I AM SUPER JUNIOR'S HERO

Description

Watak:

 

-Aku (Anda)

-Lee Donghae (Super Junior)

-Semua member Super Junior (Kecuali Heechul, Kibum, & Hangeng)

-Lee Sooman (CEO SM Entertainment)

-Uie (After School)

-Lee Jangwoo

Cameo:

-Kim Jungjin (Adik Yesung)

-Staff SM Entertainment

-PSY

-Yunho (TVXQ)

Latar Tempat:

-Bangunan SM Entertainment

-Bangunan KBS 

-Handel & Gretel

-Incheon Airport

-Restoran XXX

P/S: Cerita fanfic ini adalah direka semata-mata, tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

 

Foreword

 

           “Esok first day aku jadi manager Super Junior. Happy-nya! Aku akan buat yang TERbaik dan tak akan sakitkan hati mana-mana member! Sincerely, Me.” Ah lega rasanya dapat “express” perasaan happy aku di dalam diary ni. Yepp, mulai esok, aku akan bekerja sebagai manager baru group terbesar di dunia, Super Junior! Akhirnya, mimpiku jadi kenyataan!!

 

*Keesokkan harinya*

 

“Perkenalkan, manager baru anda, ______ *Nama anda*” Kata CEO SM Entertainment, Lee Soo Man itu. “Anyeonghaseyo. Saya ______ *Nama anda*. Sila beri tunjuk ajar.” Kata aku sambil menjeling ke setiap member. Intro aku itu disambut oleh Ryeowook, member Super Junior yang paling friendly. “Fighting! Hati-hati tau! Kyuhyun ni jahat. Suka sakat orang. Kalau dia sakat awak jangan terasa k?” katanya sambil tergelak. Kyuhyun yang terasa menyiku Ryeowook sambil berkata “Ya Kim Ryeowook!” Aku hanya mampu tergelak melihat gelagat mereka. “Betullah kata Sparkyu (fans Kyuhyun), Kyuhyun ni evil. Ada ke patut dia panggil Ryeowook “Kim Ryeowook”? Ryeowook kan lagi tua?” kata aku dalam hati. Tiba-tiba aku terpandang satu member ni. Aku tergamam. “Hensemnya dia!” jerit aku dalam hati. Itu lah dia suami aku, Lee Donghae, member ketiga paling hensem dalam Super Junior. Tapi sayangnya dia seperti tidak senang dengan kedatangan aku ni. “______ *Nama anda*, jom pergi makan!” Kata Sungmin sambil menarik tanganku.

 

*Di Restoran XXX*

 

Alangkah terkejutnya aku dan member-member Super Junior yang lain apabila Donghae bangun lantas berkata “Saya pergi dulu. Maaf.” “Aku yang teringin gila jumpa dia, dia pulak nak pergi dari sini?” kata aku dalam hati. Member-member yang lain mengendahkan Donghae dan makan. Tergelak aku melihat gelagat Eunhyuk dan Kyuhyun yang berebut akan makanan. Untuk menghentikan “peperangan” mereka itu, Yesung mengambil makanan yang direbut lalu berkata “Senang cite, biar hyung amik. Macam budak-budak korang ni.” “Hyukjae yang mulakan dulu!” bentak Kyuhyun. “Kya, kan hyung dah kata jangan panggil Hyukjae! Panggil hyung! Degilnya dia ni!” keluh Eunhyuk. Aku yang berasa awkward hanya mendiamkan diri sehinggalah Siwon menegurku “Pernah dengar lagu kitorang tak?”. Aku terbatuk. “Gila tak pernah!? Mesti lah pernah! Saya ni pure ELF dan pure ELFi” aku menghentikan ayat aku. “ELFish maksud awak?” Tanya Shindong. “Err iya.” “haha kesian kau Siwon, dia minat Donghae, dia x minat kau.” Sakat si Eunhyuk. “Eh apa hyung merepek ni? Tanya Siwon yang malu dengan sakatan hyungnya itu tadi.

 

        “Terima kasih kerana luangkan masa bersama kami! See you tomorrow!” Ucap Ryeowook dengan tersenyum lebar. Aku suka benar dengan Si Ryeowook itu. Sentiasa tersenyum, bukan macam Si Donghae tu. Patutkah dia pergi meninggalkan kami tanpa memberikan sebab yang munasabah? Aku pun bergerak ke Bangunan SM Entertainment untuk mengambil jadual Super Junior pada esok hari. “Boleh bagi saya satu salinan jadual Super Junior untuk esok hari?” Tanya aku dengan sopan kepada staff SM Entertainment itu. “Ini dia.” Balasnya dengan sopan. OMG! Esok hari Jumaat! Itu maknanya Super Junior akan membuat persembahan untuk Music Bank pada esok hari. Bukan sahaja dapat jadi manager Super Junior, malahan aku dapat pergi ke Music Bank tanpa perlu membayar tiketnya!

 

*Keesokkan harinya, di Bangunan KBS, untuk Music Bank*

 

“Finally, I’m here!” jerit aku dengan perlahan. “Uii happy-nya awak ye?” sakat Kyuhyun, si “evil” maknae. Aku yang segan hanya senyum malu-malu sahaja. Aku pun mengiringi Super Junior ke bilik persalinan. Mereka tiba 1 jam lebih awal. Al-maklumlah, member Super Junior bukannya seorang, tapi 9! “Eh, tadi ada 9, kenapa sekarang Cuma ada 7?” Tanya aku. Pertannyaan aku itu didengar oleh Siwon, lalu dia menjawab “Tadi Shindong hyung pergi tandas, lepaskan hajat. *tersengih* Donghae hyung tadi ada, tapi entah tak tahu mana dia pergi.” Yesung menyampuk. “belum sempat Yesung menghasbiskan ayatnya, Siwon mencubit lengannya, mungkin mengarahkannya supaya tidak meneruskan ayatnya itu. Aku pun pergi ke luar dan cari Donghae. “Manalah dia ni pergi?” Tanya aku dalam hati. Tatkala aku sedang sibuk mencari dia, aku terdengar perbualan antara dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan. “I tak kira, I nak you balik. I tak nak budak kampong tu. Please, come back again.” Kata lelaki itu. “But Sooman yang pecat I, I tak boleh nak buat apa. Lepas dia tahu kita ada hubungan, dia terus pecat I. I pun tak nak berpisah dengan you.” Balas perempuan itu. Aku yang ingin tahu segera menoleh ke arah mereka. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu orang yang sedang bertengkar itu adalah Donghae dan Uie, pengacara Music Bank itu! Jadi, dialah bekas manager Super Junior sebelum ini? Dan apakah maksud kata-kata dia itu tadi? Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Yesung sebelumnya “Mungkin dia pergi jumpa U..”. “Uie!! Aku pasti dia cuba nak kata Uie tapi Siwon siku dia.” Bisik hati aku.

 

Aku yang berpatah hati ini segera meninggalkan mereka dan bergerak ke bilik persalinan mereka. Music Bank akan bermula 15 minit lagi. “Eh, kenapa ni?” Tanya Kangin. “Takde apa-apa.” Balas aku dengan ringkas. Entah mengapa aku tiada mood. 5 minit kemudia Donghae masuk ke dalam bilik persalinan itu dengan muka yang bengang. Dia memandang aku tepat pada mata aku dan seperti member isyarat yang dia bencikan aku. “OK ke ni?” Tanya Leeteuk kepada Donghae. Donghae sekadar memandangnya dan mengambil bajunya lalu bergerak untuk menukar pakaiannya.

 

“Annyeonghaseyo! Anda semua sedang menonton siaran langsung Music Bank.” Ucap Lee Jangwoo, pengacara yang digandingkan dengan Uie untuk mengacarai acara Music Bank itu. Banyak benar penonton yang dating sambil membawa sepanduk dan lightstick. Sekarang ini yang sedang perform di atas pentas gah itu adalah group baru dibawah LEON Entertainment, C-CLOWN dengan menyanyikan lagu comeback mereka, “Far Away …… Young Love”. “sedap jugak lagu tu.” Kata aku dalam hati. Kini tibalah masanya untuk Super Junior. ELFs yang hadir mula bersorak dan mengeluarkan sepanduk dan lightstick. Ada juga sesetengah ELF yang jerit “Siwon!” “Eunhyuk!” “Kyuhyun!”. Bias mereka agaknya. “Super Junior, COME OUT!!” ucap kedua-dua pengacara itu. Dan lagu “SPY” pun dimainkan. Super Junior perform dengan penuh semangat. Oh ya! Lupa aku nak kasi tau. Super Junior merupakan Top Contenders untuk Music Bank episode ini. Mereka akan bersaing dengan PSY dengan lagu “Gangnam Style”. Jika Super Junior sudah selesai perform, ini bermakna Music Bank hampir tamat. Saat-saat yang dinantikan oleh semua orang sudah tiba. “Mari kita lihat siapakah pemenang Music Bank untuk episod kali ini.” Kata Uie. Di kaca TV sedang menunjukkan markah-markah dan vote-vote yang kedua-dua Top Contenders peroleh. “Tahniah, Super Junior!” kata Jangwoo. Iya! Super Junior menang!! Tapi Donghae kelihatan tidak gembira. Aku Nampak dia tidak habis-habis menenung Uie itu.

 

*Selepas Music Bank tamat*

 

“Uie, saya nak cakap dengan awak sikit.” Ucap aku kepada Uie dengan perasaan yang gementar. “Sure. Jom pergi ke Handel & Gretel.” Balasnya sambil melemparkan senyumannya yang manis. “Padanlah Donghae sukakan dia.” Bisik hati aku. Setibanya di Handel & Gretel, kami segera memesan order kepada Kim Jungjin, adik Yesung, merangkap pengurus Handel & Gretel itu. “Apa dia yang awak nak kata?” Tanya Uie. “sebenarnya, tadi saya terdengar perbualan antara awak dan Donghae, 15 minit sebelum Music Bank bermula, di bawah tangga.” Kata aku dengan gemuruh. Uie kelihatan berdebar. “Err…” itu sahaja yang dia mampu kata. “Saya nak tahu, apa sebenarnya hubungan awak dengan Donghae?" tanya aku. "saya harap awak takkan bagi tau sesiapa pasal hubungan kami. Sebelum ini saya adalah manager Super Junior, dan saya dan  Donghae, bercinta." tergamam aku bila dengar dia kata begitu. Uie? Donghae? Bercinta? TIDAK!! "jadi mengapa kalian bertengkar tadi?" tanya aku lagi. "Kami ditangkap bercinta pada 3 minggu lalu, kami ditangkap bercium di dalam tandas, dan malangnya orang yang menangkap kami adalah Pakcik SM itu sendiri." balasnya. Dia hampir menangis. Kesian aku tengok dia. Aku mula berasa serba salah kerana menerima tawaran menjadi manager Super Junior.

 

Aku berfikir akan apa yang harus aku lakukan sepanjang malam. Patut kah aku letak jawatan? Patut kah aku teruskan menjadi manager Super Junior? Setelah hampir 3 jam aku berfikir. Akhirnya aku telah membuat keputusan. Aku nekad untuk berjumpa dengan Donghae. Aku pun segera menefonnya. "Err Donghae, boleh saya jumpa awak petang esok?" tanya aku. "Nak buat apa?" balasnya. "Em nanti saya cerita. Jumpa di Handel & Gretel." balas aku dengan ringkas dan terus mematikan talian.

