Kim's Family

Description

" Sinopsis Kim's Family "

 

Berasal daripada dua planet yang berbeza, dapatkah pasangan Kim Woobin dan Park Sun Young hidup bersama? Woobin merupakan keturunan bangsawan daripada planet yang tidak diketahui oleh manusia bumi iaitu Exo Planet. Permintaan Woobin untuk berkahwin dengan gadis bumi ditolak oleh "MAMA". Dalam Bahasa Inggeris "MAMA" bermaksud "Your Highness" atau "Your Majesty". Perkahwinan antara Woobin dan Sunyoung tidak direstui oleh Raja Exo Planet malah rakyat disana. Ini disebabkan Raja dan rakyat Exo Planet tidak mahu menerima manusia bumi pijak di tanah mereka. Namun, Woobin terpaksa berpindah ke bumi untuk memelihara cinta dia bersama Sunyoung.

Setelah berkahwin, mereka dikurniakan lima orang anak lelaki yang berkarisma iaitu Kim Joon Myun, Kim Baekhyun, Kim Kyungsoo, Kim Chanyeol, Kim Jongin dan Kim Sehoon serta dua orang anak gadis yang cantik dan comel iaitu Kim Ikeuchi dan Kim Kaura. Kehidupan mereka sangat bahagia walaupun pelbagai ragam yang berlaku dalam keluarga mereka.

Apakah nasib Woobin dan Sunyoung mendapat anak-anak yang berbeza perangai. Ada yang kaki perempuan dan juga suka berfoya-foya. Selain itu, ada juga yang suka melakukan perkara yang jarang dibuat orang dan ada yang suka membuli adiknya. Disamping itu, terdapat seorang anak lelakinya yang suka membantu Sunyoung dalam hal masakan dan ada anak lelaki yang sangat merisaukan kerana tidak dapat melupakan masa lalu dan lebih suka menyendiri. Belum lagi dengan perangai anak perempuannya. Diselit juga dengan beberapa kisah saudara-mara mereka.

Namun walaubagaimanapun, sumpahan "MAMA" belum tamat untuk memisahkan mereka semua.

Foreword

Characters:

 

- Kim Woobin atau lebih dikenali sebagai Woobin

 

- Kim Joon Myeon atau lebih dikenali sebagai Suho
- Berumur 23 Tahun 
- Anak pertama kepada Kim Woobin
- Dilahir dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan

 

- Byun Baekhyun atau lebih dikenali sebagai Kim Baekhyun / Baekhyun
- Berumur 22 Tahun
- Anak kedua
- Dilahirkan di Planet Exo

 

- Park Chanyeol atau lebih dikenali sebagai Kim Chanyeol / Chanyeol
- Berumur 21 Tahun
- Anak ketiga
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan

 

   

- Do Kyungsoo atau lebih dikenali sebagai Kim Kyungsoo / D.O 
- Berumur 20 Tahun
- Anak keempat
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan 

 

- Kim Jongin atau lebih dikenali sebagai Kai
- Berumur 19 Tahun
- Anak kelima
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan

 

- Oh Sehoon atau lebih dikenali sebagai Kim Sehoon / Sehun
- Berumur 18 Tahun
- Anak keenam
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan

 

- Kim Shin Young sebagai Kim Ikeuchi / Ran
- Berumur 17 Tahun
- Anak ketujuh
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan
- Eonnie ( Kakak ) kepada ' Kim Kaura '

 

- Park Hye Min/Pony sebagai Kim Kaura
- Berumur 16 Tahun
- Anak kelapan
- Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan

 

 

 


 

Comments

You must be logged in to comment
KairaZuho
#1
Chapter 4: sehun cute je nak curi makan spagetti! hahaha update! update!
shafiqah_tatsmato #2
Chapter 2: update! update! update!! hwaiting!!
KairaZuho
#3
Chapter 1: update! update!! figthing! ^^