Encik Bank, Cik Pramugari

Description

 

Alex Xavier Hoare 
Generasi ke 12 Hoare Family.  Bekerja sebagai Partner & Consultation Executive di Bank C.H.Co (Dimiliki oleh Keluarga Hoare). Berusia 32 tahun dan berketurunan British-Italian. Dilahirkan dan dibesarkan di London. Anak ke 2 dari 3 beradik. Bersifat rendah diri dan fokus. Mempunyai teman baik, Zack.

Mikayla Aurora 
Gadis aktif,berjiwa seni dan suka travel. Berkerja sebagai Flight Attendant di salah sebuah syarikat penerbangan utama Malaysia. Berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Keewangan. Berusia 26 tahun, memiliki darah campuran MelayuSiamese dan Ibunya dari Kazakhstan. Anak bongsu dari dua beradik.

 

Perbezaan  yang ada di antara Alex dan Aurora, menjadikan mereka saling melengkapi. Namun, bertahankah mereka?



CHARACTER

 

Alex Xavier Hoare

  • Partner & Consultation Executive di Bank C.H.Co (Dimiliki oleh Keluarga Hoare)
  • 32 tahun
  • British-Italian
  • Lahir dan dibesarkan di London
  • Anak nombor 2 dari 3 beradik

Mikayla Aurora

  • Flight Attendant 
  • 26 tahun
  • Pelajar lulusan Kejuruteraan Keewangan
  • MelayuSiam - Kazahkstan 
  • Lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur
  • Anak nombor 2 dari 2 beradik

​​​​​​


​​​

 

Foreword


"Saya dah cakap, saya tak minum. Tak paham ke?" Kata Auora.

"Jangan jual mahal lah, kalau tak minum kenapa datang sini?  Saya ada duit la, saya boleh bayar" kata Zack, angkuh.

Aurora sudah mula naik angin, tapi cuba menahan marah nya sebab tak ada guna bergaduh dengan orang mabuk.

"Saya tak peduli awak banyak duit ke tak, kalau saya kata saya tak minum, maksud nya saya tak minum lah! Dan dekat sini bukan nya hanya jual alkohol sampai kalau nak datang makan pun tak boleh.." kata Aurora dengan nada marah. 

"Maaf saudara, kami ni muslim jadi memang tak minum.." Izara mencelah.

"Muslim?" tanya Zack dengan pelik.

"Ya!" jawab Izara.

Aurora hanya memandang geram lelaki mabuk tersebut.

Alex mendengar riuh di dalam kedai mempercepatkan langkah nya kerana dia kenal suara kawan nya Zack. Alex datang ke arah mereka.

"Maaf kan kawan saya, cik.." kata Alex sambil memegang bahu Zack. 

"Mungkin dia terlalu mabuk, cik boleh teruskan aktiviti cik, maaf sekali lagi, biar saya je yang uruskan dia..saya ke toilet sekejap tadi.." Alex berkata lagi, namun mata nya tidak berganjak memandang Aurora.

Sedikit pun Aurora tidak melihat ke arah suara itu, Aurora hanya mengangguk dan terus berlalu tanpa membuang masa.

Alex hampa, pandangan nya tidak berbalas. Namun pandangan itu sempat dilihat oleh Izara!

Lala_Lullaby
Tiberr je dapat idea cerita cinta sweet sweet ni. Bagi chance ye..hehe..kalau ada kurang, maaf man saya..

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet