TIDAK!!!!

Description

Lee Jieun, perempuan yang pendiam dan rajin telah berubah setelah mengenali Song Joongki, playboy terkenal di sekolah mereka, SMKPOP. Pertemuan mereka 2 tahun lalu telah banyak merubah Jieun. Nak tahu apa yang terjadi? Enjoy the fanfic :D

Foreword

"Please, come back again~" rayuku. Aku benar-benar rindu akan dia, satu-satunya lelaki yang aku cinta, Song Joongki. Iya! Aku, Lee Ji Eun cuma mencintai Song Joongki!

 

*2 tahun lalu* 

 

Aku sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada orang yang tak dikenali. Aku memberanikan diri, menjawab panggilan itu. "Hello?" tanyaku. "Boleh saya bercakap dengan Lee Jieun?" Aku kenal suara itu! Itu suara Song Joongki, playboy terkenal di sekolahnya itu. "Iya, ini saya, Lee Jieun. Boleh saya bantu?" balasku sopan. "Err susah saya nak bercakap dalam telefon. Apa kata kita berjumpa dia mana-mana cafe dan kita berbincang di sana?" tanya dia. Aku segera menoleh kepalaku ke arah jam dinding. 4 petang. "Em baik lah. Dimana?" tanyaku ringkas. "Cafe XXX di XXX. Jumpa di sana." Dia terus mematikan telefon. Kepala aku dibelenggu seribu satu soalan. Apa yang dia mau dari aku? Aku ada hutang dia kah? 

 

*Di cafe XXX di XXX*

 

Song Joongki sudah berada di cafe itu lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Pasti ianya sesuatu yang penting. "Apa dia?" Itu yang aku tanya sejurus ke meja tempat dia duduk itu. "Duduk lah dulu." katanya. Pelayan restoran datang mengambil order kami. "Nak minum apa?" tanya pelayan itu. "Milo ais." balasku. "Hmm, satu fresh orange." balas Joongki. "Fuhh.. fresh orange~" sindir aku dalam hati. "Apa dia? Cepat lah. Saya ada kerja sekolah ni." Kataku. "Hmm, awak ingat kan tugasan yang diberikan oleh Puan XXX hari tu? Beliau menetapkan satu kumpulan 2 orang kan? Saya takde pasangan lagi lah." Jawabnya. "ITU JE?" tanyaku dalam hati. "So, macam mana? Sudi tak awak jadi partner saya?" tanyanya. "Emm OK." Balasku ringkas lalu meminum air Milo ais aku itu. 

 

Dia kini di rumah aku, ingin belajar tentang Science katanya. "Bumi berputar dari barat ke timur kan?" tanya Joongki. "Apa pulak, timur ke barat lah. Campak pen ni kang." Kataku, gurau. "Eh eh tak payah lah nak marah-marah." balasnya. TUP! Pen merahku terjatuh. Aku segera mencapai pen itu tetapi "ADUHH!!" kata kami serentak. "Kenapa langgar kepala saya?" tanya Joongki. "Awak yang langgar kepala saya." balasku. Aku pun mengosok kepalaku yang kesakitan itu. Tiba-tiba, Joongki meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu mengusap kepalaku sambil berkata "Comel lah kau ni." 

 

AKU? COMEL? Tergelak aku dibuatnya. Keluarga aku pun tidak pernah kata aku comel. Inikan pula dia, Song Joongki. Barangkali dia ingin menyakat aku. Ah, lantak lah. 

 

*5 bulan kemudian*

 

Kami semakin rapat dari hari ke hari. Kami sering keluar bersama, makan minum bersama. Di sekolah, kami sering berjalan bersama. Segelintir pelajar yang "jealous" dengan kami ada yang bertindak mengadu perbuatan kami ke guru disiplin. Tapi kami tidak peduli. Tiba-tiba aku teringat ayat Joongki 3 bulan lalu. "Kalau saya mati, tolong jangan  buat satu perkara ini sahaja." katanya. "Apa dia?" balas aku. "Tolong jangan menangis kerana saya." Aku tergamam. Apa maksud dia? 

 

Kini, Joongki sudah kurang meluangkan masanya dengan aku. "Kenapa? kenapa?" tanya aku. Aku mula menefon Joongki. Tetapi dia tidak menjawab. Apa yang berlaku? Adakah ini ada kaitannya dengan kata-katanya 3 bulan yang lalu? Aku mula mengalirkan air mata dan mundar-mandir di dalam bilikku itu. "Ya Tuhan, kau lindungi lah Joongki daripada keburukan dan kecelakaan." pintaku. Aku berasa amat risau. 

 

*Keesokkan harinya* 

 

Handphoneku berbunyi. Iya, jika lagu "Good Day" oleh IU dimainkan itu tandanya ada orang yang menelefonku. Aku segera menjawab telefon itu. "Hello? Joongki? Awak apa khabar? Kenapa tak jawab kol saya?" tanyaku dengan cemas. "Ini bukan Joongki. Ini abang dia." Aku terpaku. Apakah yang terjadI? Aku seperti sudah boleh agak apa yang berlaku. Joongki... Joongki..... Dia..... TIDAK!!!!!

 

Aku segera mematikan talian itu sebelum sempat mendengar penjelasan daripada abang Joongki itu. Aku menangis teresak-esak. Aku mengedahkan pesanan Joongki yang menyuruh aku agar tidak menangis akan pemergiannya. "Joongki, maafkan saya. Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak sepanjang awak menderita." kataku sambil menangis. Aku tidak dapat tidur. Jam menunjukkan 5 pagi. Aku tidak boleh melelapkan mataku ini.

 

Kini, jam telah menunjukkan 10 pagi. Aku cuba menelefon abang Joongki. Tetapi dia tidak menjawab panggilan aku itu. Aku segera mandi, kemudian bergerak ke rumahnya. Setibanya aku ke rumahnya, aku tergamam. ITU... JOONGKI...!? Aku seperti tidak percaya, benarkah itu dia? Lelaki yang aku cintai? Dan dia sedang ..... memanggang BBQ!? "Hi Jieun. Mari masuk!" katanya. Apa yang berlaku ni? Bukan kah semalam...Joongki...telah...pergi? "Kenapa tak jawab call saya!?" marah aku. "Err sorry handphone saya skrin rosak. Tak boleh nak tekan. Sebab tu tak jawab." balasnya dengan selamba. "Habis, kenapa tak inform saya guna handphone orang lain?" bentak aku. "Bukan kah semalam abang saya ada call awak semalam? Tapi katanya belum sempat dia bercakap awak dah matikan talian." Katanya. Betul jugak kata-katanya itu. ADUH, AKU DIPERMAINKAN. TIDAKKKKKKKKKKKKKK!!! "Dah dah lah tu, jom makan BBQ ni." kata Joongki

Comments

You must be logged in to comment
maisharahnail #1
Yay,,SMKPOP,,I LOVE THAT SCHOOL..
FlamingMe
#2
Lol, kelakar lah story ni. Buat lagi ^^
cholahola #3
lol nih serius lawak .
Noonanomuyeopo #4
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^