Chapter 1

Kim's Family

1989. Istana Planet EXO

 

Kim Woobin yang dari tadi menyembah Raja atau lebih dikenali sebagai 'MAMA' di Planet EXO dan telah mengangkat sumpah untuk menjaga Planet EXO dan rakyatnya sebagai wakil bangsawan di planet tersebut. Dahulu, Kim iaitu bapa kepada Woobin ialah seorang bangsawan yang sangat amanah dan juga bertanggungjawab sehingga MAMA juga sangat menyayangi Kim.

Tetapi,  bangsawan yang sangat disayangi oleh MAMA itu telah meninggal dunia semasa beliau pergi melawat ke bumi. Kata rakyat Planet EXO, manusia bumi lah yang mengakibatkan pemergian Kim. Ini membuatkan MAMA sangat benci dan murka kepada manusia bumi. Pemergian Kim dan isterinya membuatkan rakyat Planet EXO berpecah belah. Woobin yang masih kecil ketika itu tidak mengetahui apa-apa sehinggalah dia berusia 20 tahun dan kini dialah yang akan menganti kedudukan bapanya, Kim.

 

"MAMA, aku hambamu bersumpah akan menjaga planet exo seperti mana bapaku lakukan dahulu. Engkau rajaku, exo ialah tempat asal usul ku, dan manusia bumi ... musuh ku"

 

kata-kata itu lancar dikeluarkan oleh mulut Woobin yang masih tunduk ampun kepada MAMA.

 

"Bagus. sekarang, kamu dipangkatkan sebagai bangsawan di planet ini. hapuskan manusia bumi yang kejam itu. kuasai bumi dengan kuasa yang kamu peroleh."

 

kata MAMA yang duduk megah di kerusi raja itu. Woobin hanya mengangguk. Sembahnya lalu beredar dari situ.

 

- Istana Agam Woobin

Sambil melihat gambar kedua ibu bapanya yang tergantung megah di ruang tamu besar itu, air mata Woobin tiba-tiba jatuh perlahan.

 

'aku akan balas dendam. Omma, Appa. Woobin janji!'

 

Kuat dia memejamkan mata. Selepas itu, terdengar ketukan pada pintu masuk ruang tamu besar itu. "nae?" Cepat-cepat Woobin mengesat air matanya sehingga kering.

 

"maaf. hamba sudah sediakan makan tengahari. ia sudah siap dihidang." kata pembantu wanita itu dengan lemah lembut sambil kepalanya sedikit tunduk.

 

"arasseo." balas Woobin sambil tersenyum sedikit.

 

-5:30 PM.

Woobin yang dari tadi sedang termenung ditepi tingkap melihat suasana planet Exo yang kini aman dan damai itu. kelihatan beberapa orang yang sedang membersihkan kawasan istana. ada juga yang sedang bercucuk tanam. Woobin hanya tersenyum. betapa bahagianya jika ibu bapanya masih hidup.

 

"Woobin" suara itu membuatkan Woobin tersedar dari lamunannya.

 

"ahh sungjong. masuklah." 

 

Sungjong mengatur langkah kearah Woobin.

 

" pagi tadi, kau dah angkat sumpah pada MAMA yang kau akan jaga planet exo" kata Sungjong.

 

Woobin hanya mengangguk perlahan. pelik akan soalan yang ditanya oleh Sungjong.

 

"kau yakin ke yang kau dapat musnahkan manusia bumi?" serius Sungjong bertanya. kelihatan seperti dia tidak yakin akan janji-janji Woobin itu. manusia bumi bukannya sedikit. boleh kiamat dunia kalau Woobin boleh menghapuskan seluruh manusia bumi. Woobin hanya ketawa kecil. gila ke aku hendak hapuskan semua manusia bumi? aku bukanlah terlalu bodoh untuk hapuskan seluruh manusia bumi.

 

"tsk! aku bukannya nak hapuskan semua manusia yang hidup di bumi tu. aku cuma nak balas dendam terhadap orang yang sudah membunuh ibu bapa aku!"

 

kata-kata itu membuatkan Sungjong semakin binggung. dia mula berkerut dahi. apa bengap sangat kawan aku ni. tak faham ke apa yang aku hendak katakan? sempat Woobin mengutuk kawannya itu.

 

"yah! kau sedar tak perkara tu dah lama berlalu. mungkin juga orang yang membunuh ibu bapa kau tu sudah tiada lagi"

 

"siapa tahu?? kalau ya pun mungkin anak beranak mereka masih hidup kan??" Woobin hanya berlagak selamba. sedikit bengang dengan teguran Sungjong itu tadi. dalam hatinya cuma ingin membalas dendam.

 

"kalau kau datang sini hanya untuk nasihatkan aku, baik kau pergi. aku tak perlukan nasihat dari kau" kata Woobin.

 

"baiklah kalau tu yang kau nak. aku harap kau tak makan janji kau pada MAMA. aku rasa kau tahu apa akibatnya. sekali kau mungkir janji pada MAMA, hidup kau tak akan bahagia sampai bila bila. ingat tu woobin" dengan perasan tidak puas hati, Sungjong terus berlalu pergi. Woobin memang seorang yang degil. Dia akan lakukan apa saja untuk mendapat apa yang diingini.

 

'aku tetap akan ke bumi'

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KairaZuho
#1
Chapter 4: sehun cute je nak curi makan spagetti! hahaha update! update!
shafiqah_tatsmato #2
Chapter 2: update! update! update!! hwaiting!!
KairaZuho
#3
Chapter 1: update! update!! figthing! ^^