5 BULANG YANG LALU ~

We're Bestie Forever , Buddy !

 

“Kesiannya kat adik kau~” kata Luhan. Dia dan Sehun berjalan bersama ke sekolah. Dia bersembang dengan Sehun di sepanjang perjalanan ke sekolah.

“haha! Biar! Siapa suruh dia tutup lampu waktu aku mandi! Haha! padan muka! Aku tau la~ kau suka kat adik aku..tapi aku tak nak kau jadi adik ipar aku~” Luhan dan Sehun ketawa.

“haa..aku tau kau mesti tak bagi aku ada hubungan dengan adik kau~ kalau ada pun, kau mesti tak restu..hihi” kata Sehun.

Mereka kelihatan amat gembira.

Setibanya mereka di muka pintu pagar, mereka berlari. Mereka melihat pintu pagar tersebut sedang bergerak dan itu tandanya pintu pagar sekolah akan ditutup untuk sesi pembelajaran. Mereka berlari.

“ha! Nasib sempat~” kata Luhan.

“ya..ya~ haaa..haa…” Sehun melepaskan penatnya.

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Suasana bertambah sejuk. Kelihatan suasana redup menguasai pagi itu.

“jom~ masuk kelas..aku dengar hari ni cikgu matematik kita nak buat kuiz~ apa kata..kau bagitau jawapan, aku tulis~ amacam? Kau kan pandai math!” cadang Luhan.

“ha~ boleh jugak..nanti aku hentam diaorang..hahaha ” kata Sehun sambil membuat buku lima di tangannya.

“selalunya cikgu buat satu kumpulan dua orang kan?” tanya Sehun sambil menggaru kepalanya.

“ya la~ kita kan selalu buat dua orang~ dah! Jom masuk kelas..” kata Luhan. Mereka masuk ke dalam kelas. Kelihatan ramai pelajar bersembang.

Mereka duduk di tempat mereka di dalam kelas. Sehun menegur orang yang berhampiran dengannya. Sehun selalu menegur pelajar yang duduk di belakang tempatnya. Dia menegur Baekhyun yang duduk di belakangnya.

“oit! Tengah buat apa?” tanya Sehun.

“ha! Hishh terkejut aku~ aku tengah khusyuk ni~ jangan kacau..” kata Baekhyun.

Selepas dia menjawab pertanyaan Sehun, dia cepat-cepat menyambung bacaannya..

“eleh..Chanyeol! dia tengah baca komik kan?’ Sehun menanya Chanyeol yang duduk di sebelah Baekhyun.

“ha’ah..~ tu la harian dia..” kata Chanyeol.

“korang berdua sihat?” Sehun menanya lagi.

“diaorang sentiasa sihat~” sampuk Luhan.

“Luhan~ aku tanya diaorang la~ ok~ tak pe..kau jadi wakil kat diaorang yee..” kata Sehun.

Kelihatan guru matematik masuk ke dalam kelas.

“Bangun!! Selamat sejahtera cikgu!!” kata Kris dengan lantang.

“Selamat sejahtera cikgu!”

“ok..semua murid boleh duduk~” kata cikgu Taeyeon.

“woi~ rehat nanti kau keluar dengan siapa?” tanya Luhan kepada Chanyeol dan Baekhyun.

“dia ni sah-sah gi jumpa Ara~ intan payung dia tu~ tu tu..” kata Chanyeol sambil mengherotkan bibirnya ke arah Ara yang sedang khusyuk memerhati cikgu Taeyeon yang masuk sebentar tadi.

“aku rasa aku jumpa Ara~ aku rasa..” Baekhyun mencelah tetapi matanya asyik tertumpu kepada komik yang dia baca.

“woi~ kalau nak bercakap..pandang la muka aku..hishh..apa-apa je la..” kata Luhan.

“ok~” balas Baekhyun.

“ok! Hari ni~ cikgu nak buat satu kuiz matematik..ok?” kata guru matematik, Cikgu Taeyeon.

“kan betul~ cikgu nak wat kuiz~” kata Luhan.

“ya la~ kenapa? Kau ingat aku tak percaya ke apa kau cakap tadi? Hish” kata Sehun.

“tak la~ aku bagitau je..” kata Luhan.

“ok~” Sehun senyum kepada Luhan.

“ok..cikgu nak buat kuiz bertulis..satu kumpulan ada 2orang..Kris! murid di kelas kamu ada 22 orang kan?” tanya cikgu Taeyeon.

Kris yang sedang bersembang dengan kawannya tersentap.

“ahh..ya cikgu!” kata Kris.

“oh ok..semua bole cari pasangan masing-masing..” kata cikgu Taeyeon. Dia bergerak ke arah meja. Dia mengambil kertas kuiz untuk diberikan kepada setiap kumpulan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aiaiai
#1
tak nak update story ni ke ^^ keke
Eldanny
#2
Chapter 2: actually en, harap sangat sohyun dengan luhan XDD
update soon~~ :DD looking forward for this sebab saya suke gileeeeeeeeeeeeeeeeeee dengan Sohyun :))