Percutian Musim Panas II

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

Mereka tiba di Jeju tiga jam kemudian dan telah dijemput oleh pakcik Kai yang bernama Jungshin. Lelaki berusia 40-an itu masih tampak muda meskipun rambutnya sudah separuh beruban, kulit bertukar sawo matang dek tinggal di tepi pantai dan pakaiannya serupa seperti nelayan sekitar. Bezanya dia merupakan seorang pemilik resort yang bertaburan di seluruh Pulau Jeju. Dia terus membawa mereka ke sebuah daripada resortnya di bahagian timur Jeju, kerana dakwanya resort itu punya pemandangan paling cantik dari resort lain.

 

Benar katanya. Chorong senyum sendiri saat melangkah masuk ke dalam chalet sederhana besar yang berdiri kukuh di atas kayu tercucuh ke dasar laut. Dindingnya diperbuat daripada papan, ruang tamu tampak selesa dan hangat, sebuah sofa putih terletak kemas di tengah ruang bersama sebuah meja kopi berwarna hitam. Sebuah televisyen 24 inci terlekat di dinding bertentangan dengan sofa. Tiga buah lukisan bermotifkan lautan digantung berdekatan dengan lorong ke dua buah bilik.

 

“Wow.” Sebut Hayoung teruja sambil menarik beg pakaiannya ke dalam chalet itu. Bomi yang mengekori dari belakang sudah terlompat-lompat tidak sabar hendak menuju ke bilik.

 

“Aku nak pergi mandi dulu.” Umum Namjoo lalu terus menuju ke bilik pertama yang betul-betul bersebelahan dengan ruang tamu.

 

Chorong turut sama melangkah ke bilik yang bersebelahan dengan bar dapur mini. Dia membuka pintu bilik yang bertentangan dengan Namjoo dan mendapati dirinya rasa makin teruja. Bilik yang luas itu sememangnya amat hebat. Ada sebuah katil queen di tengah dan sebuah katil bujang di hujung dinding. Balkoni yang punya sliding glass betul-betul menghadap lautan yang membiru. Dinding bilik itu bercat biru laut, kontras dengan cadar, selimut, dan langsir yang berwarna putih. Persis warna laut dan awan. Satu persatu langkah Chorong membawa dirinya ke arah balkoni lalu sliding glass itu di tolak. Ada sebuah meja kayu bulat di sebelah kirinya yang lengkap dengan dua buah bangku. Di sebelah kanan pula ada kerusi gantung yang terbuai sedikit di tiup angin. Chorong meletakkan beg galasnya ke atas meja dan terus ke kekisi balkoni.

 

Memandangkan chalet yang mereka duduki itu dibina dua tingkat, di mana tingkat bawah adalah pangkin khas untuk aktiviti barbeku, Chorong meninjau pemandangan di tingkat bawah. Di bawah, dia bisa melihat Kris membelai kepala Naeun sebelum gadis itu melambai ke arahnya. Chorong melambai kembali dan terus membawa pandangan ke sekitar. Dia terlihat Luhan, Xiumin dan Chen bergelak ketawa di tingkat bawah chalet sebelah. Mereka duduk melepak di sebuah bangku piknik panjang yang dibina sekali dengan meja yang sama panjang. Tawa mereka bergema di seluruh angkasa dan tawa Luhan yang paling kuat sekali. Tanpa sedar Chorong turut tersenyum kecil.

 

Kepalanya teralih menghadap ke chalet sebelah kanan pula. Dia nampak Suho dan Kai berbincang sesuatu yang serius di tingkat bawah. Riak serius Suho terus bertukar teruja apabila Kyungsoo dan Tao melangkah ke arah mereka, sambil mereka menjinjit dua bakul buah oren yang mereka dakwa di beri oleh makcik-makcik yang mereka temui setelah mereka berdua bersiar-siar di pekan. Bukannya Chorong curi-curi dengar tapi suara Tao yang kuat sangat sampai dia boleh dengar di tempat dia berdiri.

 

Kemudian anak matanya beralih ke tingkat atas dimana seorang lelaki turut sama memerhati lautan sama sepertinya. Sosoknya tinggi lampai. Tanpa ada kaca mata dan topi yang menutup kepala, mata dan rambutnya tampak bersinar dipanah cahaya mentari petang. Lelaki itu menongkat dagu di hujung kekisi, belakang sedikit membongkok dek ketinggiannya dan wajahnya melukiskan seribu satu persoalan.

 

Seperti tersedar dirinya diperhatikan, dia menoleh sekilas, senyumnya sesaat tapi Chorong pasti dan yakin lelaki itu baru sahaja melemparkan senyuman yang amat cantik. Antara yang paling menarik Chorong pernah saksikan.

 

Dadanya tiba-tiba bergendang. Merasakan pipinya mula hangat, Chorong mengalihkan pandang. Dia menatap langit biru dan mengerling dari hujung mata. Dia dapati lelaki itu masih melihatnya. Sayu. Sebelum pandangan itu turut sama terarah ke langit biru.

 

Tidak dapat menanggung tekanan yang dia rasakan. Chorong pantas mengambil semula beg galasnya. Tanpa menoleh lagi, dia terus melangkah semula ke dalam bilik dan terus merebahkan diri ke katil.

 

Apa yang Chorong tidak tahu ialah Chanyeol juga turut melakukan perkara yang sama. Kecuali lelaki itu sedang tersenyum meneliti gambar yang baru sahaja dia ambil.

 

 

 

 

Destinasi pertama mereka sebaik sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??