I Love You Like A Love Song

Description

belum siap

Foreword

'Fany' teriak mama kesayangannya, Nara. 'Yes, ma?' balas Tiffany lalu melemparkan senyuman. Tiffany adalah seorang anak datuk manakala ibunya pula adalah datin. Papanya bekerja sebagai CEO syarikat kedua terbesar di Korea, iaitu syarikat SM Enterprise. Tiffany kini berumur 24 tahun. Dia telah dididik sejak dari kecil tentang bagaimana hendak menguruskan syarikan dan perniagaan agar kelak apabila dia sudah besar nanti dia boleh menguruskan syarikat papanya apabila papanya sudah tiada atau sudah tidak mampu untuk menguruskan syarikat itu lagi. 'Cepat. hari ni ada meeting, kan? Kang papa marah' kata mamanya.

 

-30 minit kemudian-

 

Jam menunjukkan tepat pukul 7 pagi. 'huh, nasib baik awal' desis hatinya. Dia segera memasuki bangunan syarikat papanya itu lalu segera bergerak ke pejabatnya. 'Papa dah masuk?' tanyanya kepada staff yang bertugas. 'Dah. Dia ada  dalam pejabat.' balas staff itu. Tiffany menyegerakan langkahnya. Dia kelihatan sedikit sakai kerana membawa beg tangan, beg bimbit, dan fail-fail serta kertas-kertas untuk meeting yang akan berlangsung nanti. Tiba-tiba, 'ADUH!!' jerit Tiffany. Habis semua beg-beg, kertas-kertas dan fail-failnya terjatuh bersepah. 'Buta ke?! Tak nampak ke orang tengah sibuk?' tengking Tiffany. Orang yang melanggarnya itu terus membantunya mengutip kertas-kertas, fail-fail dan beg-beg yang jatuh itu lalu meminta maaf. Kemudia mereka berdua beredar.

 

-Dalam meeting-

 

Semua orang berkumpul di dalam bilik mesyuarat dan segera mengambil tempat duduk. Meeting bermula. papa Tiffany segera ke depan untuk mengumumkan sesuatu. 'Hari ni saya nak perkenalkan seorang Engineer baru company kita. Ini dia orangnya' kata papa Tiffany sambil menyuruh orang itu bangun. Tiffany tergamam. 

Comments

You must be logged in to comment
kaimakesmecry #1
Update soon, neh? ^^
nathrakh #2
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^