Episode 01

Dear ______ , I AM SINGLE

 

 " Kenapa orang dah ada depan mata kau suka cari jauh jugak , Jung Woo " _ Joy 

 " Siapa ? Soe ke ?" _ Jung Woo

 " Iyelah"

 " Soe ..dia bukan perempuan..dia kawan "

 

__________

 

Di malam yang bising sebab hujan lebat dan petir menyambar kiri kanan , So Hee baring diatas katil bujang di rumah bumbungnya yang kecik tu. Mengskrol insta sendiri sebab bosan nak mampus dan kerja sekolahnya ?. Terdampar kat atas meja macam itu je. Kesejukan dan kesunyian. 

 

Jarinya berhenti di suatu postingan . Dia terus bangun bersila. Jungwoo beberapa jam lalu memposting gambar rose yang berguguran dengan latar belakang gelap. 

 

So Hee terus menekan profil lelaki itu sebelum mula dengan aktiviti stalknya . Perlahan , segaris lengkungan muncul di wajah. Tekaannya betul. Ini tak lain tak bukan Jung Woo putus lagi.

 

Baru je dia senyum sikit , ketukan bertalu terus kedengaran di depan pintu. Dia terus tutup telefonnya. Memandang kearah bayang lembaga yang berada di luar. Hujan -hujan ni. 

 

Dengan berhati -hati dia menghampiri sebelum membukanya dengan ditangan sudah dilengkapi kuali tak bercuci. Buka sahaja , confetti dengan bunyi wisel terus menjengahnya. Habis melekat confetti di wajahnya Sohee yang berminyak itu. 

 

 " Suprisee!!!" Jung Woo muncul dengan keadaan basah lencun . Tanpa tunggu So hee jemput , dia dah jemput diri sendiri masuk kedalam. Habis ditolak Sohee ketepi, dia masuk kedalam dengan keadaan basah. 

 

Terus duduk di depan alat pemanas murahan yang Sohee dapat waktu hari jadinya tahun lalu. Selamba badak memeluk alat pemanas tu. 

 

 " Kau buat apa ?" So Hee masih berdiiri. Memandang tajam kearah Jung Woo yang mengambil haknya. Dahlah ceroboh suka hati. 

 

Jung Woo merehatkan kepalanya pada alat pemanas dengan gaya manja biasanya. " Tak nampak ke ?.aku tengah check in balik kat hotel kau nii~~" balas Jungwoo dengan malas . Dia tengah kesejukkan sebenarnya. 

 

So Hee berjalan dengan wajah seposen ,mengambil bantalnya yang paling keras sebelum dengan muka nak membunuh , dia memukul Jungwoo dengan bantal keras itu. Membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Sohee tak kira , dia bertubi -tubi mendera anak orang itu . 

 

 

 

 

Jung woo duduk diatas dua sujud menghadap si So Hee yang memang mutlaknya adalah ma'am besar. So hee memeluk tubuh memandang Jungwoo yang kebasahan teruk tu. Tak sampai hati , dia mencapai tuala yang dia beli semata -mata untuk kes kecemasan macam ni.

 

Terus dia telangkupkan ke kepala Jung Woo membuatkan lelaki itu terus tersengih . Dah faham yang So hee dah kalah dengan kesedihan hidupnya. Jungwoo dengan pantas mengesat rambutnya yang basah dengan pantas. Dia memandang Sohee yang sedang menarik toto keluar dari almari. 

 

 " tak mahu tak mahuuu!!!" Jung Woo terus melompat ke katil bujang Sohee dan dengan laju berguling diatasnya. Membasahkan tilam gadis itu. Jungwoo baring diatas dengan gaya patrick star. 

 

So Hee terkedu. Dia membeku memandang Jung Woo yang dengan selamba mengecop katilnya . 

 

 " YAH!!!!" 

 

_________

 

 " Cepatlah cepatlah Soeee~~~" panggil Jungwoo di luar sambil menghentak kakinya. Tak mahu terus lama di luar. Sejukk..

 

Sohee keluar dari rumahnya dengan lengkap berpakaian seragam sekolah. Jung Woo pun sama. Memang banyak pun baju mamat tu di rumahnya dan dia ..dia tak nak komen apa -apa. Manalha tahu kalau mamat ni mati , dia boleh jual semuanya. Sebab baju Jungwoo semua tu branded mahal -mahal. 

 

Jung Woo terus turun kebawah diikuti So hee yang tergopoh -gapah kejar. Tiba je di bawah , mereka terserempak pula dengan anak tuan rumah yang terhormat , Doyoung yang baru tarik tongkat basikal keatas memandang kedua insan itu dengan mata yang bulat. 

 

Dia tak cakap apa -apa selain terus menunggang basikalnya dan menunggang pergi . