CHAPTER 2 - Kisah Kita Serupa...

Only One Night

 

Aron POV:

Aku terasa kehangatan sentuhan seseorang di pipiku. Aku segera membuka mata lalu menggenggam kuat tangan itu. "Ah!" teriak pemilik tangan itu yang terkejut dengan tindakan aku itu. Aku segera bangun duduk dan mata kami bertentangan. Jarak antara muka kami hanyalah beberapa inci. Jantungku berdegup kencang.

 

"What do you think you're doing?" soalku. Pemuda itu tidak menjawab. Dia hanya memandangku dengan rupa seperti menahan kesakitan. Dia mengerling ke arah tangannya yang dipegang kuat olehku. Aku memahami. Aku segera melepaskan tangannya. "Mianei..." ucapku.

 

Dia tersenyum lalu berdiri. "Boleh saya tau, macam mana saya boleh ada di sini? Ini rumah awak, ke?" soalnya kepadaku dengan suara yang lembut. Aku terkesima. 'Bukan sahaja rupanya yang kacak, malah suaranya juga merdu. Begitu lembut bagi seorang lelaki.' Fikirku. Aku menceritakan kejadian tadi. Dia mengeluh panjang.

 

"Awak sepatutnya langgar saya tadi." ucapnya dengan nada yang kecewa. Aku tersentak. Nampaknya kejadian tadi disengajakan. Dia mahu membunuh diri rupanya. Tapi kenapa? Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia tidak menjawab.

 

Dia segera menuju ke pintu utama lalu membukanya. Langkahnya terhenti apabila dia melihat hujan yang turun dengan lebatnya. Kini gilirannya pula menangis. Dia terduduk bersandar di pintu sambil melihat hujan yang turun. Kemudian, dia menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya dan mulai menangis teresak-esak. Hatiku sakit melihat dia seperti itu. 'Siapalah yang sanggup mengecewakan dia sampai macam ni?'

 

Apabila dia semakin tenang, aku menghampirinya dan duduk di sebelahnya di muka pintu. "Walaupun saya tak tahu apa masalah awak, tapi nampaknya kita serupa." Aku mula berbicara setelah lama berdiam diri. Dia menurunkan tangannya dan memandangku. "Kita dikecewakan oleh orang yang dicintai. Right?" sambungku.

 

Dia mengangguk tanda setuju dan mulai bercerita tentang masalahnya. "Sepatutnya malam ini, saya dan dia akan menyambut hari ulangtahun pertama kami couple, tapi dia..." Dia terhenti seketika. Aku melihat air matanya mengalir lagi. "...dia minta putus sebab katanya dia dah bosan bersama saya...dia dah jumpa orang lain. Orang yang lebih baik dari saya..." Aku tercengang. Adakah ini suratan takdir? 

 

Kisah kami serupa. Aku juga sepatutnya menyambut hari ulangtahun pertama aku dengan gadis yang aku cintai. Malangnya, dia minta putus sewaktu kami bertemu tadi. Katanya dia dah jumpa lelaki lain yang lebih baik dan kaya daripada aku. Dia juga dah bosan bersamaku. 'Wow! That's explain why i'm so attracted to this guy even though i don't know his name yet'.

 

"I'm Aron. You?" soalku sambil menghulurkan tangan sebagai tanda salam perkenalan. Dia menyambut tanganku dengan senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Termasuklah aku. "I'm Min Hyun". balasnya. Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat dan Min Hyun segera mendakapku seeratnya. Aku tersenyum. Dia takut guruh rupanya.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Forteenagerss
#1
Chapter 3: Omoooooo comel bangat sih Dx
Buatlah lagi kak e u e
Haneul0907 #2
Chapter 3: Hahahaha comel
Kn bagus kalau Ada sequel
AprilSunnday_ukiss #3
Chapter 3: best r cte ny..wt sequel bleh??
kyuminelf96 #4
Chapter 3: so sweet but it will be better if it is mpreg...the story is nice and i like it so much ..author-nim fighting!!!
kyuminelf96 #5
Chapter 2: so sweet!!!
mpreggoland
#6
mpreg utk sequel citer ni?? ada ke yg nak baca??