Episode 03

Dear ______ , I AM SINGLE


Pintu rumah ditolak buka dan Jaehyun masuk kedalam rumahnya. Dia memandang kearah keadaan rumahnya yang sunyi sepi sebelum terus berjalan ke biliknya di tingkat atas . Masuk pula ke bilik , dia dihadiahkan dengan tetamu tak diundang yang dah biasa. 

 

Jung Woo duduk bersila diatas kerusi belajarnya sambil tersengih lebar. Jung Woo memandang Jaehyun yang terus membaringkan diri diatas katil. 

 

 " Kau dari mana ?" Soal Jung Woo seolah tidak tahu apa -apa. Jaehyun mengeluarkan telefon pintar dari poketnya . Menoleh sedikit kearah Jung Woo yang sibuk mengunyah macaroon.

 

 " Sekolah " balasnya pendek. 

 "Lambat ?"

 

Jaehyun bangun dan duduk bersila . Sambil dia menarik stoking dari kakinya ,dia membaling ke Jung Woo. 

 

 " Aku ronda bandar jap tadi..yang kau dah macam mak aku kenapa " tawa Jaehyun dan terus berjalan ke bilik air di biliknya. Menutup pintu . 

 

Jung Woo hanya memandang rakannya itu hilang dari pandangan. Dia meletakkan macaroonnya ke tepi dan bangun dari kerusi. Tanpa sebarang kata , dia terus berjalan keluar

 

Kenapa dia kesini in the first place?.

 

________

 

Sebakul baju yang baru dicuci dibawa Puan Do untuk dia keringkan di bumbung atas. Baru je dia buka pintu , Doyoung tiba -tiba menyelit . " Kenapa ?" 

 

 " Biar adik keringkan " tawar Doyoung dengan senangnya. Puan Do masih tak membalas . Dia memandang ke kiri dan ke kanan. 

 

 " Cepat sikit " tuturnya dan memberi bakul itu ke Doyoung yang sudah tersenyum lebar.

 

Dengan pantas , dia bawa bakul baju itu keluar dan terus mendaki tangga ke atas. Sesampai diatas , dia berjalan kearah tali ampaian yang masih ada pakaian . Memandang kearah pintu rumah So Hee yang masih tertutup. 

 

Do young mula mengambil bakul kosong yang ada sebelum mengutip pakaian -pakaian gadis itu yang sudah kering lalu diletakkan di depan rumah So Hee. Dia kembali menyidai pula pakaian miliknya . Satu persatu dengan sungguh tenang. Selesai semuanya ,dia memandang lagi kearah rumah So hee ,tingkap pun tak terbuka .

 

 " Do Young ! Sudah ke tuh !" Seru Puan Do dari bawah , menyentakkan anak bongsunya itu. Dengan pantas , dia berlari turun ke bawah. 

 

Beberapa minit kemudian , So Hee keluar dengan muka sembap . Dia menggiat kesedapan sambil berdiri di depan pintu. Menikmati cahaya  matahari yang mencium wajah. Kakinya kemudian melanggar sesuatu menarik perhatiannya untuk tengok ke bawah. 

 

Sebakul baju yang sudah kering miliknya. So Hee memandang sekeliling yang kosong. Ampaian pun dah penuh dengan baju orang lain. Barangkali keluarga Kim di bawah. Ini mesti Puan Do yang tolong.

 

________

 

Sepanjang hari , macam biasa , Jungwoo menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang kekasih yang budiman. Dia ikut sahaja kemana Seulgi mahu pergi. Kadang -kadang dia yang teruja sendiri bila nampak benda -benda yang comel kat kedai. 

 

 " Seulgi ! Tengok ni tengok ni !" Jung woo dengan happynya memakai topi haiwan bertelinga yang boleh naik keatas bila dipicit. 

 

Seulgi yang tengah sibuk membalas chat mengerling ke Jung woo sebelum ke sekeliling. 

 

 " Letakkan , jangan malukan I " ujarnya ringkas dan terus berjalan pergi. Meninggalkan Jung Woo terasa bodoh.

 

Dengan perlahan Jung Woo meletakkan semula dan melambai sedih ke topi binatang arnab itu. Baru beberapa langkah menjauh pergi , dia kembali semula dengan sekeping duit. Dia kan degil orangnya.

 

 

Pukul 9 malam , telefon So Hee menjerit kuat . Dengan cepat , dia mencapai dan menjawab panggilan tersebut. 

 

 " Apa ?" Balas So Hee dingin. 

 " SoEee~~~ Jung Woo-iee lapar~ Woo-ngie sangat lapar sehinggs rasa nak mati, hiung-hiung~ " 

 " Kalau macam tu mati jelah" 

 Terdengar batuk di hujung panggilan. 

