OMG! I'm In Love with My Biggest Enemy?

Description

Fanfic ini menceritakan tentang Yoona & Eunhyuk yang sentiasa bergaduh. Tapi disebabkan satu tragedi ini, hubungan mereka kini berubah. Nak tahu apa yang terjadi? Enjoy the fanfic :D 

Foreword

"Selamat pagi!" Ucap Yoona. Siapa yang tidak kenal dengan Yoona, pekerja di satu kedai kek yang terletak di ibu kota Seoul yang mempunyai senyuman yang amat menawan sehingga mampu membuat mana-mana lelaki jatuh hati padanya. "Awal sampai?" tanya Eunhyuk. Yoona tidak suka benar dengan Eunhyuk. Eunhyuk sering membuatnya sakit hati. Ada satu kali, Yoona sedang sibuk mengelap pintu cermin kedai kek itu. Eunhyuk sengaja meletakkan seekor katak mainan di dalam baldi yang berisi sabun itu. Yoona yang tidak tahu apa-apa segera memasukkan tangannya ke dalam baldi itu untuk mengambil kain buruk yang direndam di dalam baldi itu. "AHHHHHHHH KATAK!!!!!!" jerit Yoona dengan kuat. Eunhyuk yang melihat gelagat Yoona itu hanya ketawa terbahak-bahak sambil menjelirkan lidahnya itu.

 

                    Selalunya, pekerja yang terakhir dikehendaki mengunci pintu kedai kek itu. Pada hari itu, Yoona dan Eunhyuk telah ditugaskan untuk bekerja over-time. Mereka dibenarkan pulang pada jam 12 tengah malam. "Ish, takde orang lain ke? Kenapa mesti si Ikan Bilis ni?" keluh Yoona. "Eh, kau ingat aku nak sangat over-time dengan kau? Ni pun sebab terpaksa tau. Sedih aku." Balas Eunhyuk. Yoona hanya menjeling dan menyambung kerjanya mengira duit di dalam mesin duit itu. 

 

*12 tengah malam*

  

                    "Ah, akhirnya! 12 tengah malam! Aku balik dulu!" Kata Eunhyuk dengan riang. "Eh, habis siapa nak tutup kedai ni?" tanya Yoona. "Tu, suruh orang sebelah kau (hantu) tutupkan." balas Eunhyuk sambil ketawa. "Ish betul-betul lah!" Marah Yoona. "Kau tutup lah sendiri. Tak kan kau ..... TAKUT?" sakat Eunhyuk. "MANADA! OK biar aku tutup kedai. Dah pergi balik! Semak je." Balas Yoona marah. Eunhyuk segera mengambil beg galasnya lalu pergi meninggalkan kedai kek itu. Kini, hanya Yoona seorang sahaja di kedai itu pada waktu tengah malam. Perasaan takut mula menghantui Yoona. "Huh, takpe Yoona. Kau berani!" bisik hatinya. Dia segera mencapai begnya yang terletak dia atas rak lalu menutup semua suis di kedai itu. Kemudian, dia mengunci pintu kedai kek itu. "Senang je pun." katanya. 

 

                     "Ish, OK ke dia tu nanti?" tanya Eunhyuk di dalam hati. "Ah, lantak dia lah." Balasnya. Walau bagaimanapun, perasaan risau mula menghantuinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kedai kek itu untuk menjenguk Yoona. Sementara Yoona, di sini, sering berasa seperti ada orang yang sedang mengekorinya dari belakang. Tiba-tiba 3 orang lelaki datang mengepung Yoona. Mereka berpakaian selekeh dan kelihatan mabuk. "Kkkaaammmuu nnaaakk aappppaa??" tanya Yoona dengan gagap, kerana takut. "Ikut kitorang!" Kata salah seorang daripada penyangak itu lalu menarik tangan Yoona. "AHHHHHHHHHHH!!!!!" jerit Yoona. Dia bernasib baik. Jeritannya itu didengar oleh Eunhyuk. Eunhyuk pun segera ke arah suara itu. Tanpa melengahkan masa, dia segera menumbuk muka penyagak yang menarik Yoona itu. Yoona tergamam. Dia hanya duduk di tepi dan hanya mampu melihat lelaki yang dibencinya itu membantunya melepaskan diri daripada 3 orang penyangak itu. "Jom! Kita pergi cepat!" Kata Eunhyuk sambil menarik tangan Yoona. 

 

*Di bawah sebatang pokok, di taman permainan*

 

                    "Kau OK?" Tanya Eunhyuk termengah-mengah. Yoona tidak menjawab soalan Eunhyuk itu, sebaliknya dia memeluk Eunhyuk. Eunhyuk terkejut. Dia hanya mampu merelakan badannya dipeluk oleh Yoona. "Terima kasih." Ucap Yoona. Eunhyuk tersengih. Yoona tiba-tiba berkata "Kau ada lesung pipit rupanya." Eunhyuk hanya mampu senyum malu-malu. Yoona ingin berdiri, tetapi dia tersadung, menyebabkan dia tertolak Eunhyuk ke rumput dan dia terjatuh atas badan Eunhyuk. Mereka berdua tergamam, hanya mampu memberikan wakah yang terkejut. Eunhyuk bersuara "AHH." "Kkkeenapaa?" tanya Yoona. "Tu, kaki kau. tempat tu, SAKIT!!" balas Eunhyuk sambil menahan kesakitan. "OPPSS!" Yoona segera menukar posisi badannya. Dia malu-malu. Begitu juga Eunhyuk.

 

                    "Macam mana kau boleh ada kat tempat aku kena kacau tu, sedangkan kau balik lagi awal daripada aku?" tanya Yoona. "Aa aaku risau kan kau. Sebab tu aku patah balik." Balas Eunhyuk dengan malu-malu. Yoona meletakkan tangannya di atas tangan Eunhyuk, lalu mengenggam tangannya denga erat sambil berkata "Terima kasih. Terima kasih, Eunhyuk." Eunhyuk senyum lalu membalas "Aku dah tolong kau, kau kena bagi ganjaran." "Apa dia?" tanya Yoona. "Kita main cham! cham! cham!. Siapa kalah, dia boleh buat apa yang dia nak, tanpa perlu bagitau apa yang dia nak buat. faham?" katanya. Lantas Yoona membalas "OK. *5 minit kemudian* "Kau kalah!" Kata Eunhyuk sambil ketawa riang. "Happy sangat nampak? Hmm OK cepatlah." balas Yoona selamba. "Eh, SUPER JUNIOR LAH BELAKANG TU!" jerit Eunhyuk. Yoona pun pandang ke belakang. Tapi malangnya dia telah ditipu hidup-hidup oleh Eunhyuk. Apabila dia pusing ke depan, dia tergamam. EUNHYUK MEMBERIKANNYA SATU GENTLE KISS. Eunhyuk terus awkward, mereka diam selama beberapa minit. dan apabila mereka pulang, Eunhyuk dengan sengaja memegang tangan Yoona. Mereka kini bukan lagi bermusuhan, tapi berpacaran <3 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
FlamingMe
#1
Waaaaaa romantiknya >< Buat lagi buat lagi
cholahola #2
woweeeeeeeeeeeeee comel :) Buat lagi xDD
scurvy
#3
Suka suka~!!! xD yoona & eunhyuk~ dua-2 sepadan lahh~ :3
BiniKyu #4
not bad :) btw i suka dialog diorang. tak sangka eunhyuk jadik bf yoona. hahaha! its a great story :) good job