Chapter 2

Kim's Family

2013

 

 

"kamu nak beli apa ni kaura? tetiba sahaja rajin nak beli barang dapur. lagipun barang kat dapur tu banyak lagi." Kai pelik. Tiba-tiba sahaja ajak pergi beli barang. Sudahlah dia banyak kerja yang perlu disiapkan. Kalau tidak ikut, kesian pula. Bukannya selalu meluang masa dengan adiknya yang seorang ni.

"alah.. saja aje. lama tak datang sini. lama tak jalan-jalan dengan oppa kaura ni." telefon bimbit di tangan dibelek. manalah sumin unnie ni...!

nombor sumin didail. “unnie dekat mana? dah sampai ke?"

Fuhh, panjang umur kaura ni. baru ingat nak telefon dia. “hmmm... dah. kamu dekat mana?"

“mcd."

“kamu cakap dengan siapa tu?" kai hairan. kaura ni ada janji dengan sesiapa ke?

“kawan" lehernya sudah macam burung unta. panjang sahaja mencari seseorang. senyumnya lebar. sumin juga senyum.

Kai pelik melihat adiknya tiba-tiba senyum. senyum pada siapa?

“hello kaura." kata sumin sambil menghulurkan senyuman manisnya. “dah lama sampai ke?" masih tidak sedar ada orang disebelah kaura.

“taklah. baru aje. duduklah." Sekejap. aik? siapa pulak ni? abang dia ke? ingatkan kaura datang sorang saja.

Lelaki itu turut memandangnya dengan pandangan pelik. berkerut dahinya. macam pernah tengok kawan adiknya ni.

“ini oppa kaura. kai. oppa, ni sumin. kakak angkat kaura." Sumin senyum begitu juga dengan kai.

Amboii adik ni. siap main kakak angkat pulak. ini yang tak seronok ni. kata berdua je. ni siap bawa kakak angkat pulak. apa kes ni?

“korang berdua boraklah dulu ye. kaura nak ke tandas sekejap." kata kaura mula menjalankan rancangannya.

Sumin mula tidak senang duduk.

Alah adik ni. masa-masa nilah dia nak ke tandas. tadi tak nak pergi siap-siap. ini yang aku lemah ni. kalau nanti ada geng aku nampak, mampus aku. perempuan ni pun satu. pergilah ikut kaura sekali. Kai merungut tidak puas hati. tetapi hanya berani di dalam hati sahaja.

senyap. dua-dua membisu. senyum pun tidak.

Kaura ni lama pulak dalam tandas. mana dia ni. haishh.

"so... you kakak angkat kaura?" Kai mula rasa bosan. berborak sahajalah.

"hah?" Sumin sudah kelam kabut. "Haah."

"sejak bila?"

"baru-baru aje." sepatah lagi.

Kai sudah terasa bosan untuk berborak. balas sepatah je? tak mesra alam betul perempuan ni. macam manalah kaura boleh jadikan perempuan tak mesra alam ni sebagai kakak angkat. dekat sekolah dia tu, ramai aje aku tengok yang lebih cun dan peramah. apa yang special sangat dengan perempuan depan aku ni?

 

 

 

"WHAT?! oppa tanya apa yang special dengan kakak angkat kaura tu?" bengang betul kaura. dia geram. rasa macam hendak lenyek sahaja kepala abangnya buat cucur.

"alaa.. kaura. oppa gurau je. okey.. okey.. sumin cantik.. sopan.. baik.."

"ah sudah. nampak sangat tak ikhlas tu. malaslah kaura keluar jalan dengan oppa lagi. buat sakit hati je."

"haii.. merajuk nampak." Kai gelak. sorry kaura... bukannya dia tidak minat. cuma buat masa sekarang dia malas hendak berkawan dengan wanita selepas kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

"oppa masih tak dapat lupakan yuko unnie?" muka kaura masih masam. oppa masih tak dapat lupakan kejadian 3 tahun yang lalu ke? kenapa susah sangat dia nak berkawan dengan wanita semenjak pemergian yuko unnie.

"oppa tak nak lah cerita pasal tu. kita balik ya?" Kai menekan pedal minyak. menderum laju.

 

 

 

3 Tahun yang lalu... "kita berpisah!" ungkapan perit itu akhirnya lahir juga tanpa kerelaannya. Kai terpana. dia tunduk. kemudian, memandang ke arah perempuan yang sedang berdiri tegak di hadapannya. cuba merenung wajah itu di celah-celah cahaya yang beriak suram.

"you cakap apa? kita berpisah?" Kai bertanya. kata-kata diucapkan oleh perempuan itu berlegar-legar di fikirannya. "tapi kenapa???"

