Please !!! Don't Leave Me Alone !!!!

We're Bestie Forever , Buddy !

 

Luhan berjalan-jalan di sekitar bandaraya Seoul. Dia mengekori kawan baiknya. Kawan baiknya kelihatan memakai jaket biru berseluar jeans. Kawan baiknya itu jarang berpakaian begitu ketika keluar dengannya. Luhan merasa pelik.

Sejak kebelakangan ini, kawan baiknya tidak bercakap dengannya. Mungkin sebab perkara hari tu. Luhan menganggap kawan baiknya itu sombong dengannya. Dia singgah di kedai yang berdekatan untuk membeli minuman.

Setelah keluar dari kedai, Luhan melihat orang ramai mengerumuni seseorang. Dia mendekati tempat tersebut. Luhan menangis melihat sekujur tubuh yang kelihatan amat sakit. Bila dia mengenal pasti orang tersebut, dia terduduk.

 Betul…itu lah kawan baiknya yang berjalan tadi.. kawannya yang berpakaian kemas, yang berjalan dalam keadaan yang amat tenang tadi.. Darah mula melumuri muka kawannya. Luhan mendekatkan dirinya dengan kawannya..

“Jangan pergi! Kau kawan baik aku! Aku minta maaf! Aku minta maaf sangat-sangat!! Tolong! Jadi kawan aku semula! Aku tak nak keseorangan! Bangun la..” Luhan merayu.

Dia meminta dengan sungguh-sungguh agar rakannya kembali ke pangkuannya semula, tetapi takdir sudah menentukan yang dia akan kehilangan orang yang amat dia sayangi.

“bangun la! aku nak kau!” Luhan menjerit sambil mengangkat rakan baiknya ke ribanya. Dia menepuk pipi rakannya dengan lembut. “please..jangan tinggalkan aku..” Luhan menangis.dia dikelilingi oleh orang ramai yang menyaksikan rakan baiknya tiba-tiba sakit yang amat teruk.

“a…k..u…tak boleh….te..teman kau…Luhann~” kata rakan baiknya dengan nada yang perlahan. Luhan menganggap rakan baiknya itu ialah separuh dari jiwanya, hidupnya. Sekarang, separuh jiwanya akan meninggalkan dia.

“jangan macam tu! Kau kena teman aku! Kau kena ajar aku! Kau kena main dengan aku! Kau kena hidup dengan aku! Jangan pergi!” kata Luhan.

 “tapi..a..ku..ke..na..pergi…se..moga..kau da..pat kawan yang…terbaik dari aku…” kawannya memegang pipi Luhan dengan lembut.

Akhirnya, tangan rakan baik Luhan jatuh dan mukanya sudah tidak berdaya untuk memandang Luhan yang merayu kepadanya..dia sudah pergi selama-lamanya. Rakan sepermainannya sudah meninggalkan dia. Luhan menatap muka rakannya dengan penuh sayu.

“kau…pergi..tinggalkan aku..” Luhan menangis. Kesedihan menyelubungi dirinya. Kedengaran suara ambulans datang. Mereka mengangkat badan yang tidak bernyawa itu masuk ke dalam ambulans. Luhan juga masuk ke dalam ambulans untuk menemani rakannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Luhan melihat kawan baiknya, Sehun di masukkan ke dalam bilik kecemasan. Seorang doktor keluar bersama mayat Sehun. Dia bercakap dengan Luhan.

“err..awak ni saudara si mati?” tanya doktor.

“ahh..tak~ saya kawan dia..saya nak tanya..kenapa dia mati? Dia ada masalah kesihatan ke? Setahu saya, dia tak ada penyakit atau apa-apa sakit..” kata Luhan.

“sebenarnya dia ada penyakit..penyakit tu dah merebak ke seluruh badannya..dulu, dia pernah datang ke hospital ni untuk buat pemeriksaan..dan dari awal lagi saya dapati dia dah menghidap penyakit yang berbahaya..” jelas doktor

“Bo?! Selama ni saya tak tahu pun! Doktor pernah rawat dia kan? Kenapa doktor tak bagi tahu perkara yang sebenar?! Patut la kat sekolah, dia selalu tanya khabar rakan-rakannya yang lain..dia risaukan kesihatan dia sedangkan kesihatan dia tak terjaga..”kata Luhan. Dia sebak kerana Sehun tidak memberitahu hal yang terpenting tersebut kepadanya.

“Maafkan saya. Saya buat macam ni atas permintaan dia. Dia bagitau saya agar tidak memberitahu hal ini kepada kamu dan yang lain. Dia merayu kepada saya agar perkara ni dirahsiakan.”

Luhan melihat rakannya dipindahkan masuk ke bilik mayat yang terdapat di hospital tersebut.

Luhan masuk ke bilik mayat tersebut, dia menangis.

“Sehun, kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa kau tak bagitau aku yang kau tu sakit?! Kau asyik bagitau yang kau tu sihat! Sihat!” kata Luhan sambil melihat wajah Sehun yang kaku.

*adakah family kau bersedia dengar berita tentang kau? macam mana aku nak terangkan kat diaorang? Patut ke aku bagitau kau meninggal sebab penyakit kau? apa-apa pun aku kena bagitau family kau..* Luhan berjalan meninggalkan bilik tersebut dan bergegas ke rumah Sehun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aiaiai
#1
tak nak update story ni ke ^^ keke
Eldanny
#2
Chapter 2: actually en, harap sangat sohyun dengan luhan XDD
update soon~~ :DD looking forward for this sebab saya suke gileeeeeeeeeeeeeeeeeee dengan Sohyun :))