HunHan Missing ?!

We're Bestie Forever , Buddy !

 

Sungjae membuka matanya. Bilik Sehun diterangi cahaya matahari yang memancar. Sungjae bangun dan berjalan. Dia mencari Sohyun. Dia seolah-olah terkejut melihat Sohyun tidur di atas katil. Banyak pertanyaan yang bermain di mindanya.

*kenapa Sohyun tidur atas katil? Sehun hyung tidur kat mana? Mana hyung? Tak kan diaorang dah balik rumah?* Dia menggaru kepalanya.

Sungjae menggerakkan Sohyun. Sohyun terjaga.

“ahh.. Sungjae~ wae?” Dia mengusap matanya. Dia terkejut.

*bo?! Kenapa aku tidur atas katil? Mana oppa?* bisik hati Sohyun.

“err…awak ada Nampak Luhan tak? Atau abang awak ke? Ke diaorang dah balik rumah? ” tanya Sungjae

“awak~ mana saya tau..saya kan baru bangun dari tidur niii.. tak kan diaorang dah balik rumah..kalau diaorang balik rumah, mesti diaorang kejutkan kita.. jom~ cari diaorang..maybe diaorang ada kat sini lagi..~” ajak Sohyun.

“jom~”

Sohyun turun dari katil. Mereka berjalan keluar dari bilik tersebut. Mereka mulakan pencarian mereka di cafeteria terlebih dahulu tetapi tidak dijumpai. Mereka berjalan ke taman yang di sekitar kawasan hospital tersebut. Taman tersebut tidak menerima cahaya matahari kerana dihalang oleh bangunan yang ada di situ.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-DI KELAS-

Kelihatan cikgu Kahi masuk ke dalam kelas.

“bangun!!!! Selamat sejahtera cikgu!!” Kris menjerit dengan lantang.

“Selamat sejahtera cikgu!!!!”

“ok..selamat sejahtera.. kamu semua boleh duduk.. hari ni..saya nak maklumkan bahawa Sehun telah dimasukkan ke hospital kerana ada sedikit masalah kesihatan.. kalau kamu nak pergi melawat dia, pergi ke hospital besar Seoul, wad dia di tingkat 2.. ok kita mulakan pembelajaran hari ni..bawak keluar buku teks! Baca muka surat 76!”

Kris mengeluh. Dia seperti kehilangan sesuatu. Dia Nampak tidak bersemangat belajar hari ini~

“woih..jangan la sedih sangat~ Sehun tu sihat nanti~” sapa D.O yang duduk di sebelah Kris.

“aku bukan sedih pasal Sehun laa!” sentap Kris. Dia kelihtan marah benar. Dia memusingkan badannya untuk mengambil buku teks di dalam beg.

“habis tu? Siapa? Kalau ya pun, jangan la marah-marah macam ni~” D.O mencebik.

“ok..ok~ aku tak marah dah..aku nak Tiffany~” kata Kris.

“llaa..bukan dia ada kat belakang dengan……..” D.O memusingkan badannya ke belakang. Dan menunjukkan jarinya ke arah Ara yang keseorangan di belakang tanpa Tiffany.

*laaa? Tiffany tak datang rupanya..aduihhh..lupa seyhsshhh..* D.O menepuk dahinya.

“apa??! Dia ada dengan sapa? Ada dengan Ara?? Heheh..kau ni celik ke buta?” kata Kris. Dia menyelak muka surat buku teks yang dikueluarkan tadi.

“laaa..baru aku perasan~ =3= makwe kau tak datang~ hehe..sorry~ ==v ” kata D.O

“hmm apa-apa je la..kau nih.. =,.=” kata Kris.

Baekhyun berjalan ke arah Ara yang sedang mengeluarkan buku dari begnya.

“awak~ hari ni kita melawat Sehun naik kereta saya ok? Saya jemput awak~ =D” kata Baekhyun.Ara mengangguk.

“saya no hal~ ^^ tapi..sejak bila awak ada kereta? :o” tanya Ara.

“ahh..ni kereta baru saya~ yang personal punya.. hehe.. ^^v haaaa!!  hari ni saya duduk sebelah awak la..tepi awak tu kosong kan?” kata Baekhyun.

Ara baru perasan yang Tiffany tidak hadir hari ni. *laa…Tiffany tak datang hari ni~ patut la dia nak dok sebelah aku~*

“boleh tak?” tanya Baekhyun. Belum sempat Ara menjawab, dia sudah mengemas barangnya pergi ke arah Ara. Baekhyun duduk di sebelahnya.

“boleh~ .__. ” kata Ara.

Baekhyun senyum sampai ke telinga dan membuat ‘peace’ kepada Ara. Ara menggeleng kepala.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-DI HOSPITAL- (sambungan Sungjae dan Sohyun)

Sohyun ternampak kelibat 2orang lelaki tidur di sebuah bangku. Sungjae mengajak Sohyun mendekati mereka. Mereka ialah Sehun dan Luhan. Sohyun dengan segera memegang tangan abangnya.

*sejuknya*

Sohyun memanggil abangnya. Sehun terjaga. Luhan masih lagi dibuai mimpi.

“ahh.. Sohyungie~~ kenapa pegang tangan abang ni?” tanya Sehun.

“aniya~ tangan abang rasa sejuk~~ abang dengan Luhan tidur kat sini ke? Abang ke yang angkat Sohyun tidur atas katil abang kelmarin?” tanya Sohyun.

“sejuk ke? Ha’ah~ abang tidur kat sini dengan Luhan. Ye la~ abang tak nak adik abang ni sakit belakang tidur kat sofa~ lagipun abang nak bagi Sungjae tidur dengan selesa jugak..” jelas Sehun.

“laarr..kenapa hyung buat macam tu? Hyung kan masih sakit~” Sungjae memegang dahi Sehun.

“ha! Panas~ dah la..meh sini Sungjae kejutkan hyung Luhan ni..” Sungjae memegang bahu Luhan, tapi tiada respon. Dia mengambil keputusan untuk menjerit di telinga Luhan.

“hyung!!!!!!!!! Bangun!!!! Dah pagi!!! Kena pergi sekolah!!!!” jerit Sungjae.

Sohyun dan Sehun ketawa melihat perbuatan Sungjae.

Luhan terkejut dan dengan pantasnya dia bangun.

“bo?! Jom Sungjae! Kita dah lambat!” kata Luhan. Keadaannya seperti separuh sedar dari tidur. Sehun meluku kepala Luhan.

“hish..kau sendiri yang cakap, tak nak pergi sekolah~ haaa.. pergi la sekolah~ dengan tak mandinya~ hihi” Sehun bergurau dengan Luhan.

“cehh! Aku ingat aku dah siap-siap nak gi sekolah dah~ saeng! Mesti saeng yang buat macam ni kat hyung..hurrgghhh ==” marah Luhan sambil mengusap kepalanya yang diluku oleh Sehun tadi.

“hyung~ jom balik…lapar…hyung masak breakfast leh?” minta Sungjae.

“tak nok..” Luhan mengalihkan pandangannya dari Sungjae.

“hyunggggg~~~” Sungjae membuat muka comel kepada Luhan.

“elehhh..ingat aku tergoda ke?” kata Luhan. Sehun yang melihat tingkah laku mereka berdua tersengih.

Sohyun pula membuat muka comel kepada Luhan. Luhan melihat muka Sohyun, berdebar jantungnya.

*ahhh.. comelnya~ ^///^* bisik hati Luhan.

“Sohyun~ jangan nak buat flirt kat sini~ korang balik naik bas la~” cadang Sehun.

“aloo..ok~” balas Sohyun.

Sehun, Luhan, Sungjae dan Sohyun masuk ke dalam semula untuk mengambil barang-barang mereka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aiaiai
#1
tak nak update story ni ke ^^ keke
Eldanny
#2
Chapter 2: actually en, harap sangat sohyun dengan luhan XDD
update soon~~ :DD looking forward for this sebab saya suke gileeeeeeeeeeeeeeeeeee dengan Sohyun :))