"I minta maaf kai. You cari aje lah perempuan lain. I nak pergi jauh. You takkan jumpa I lagi lepas ni."

 

Disebabkan wanita itu, Kai tidak lagi berminat untuk mempunyai kekasih mahupun kawan perempuan. Kai sangat setia kepada Yuko dan tidak pernah bertindak kasar terhadap wanita itu. hubungan mereka sangat mesra tetapi kemesraan itu dapat dirasakan hanya dalam masa yang singkat. Yuko menghilangkan diri selepas dia mendapat tahu bahawa dia telah menghidap penyakit kanser dan tidak berpeluang untuk hidup lama. dia merancang untuk meninggalkan Kai terlebih dahulu supaya Kai dapat mencari peganti yang baru. dia ingin melihat Kai bahgia. tetapi Kai tidak sesekali terlintas untuk mencari peganti Yuko. dia setia menunggu Yuko sehinggalah dia mendapat tahu bahawa Yuko sudah tiada di dunia lagi. Saat itu, Kai merasakan dunianya bagaikan hilang. Sekelip mata, cintanya pada wanita itu musnah. Apakah itu sebabnya Yuko meminta untuk melepaskannya dua minggu yang lalu? Apakah itu bermakna dunianya juga sudah berakhir?

 

 

 

"hari ni oppa masak spagetti special!" D.O meletakkan mangkuk yang berisi spagetti itu di tengah meja makan.

"laaa.. apa ni oppa. sama aje spagetti yang oppa pernah masak sebelum ni. mana special nya?" omel Ikeuchi.

Memang tak dinafikan spagetti buatan D.O memang sedap. tetapi kalau sudah setiap hari makan benda yang sama bosan jugak kan.

"kamu ni ikeuchi tak habis-habis nak mengomel. rupa aje sama tapi rasanya lain. spagetti oppa kali ni daboom sikit." bersungguh-sungguh D.O menyakinkan adiknya sorang tu bahawa spagetti buatannya kali ini lebih sedap daripada yang biasa.

"ikeuchi, kamu patut berterima kasih kat D.O oppa sebab dah masakan untuk kita semua." sempat Suho memberi nasihat kepada adik kesayangannya itu.

"tula pasal. kalau nak tunggu kamu dengan kaura yang masak.. dah berjanggut pun belum tentu." Chanyeol gelak begitu juga dengan Kai.

"iyeelaaa... lepas ni ikeuchi tak bising lagi. puas hati?" dia menjeling lidah ke arah Chanyeol iaitu oppanya yang paling nakal dan suka menyakat adik-adiknya.

Keadaan tiba-tiba berubah menjadi senyap. PAMM!! satu tamparan di tangan yang dibuat oleh Baekhyun kepada Sehun.

"hyung...! ouch...!~" Sehun mengadu kesakitan.

"kalau iye pun lapar tunggulah appa sekejap. tak senonoh nak curi rasa spagetti tu ek."

Kaura dan Ikeuchi menahan gelak melihat muka oppanya yang kemerahan menahan malu. Sehun memang sering dimarahi oleh Hyung-nya. Disebabkan dia anak bongsu lelaki, dia masih tidak dapat lari dari perangai seperti budak kecil yang berumur 5 tahun.

Kelihatan kelibat Woobin yang sedang turun tangga menuju ke meja makan. "maaf kalau appa lambat." kata Woobin dengan sedikit senyuman.

Walaupun sudah beberapa tahun dia hidup tanpa isteri tercinta, dia masih kuat untuk menjaga keluarganya. Isteri tercinta meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Woobin percaya pemergian isterinya bukanlah kerana cuai di jalan raya tetapi sengaja dilanggarkan oleh seseorang. dia juga percaya bahawa perbuatan ini semua datangnya dari MAMA. Anak-anaknya tidak tahu tentang asal usul Woobin. mereka juga tidak tahu tentang kewujudan Planet EXO. Woobin sengaja untuk merahsiakan hal itu kerana dia tidak mahu menghuru-harakan keluarganya.

"it's okay appa. mari kita makan." Kata Kaura dan mula menuangkan nasi ke pinggan appanya.

 

**********************************************************************************************************************************************************

Credit : Novel Hati Bila Cinta & Senafas Rindu

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KairaZuho
#1
Chapter 4: sehun cute je nak curi makan spagetti! hahaha update! update!
shafiqah_tatsmato #2
Chapter 2: update! update! update!! hwaiting!!
KairaZuho
#3
Chapter 1: update! update!! figthing! ^^