Cintaku One Day~

Description

 

Watak-characters: Im Yoona (SNSD) sbg Lee YoonA, Choi Siwon (Super Junior) sbg Kim Siwon, Shim Changmin (TVXQ) sbg Kim Changmin, Tiffany (SNSD) sbg Kang Tiffany & Key (SHINee) sbg Lee Kibum.

Foreword

 

“Hi!!” Kata Yoona sambil tersenyum lebar apabila melihat teman lelakinya sudah berada di restoran itu menantikan kedatangannya. “Duduklah. Awak nak makan apa?” Tanya Changmin. “sama dengan awak.” Balas Yoona. “Beri kami juice karot dan steak kambing.” Kata Changmin kepada pelayan restoran itu. Memang tidak salah Yoona memilih Changmin sebagai teman lelakinya. Pesanan yang dipesan tadi itu ada makanan dan minuman kesukaannya.

 

*5 minit kemudian*

 

           “Makan lah. Makan sampai kenyang.” Kata-kata Changmin itu telah membuat Yoona tersengih. “kelakar lah dia ni.” Bisik hatinya. Mereka makan dengan penuh etika dan tidak berbual semasa makan. Setelah selesai makan, Changmin bersuara. “Saya ada something nak bagitahu awak ni.” Yoona berdebar. “Eh, dia ni suspen je tiba-tiba. Nak melamar aku ke? Alamak! Aku x ready lagi ni!” Bisik hatinya. Dengan perasaan yang ingin tahu, dia membalas “Apa dia?”. “Saya akan bertunang dengan Tiffany hujung bulan ini.” Yoona tergamam. Dia lantas membalas “What!? No, NO! You’re pulling my leg, aren’t you?” “No I’m not. Tiffany yang suruh saya jumpa awak ni dan suruh saya putuskan hubungan kita. I’m sorry.” Yoona seperti tidak percaya. Teman lelakinya ingin memutuskan hubungan mereka.

 

            “Kenapa!? Kenapa!?” kata Yoona sambil mengalirkan air matanya. “Saya harap awak faham.” Balas Changmin. “Kenapa kita mesti berputus!? Awak tahu kan saya cintakan awak? Saya tak boleh hidup tanpa awak di sisi saya!” tambahnya lagi. “Awak sudah salah faham. Saya tidak pernah melafazkan kata-kata cinta buat awak. Tak pernah. Sekali pun tak pernah!” bentaknya. Kata-kata Changmin itu benar. Sebenarnya sekali pun dia tidak pernah melafazkan kata-kata cinta buat Yoona. Mungkin kerana Yoona terlalu cintakan Changmin sehingga Yoona berbuat demikian, menganggap bahawa dia sedang bercinta dengan Changmin. Changmin kemudian pergi meninggalkan Yoona yang sedang bersedih.

 

           “Tak guna! Aku memang bodoh! Kenapa aku masih tidak boleh terima kenyataan yang Changmin bukan milik aku!?” katanya sambil meninggalkan tempat itu. Dia berjalan seperti orang yang mabuk. Sedang dia sibuk menangis dan memikirkan kebodohannya mencintai Changmin, dia tidak sedar dia sedang berjalan di atas jalan. Sebuah kereta BMW 5 series sedang memandu ke arahnya dan “AHHHHHHHHH!!!!” jerit Yoona. Nasibnya baik, kereta itu sempat berhenti, Cuma Yoona yang terduduk dan hampir-hampir pitam kerana terkejut. “Awak OK?” Kata lelaki itu. Yoona tidak dapat mengecam lelaki itu dan dia tidak membalas soalannya kerana mamai. Beberapa saat kemudian, Yoona pun pengsan.

 

*Keesokkan harinya*

 

           “Saya kat mana ni?” Tanya Yoona sambil menggosok mata sebelah kiri itu. “Awak OK?” lelaki itu mengulangi soalan yang ditanya semalam. “Saya kat mana ni?” Tanya Yoona lagi sekali. “Awak berada di rumah saya. Semalam awak pengsan, saya tak tahu mana nak hantar awak jadi saya bawa awak ke rumah saya dulu” Balas lelaki itu. Yoona tergamam. Lelaki itu kelihatan sangat kacak, seperti member Super Junior, Choi Siwon. “Jom, sarapan dulu. Nanti saya hantar awak balik.” Yoona bergerak ke dapur rumah lelaki itu dan dia berkata dalam hati “Kayanya dia ni”. Setelah selesai bersarapan, lelaki itu bersuara. “Jom, saya hantar awak balik”. Yoona membalas dengan ringkas “OK, jom”. “Alamat rumah awak?” Tanya lelaki itu sambil menghulurkan sehelai kertas dan sebatang pen.

 

            “Kita sudah sampai.” Kata lelaki itu. Lelaki itu terkejut melihat kecantikan Yoona yang sedang tidur. Dia tidak mengejutkan Yoona sebaliknya dia tenung Yoona yang sedang tidur itu. Tiba-tiba bunyi motor yang lalu-lalang di sekitar jalan itu telah mengejutkan Yoona. “Dah lama ke kita sampai?” Tanya Yoona. Dia membalas “Err, tak. Baru je sampai.” Yoona menggosok matanya lalu membuka pintu kereta untuk keluar. Tiba-tiba lelaki itu menariknya dan berkata “Bukak lah seat belt ini dulu”. Yoona segan. Lelaki itu membukakan seat belt itu dan bertanya “Nama awak apa?” “Yoona. Lee YoonA” balasnya sambil senyum. “Cantik nama tu. Saya Siwon. Kim SiWon” katanya. “Baiklah Siwon. Terima kasih atas segalanya. Saya balik dulu” balas Yoona sambil meninggalkan kereta Siwon.

 

           Setelah selesai mandi, Yoona baring di atas katil dan mengenangkan kejadian semalam. Changmin benar-benar telah menyakitkan hatinya. Dia mengeluarkan gambar-gambarnya bersama Changmin dan mengoyakkan gambar-gambar itu lalu mencampakkannya ke dalam tong sampah. Air matanya bergenang. Adiknya, Kibum masuk ke biliknya dan bertanya “Akak OK?” “OK je” balasnya sambil mengelap air matanya.

 

           Yoona ke kedai untuk membeli barang. Tiba-tiba dia terserempak dengan Siwon. “Hi! Apa awak buat kat sini?” Tanya Yoona. “Saya memasak kat sini.” Balas Siwon sambil tersengih. “Eh, boleh teman saya tak hari ni? Saya ada benda nak kasi tau awak” Yoona senyum lantas berkata “OK”. Mereka berjalan di sekitar Bandar Seoul dari tengahari hingga ke malam. Siwon juga ada membelikan Yoona sedikit hadiah. Mungkin mereka terlalu seronok berjalan sehingga mereka tidak sedar mereka berpegangan tangan. Siwon mengajak Yoona ke satu restoran, dan itulah restoran terakhir dia pergi menemui Changmin. “Awak nak makan apa?” Tanya Siwon. “Em karot susu dan steak kambing.” Balasnya. Siwon tersengih lalu berkata “Saya pun nak yang sama.” Mereka berpandangan selama 10 minit dan Siwon secara tiba-tiba memegang tangan kirinya. “You look perfect today.” Yoona segan. Entah mengapa hatinya rasa berdebar selepas mendengar kata-kata Siwon itu.

 

*Selepas makan malam, jam 12 tengah malam*

 

           “Lawanya tempat ni.” Kata Yoona kepada Siwon. “Inilah tempat saya selalu pergi bila saya sedih. Tapi hari ini adalah hari terakhir saya akan lawat tempat ni.” Yoona pening. “Kenapa pula?” Siwon memandang Yoona tepat pada matanya dan mendapatkan kedua-dua belah tangannya. “Saya nak awak ada di sisi saya bila saya kesedihan. Saya nak kita kongsi susah senang kita bersama.” Katanya. Yoona tergamam. “Apa maksud awak?” balasnya ringkas. “Hati saya berdebar setelah melihat awak. Saya akui saya tak pernah rasa macam ni dengan perempuan lain sebelum ni. Saya berfikir semasa dalam perjalanan pulang. Saya rasa saya cintakan awak, Yoona.” Balasnya. “Tapi kita baru berkenalan satu hari”. “Itu tidak jadi masalah. Kita boleh mengenali masing-masing pada bila-bila masa saja.” Kata Siwon. Dia lantas memeluk Yoona dengan erat. “Sudikah awak berkongsi susah senang awak dengan saya?” tanyanya. “Saya sudi.” balas Yoona sambil senyum. Siwon memberikan satu gentle kiss buat Yoona dan mereka hidup bahagia selepas itu~

~THE END~

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet