke mata yang tertutup dek senyuman yang terlampau lebar. Chorong bersandar ke bahunya, turut memakai kaca mata milik Chanyeol sambil memandang kosong ke arah kamera.

 

Hampir tergelak Chanyeol dibuatnya saat matanya terpandangkan Sehun dan Lay yang mengapit mereka disisi. Jujur Chanyeol katakan kalau Chorong, Sehun dan Lay diletakkan dalam satu pasukan, pasti seratus peratus nama pasukan mereka adalah ‘Team Poker Face.’

 

“Yang kamu senyum sorang-sorang ni dah kenapa?” Tegur ibunya. Dia turut mencuri pandang, sedikit menjengket dek ketinggian Chanyeol yang melampau. Chanyeol rendahkan sedikit paras pegangan tangan agar ibunya boleh sama dapat melihat.

 

“Mana ada senyum, ma. Saya sengih la.” Gurau Chanyeol. 

 

“Loyar buruk nampak.”

 

“Mestilah. Mana tumpahnya puri tomato kalau tak ke pasta.”

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??