 " Jomlah ..makan makan.. Aku nak tteobokki eh ,eh " 

 " Makanlah sendiri ! . Kau ingat aku Grab Food ke ?" 

 

Panggilan dimatikan dan telefon disimpan ke kocek. Cardigan dicapai dan dia dah siap nak keluar.

 

 

 

Lonceng kedengaran dan Jung Woo dengan gembira berlari ke pintu apartmentnya . Dibuka dan senyuman terus melebar melihat bungkusan tteobokki yang dibawa So Hee itu. Dengan pantas , dia mengambil bungkusan itu dan berlari ke dapur sambil diikuti So Hee . 

 

Dia masuk ke dalam apartment bujang itu dan duduk di sofa. Memerhati sekeliling yang nampak normal. Matanya terhenti di sebuah bingkai gambar besar di dinding. Gambar Seulgi sedang mencium Jungwoo. Romantis sungguh. 

 

Jung Woo kembali dengan sehidang tteobokki dan dua gelas sprite sejuk. Dia letak diatas meja kopi. 

 

 " Ini yang biasa depan sekolah tu ke ?" Soalnya sudah memegang chopstick. Sohee mengangguk sambil meminum spritenya . 

 

Sambil mengunyah , Jung Woo bangun dan berlari ke biliknya sebelum membawa selipat selimut tebal. Dia lantas meletakkan pada So hee yang sekadar memandang cardigan nipis di malam yang sejuk. 

 

 " Kau tak sejuk ke ?. Pakai senipis tu.." keluh Jung woo jelas sekali risau . Dia kembali duduk dan memandang So hee yang buat tak endah dengan kesihatan diri.

 

 "Hari ni hari sabtu . Kau tak keluar dengan dia ?. Gelojoh betul kau makan" 

 

Jung woo masih menyumbat tteobokki ke mulut. Dia memandang So Hee . 

 

 " Dengan Seulgi ?. Mestilah keluar tapi kau tahu dia kasik aku makan apa harini ?. Tulang . Dia ingat aku anjing ke ?..tch, mati kelaparan aku kalau hari hari makan benda tu ..kau pun tahu aku makan banyak " bebel jungwoo sambil menggeleng. Teringat semula hidangan di restoran mewah yang dibawa Seulgi petang tadi. 

 

So Hee meletak chopsticknya ke meja. Dengan ibu jarinya ,dia mengesat kotoran comot pada mulut Jung Woo . 

 

 " Perlahan -lahan lah makan "

 

 

 " Kau nak balik malam ni ?" Jung Woo mencebik sambil dia ikut So hee ke pintu. 

 

So Hee memandang Jung Woo yang buat muka sedih . Dia dah mula dah.

 

 " Dahtu ,kau nak aku berjaga kat sini sampai kau tidur ?" Tutur So Hee acuh tak acuh. Dia dah pun pakai balik kasut.

 

So Hee menoleh , Jung Woo sudah tiada. 

 

 " Jung Woo, aku balik dul--" So Hee berhenti bila lelaki itu kembali dengan sesuatu. Dengan teruja , Jungwoo memakaikan topi haiwan yang dia beli petang tadi ke kepala So Hee . 

 

Gadis itu memandang Jung Woo sebelum dia memicit salah satu penekannya dan telinga arnab itu terus naik. Dia memandang Jungwoo dengan mata bundar. 

 

 " Naik ke ?" Soalnya sudah mula teruja. Jungwoo sambil tersenyum lebar pantas mengangguk. 

 

So Hee tertawa sendirian sambil terus memicit-micit punatnya. Dia memandang Jungwoo dengan sangat seronok. Inilah yang artis selali guna tuh. Comel !. 

 

 " Kau beri aku ke ?" Jung Woo mengangguk laju , dia merapati So Hee sebelum memeluk gadis itu. Membuatkan So Hee terus kejung di tempatnya. Kedua telinga arnab itu terus jatuh semula ke tempatnya. 

 

So Hee tidak bergerak. Membiarkan dirinya dalam pelukan erat JungWoo yang tiba -tiba itu. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang . Benda yang biasa berlaku hanya bila dia bersama dengan Jung Woo. 

 

 " Hati -hati pulang " pelukan dileraikan dan Jung Woo memandang rakannya itu . Dia tersenyum macam biasa.

 

So Hee berdehem kecil sebelum mengangguk. " Aku pergi dulu " tuturnya dengan laju dan terus keluar dari apartment Jung woo. Pintu ditutup dan So Hee bersandar padanya . Dia memegang dadanya yang masih berombak kuat itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 4: SAYA SUKA CITE NI! JUNGUWUU SO KIUT~ SOEEE PUN NICE.
Spring_Girl #2
Chapter 2: Hwaiting for next update ye :)