 

*Di Handel & Gretel*

 

"Duduklah." ucap aku kepada Donghae. "Hah, nak apa?" kata Donghae. Aku tahu, dia tak nak berjumpa dengan aku. "Saya dah tahu semuanya. Uie dah ceritakan semuanya pada saya semalam." balas aku. "So? Awak nak apa? Nak berhenti kerja? Biar Uie jadi manager kami balik?" tanya Donghae dengan ekspresi muka yang agak marah. "Iya." balas aku lagi. "Tak payah nak jadi hero lah. Macam lah Sooman tu nak dengar. Dia tu keras kepala tahu tak?" kata Donghae. "I'll try my very best." balas aku lalu terus meninggalkan Donghae di situ dan bergerak ke bangunan SM Entertainment.

 

*Di SM Entertainment*

 

"Boleh saya berjumpa dengan Tuan Sooman?" tanya aku dengan sopan. "Dia ada di dalam pejabat." Balas staff itu dengan sopan. Tiba-tiba aku terserempak dengan Yunho, member TVXQ yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik SM. "Manager baru Super Junior kan? Hi, saya Yunho." katanya dengan sopan. "Hi, saya _______ *Nama anda*. Nice to meet you." kata aku. Aku segera mengetuk pintu pejabat SM. Tok! Tok! Tok! "Masuk." kata Tuan SM dengan ringkas. "Oh kamu. Ada apa?" tanya beliau. "Saya nak cakap pasal ..... Donghae dan Uie." jawab aku. "Kalau awak nak cakap pasal diorang, sorry, saya sibuk." Balasnya. "No, please, let me explain." tegasku. "Hmm, k fine. Duduklah." arahnya. "Uie dah ceritakan semua kepada saya. Dia kata tuan sendiri yang tangkap diorang sedang bercium di dalam tandas. Salah kah diorang bercinta?" tanya aku. "Semua artis SM telah menandatangani surat kontrak, mereka tidak dibenarkan bercinta. Sekiranya mereka melanggar kontrak, salah satu daripada mereka akan dibuang." jelasnya. "But, everyone needs love. Even tuan pun perlukan cinta." tegas aku. Setelah hampir satu jam kami berbahas. AKHIRNYA, Tuan SM akan mengampunkan kedua-dua Donghae dan Uie! Aku pun pulang ke rumah dengan gembira. Aku menelefon Donghae untuk menceritakan berita gembira itu tetapi malangnya kata Donghae "Uie dah berhenti kerja sebagai MC Music Bank. Dia nak pergi ke Malaysia." Aku pun segera mengajak Donghae ke airport untuk menghalang uie daripada pergi. 

 

*Di airport*

 

Sudah hampir 20 minit aku dan Donghae mencari Uie di sekeliling airport. Tapi batang hidungnya masih tak dijumpa. Aku dan Donghae pun duduk di sebuah bangku panjang. Donghae kelihatan sedih dan penat. Tiba-tiba aku rasa seperti aku ternampak kelibat Uie. YA! itu Uie! Aku pun segera menarik Donghae. "Uie?" tanya aku. Ya, benar tekaan aku! Itu Uie!! "Sayang, please don't leave me." rayu Donghae. Uie sekadar mendiamkan diri. "Encik SM dah ampunkan kalian berdua. Dia jugak sudah batalkan kontrak yang mana-mana artis di bawahnya tidak boleh bercinta." Jelas aku.

 

"Maaf." ucap Uie. Dia seboleh-bolehnya mahu ke Malaysia. Tiba-tiba, Tuan SM muncul. Entah dari mana dia tahu kami berada di sini aku pun tak tau. "Benar kata-kata ______ *Nama anda* itu Uie. Saya dah maafkan kalian. Teruskan lah bercinta." katanya. Donghae lantas memeluk Uie, lalu berkata "See? I've told you. Please don't leave me." Uie mengalirkan air mata lalu membalas pelukan Donghae. Berjaya juga kami akhirnya memujuk Uie supaya jangan pergi ke Malaysia.

 

*Di rumah aku*

 

"Ah, rasanya aku dah jadi hero ni." bisik hati aku. Aku pun tersengih sorang-sorang. Tadi aku telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan semasa aku berdebat dengan Tuan SM. Hah, lepas ni aku nak kerja jadi manager TVXQ pulak lah. hahaha...

 

-THE END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet