Percutian Musim Panas IV

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

Rasanya istana pasir yang mereka bina ini telah cukup besar dan megah umpama istana dekat England sana. Lepas mereka semua berenang sampai puas, Chen tiba-tiba mengusulkan pertandingan bina istana pasir. Kyungsoo dan Kris mulanya tak mahu turut serta sebab sangat kebudak-budakan. Tapi bila mendengarkan habuan yang agak lumayan, mereka juga tidak mahu lepaskan peluang. Nak tahu apa hadiahnya? Haa... Chen kata kalau istana mereka cantik dan kukuh, dia akan belanja makan tiga hari straight kepada pemenangnya. Xiumin tanya kenapa tak seminggu je? “Rabak la aku nanti. Kang aku kebulur tak makan pulak.” Alasan Chen. Xiumin ejek dia kedekut nak mampus.

 

Hasilnya, mereka dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Baekhyun sementara Suho, Kai dan Namjoo menjadi anak buahnya. Luhan mengetuai kumpulan kedua yang turut disertai oleh Bomi, Kris dan Xiumin. Manakala, kumpulan ketiga pula diterajui oleh Sehun dan ahlinya adalah Naeun, Chorong dan Chen. Kyungsoo menjadi ketua bagi kumpulan terakhir yang ahlinya merupakan Chanyeol, Hayoung, Lay dan Tao.

 

Bagi Naeun, istana pasir yang dibina oleh kumpulan kedua betul-betul nampak hidup. Sudahlah cantik, ditengah-tengahnya dibuat pula seperti ada sebuah tasik. Ada pula Luhan letakkan sekeping cengkerang yang di cucuk bendera kecil. Perahu katanya.

 

Cemburu juga Naeun tengok. Yalah, fokus Sehun bukan pada kecantikan, tapi kekukuhan istana mereka sebab test yang terakhir, akan dituang secawan air untuk melihat sebanyak mana pasir yang runtuh. Kalau kurang pasir yang runtuh, menanglah mereka. Lagipun, Chen ada dalam kumpulan mereka, senanglah nak bodek.

 

Chorong tampak sibuk mengisi pasir ke dalam baldi sebelum pasir itu ditekan-tekan hingga padat. Sekali-sekala Naeun perasan dia akan mencuri pandang ke arah Chanyeol yang bergelak ketawa bersama ahli kumpulannya. Istana pasir mereka kejap-kejap runtuh disebabkan Lay lupa hendak padatkan pasir. Kyungsoo nampak stress sampai nak menangis. 

 

“Weh,” Tegur Naeun setelah duduk mencangkung depan Chorong sambil tangannya turut mencedok pasir. “Kau dengan Chanyeol apa hal?”

 

Chorong buat muka. Malas betullah nak bukak topik pasal dia. “Kenapa?”

 

“Eh, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Tak delah aku tengok korang ni macam dah tak bertegur. Janggal lah rasanya bila tak dengar korang bergaduh.” Usik Naeun tersengih-sengih.

 

“Kalau kitorang gaduh kau bising pulak. Kan bagus macam ni. Aman damai je.” Perli Chorong. Makin kuat dia tekan pasir tu sampai nak pecah baldi. Dia bayangkan dia tengah lenyek muka Chanyeol agaknya.

 

“Kot ya pun korang gaduh, bagi gempak lah sikit. Senyap je.” Cucuk Naeun lagi. Sengaja hendak tahu tengok reaksi Chorong.

 

Nafas panjang dihela. Chorong berikan baldi itu kepada Sehun tanpa banyak soal lalu dia tongkat dagu. “Entah lah, Naeun. Aku pun tak tahu apa isu yang kitorang tengah hadapi sekarang. Tiba-tiba je dia jadi senyap. Nak gurau pun susah. Nak kata dia ada problem, tengok macam tak de je.” Luah Chorong. Sekilas dia mengerling ke arah Chanyeol. Hmm... Tadi pun Chanyeol ada curi pandang juga. 

 

Kini Naeun duduk bersila pula. Sudah alang-alang main pasir, biarlah punggung pun sekali berpasir. “Macam ni lah. Aku nak berterus terang dengan kau. Kau perasan tak dalam persatuan kita ni macam ada sebuah persaingan. Iaitu untuk mendapatkan kau.”

 

Sebelah kening Chorong terangkat. Kata-kata Naeun itu memang tidak masuk akal baginya. Orang masuk persatuan pelajar untuk bantu pentadbiran sekolah. Ini apa benda pulak pasal persaingan bagai ni. Ingat drama cinta ke? “Apa yang kau meleweh ni?”

 

“Ni la masalah kau. Dah banyak kali couple pun kau tak paham lagi. Tu, si Chanyeol, Kai dengan Luhan semua tu suka kat kau. Takkan kau tak perasan.” 

 

Merah padam muka Chorong dibuatnya sehingga Naeun sendiri pun tergelak. “Okay, mungkin benda ni macam tak ada apa-apa. Aku faham kau anggap diorang ni just friends. Tapi selagi kau buat dono, selagi tu la orang pandang tak elok.”

 

Muka Chorong kebingungan. “Apa maksud kau?”

 

“Yalah. Mana boleh kau kaut tiga-tiga. Kau tau tak penat selama ni aku tahan telinga dengar gosip itu ini pasal kau. Macam-macam benda tak elok aku dah dengar. Aku ni kawan baik kau. Sebab tu kalau boleh sebelum benda ni sampai kat telinga kau, baik kau buat keputusan.” Nasihat Naeun. 

 

“Aku tak faham lah. Aku kawan je dengan diorang. Diorang anggap apa hubungan aku dengan mamat tiga ekor tu?” Mulalah air muka Chorong berubah marah. Bukannya apa, ada saja yang dia buat tak kena di mata orang lain. Cemburu ke apa?

 

“Kau tau diorang cakap kau tukar-tukar boyfriend. Ada yang lagi kasar tau. Tapi aku tak nak sebut. Kau faham-faham lah sendiri.”

 

Chorong tertunduk. Tangannya mengepal-ngepal pasir menahan amarah. Dia gigit bibir menahan diri daripada mengamuk tak tentu pasal. Rasa nak menangis pun ada. Tak sangka orang luar salah anggap tentang cara pergaulannya. Padahal dia cuma berkawan. Salah dia juga agaknya yang tak reti nak jauh-jauh sikit. Biarkan saja mereka berkepit di sisi.

 

Melihatkan wajah Chorong itu, Naeun sendiri rasa kasihan. Dia usap tangan sahabatnya itu perlahan-lahan. “Aku bukan nak paksa kau. Kau tahu sendiri hati dan perasaan kau. So, kau pandai-pandai lah ya?”

 

Chorong angguk tanpa memandang muka Naeun. Naeun faham. Mesti sukar dia hendak buat keputusan. Yalah, antara tiga orang, siapa yang benar-benar telah mencuri hatinya?

 

“Kitorang punya istana dah siap!” Teriak Baekhyun yang hanya memakai seluar bunga-bunga. Chen cepat-cepat pergi cari cawan lalu mencedok air laut. Semua telah berkumpul di jajahan takluk kumpulan pertama untuk melihat sama ada istana itu kukuh atau tidak.

 

“Sebelum aku tuang air ni, aku nak komen dari segi seni binaan dia. Awesome. Aku bagi 5 out of 10!” Komen Chen yang mendapat bantahan dari Baekhyun.

 

“Apa ni? Kata awesome! Kedekut punya juri!” 

 

“Kau diam kalau kau tak nak aku tolak 5 markah kau tu.” Balas Chen yang ketawa jahat. Baekhyun hanya mampu menarik muncung.

 

Dengan berhati-hati, Chen menuang air itu seluruh binaan istana. Tidak sampai beberapa saat, separuh istana mereka telah pun runtuh. Luhan, Xiumin, Chanyeol dan Bomi ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling sementara Baekhyun hanya mampu menahan bengang. 

 

“5 out of 10! Sepuluh markah untuk kumpulan satu!” Umum Chen lalu mendapat sorakan daripada mereka semua. Sekurang-kurangnya kumpulan satu sudah ada sepuluh markah.

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??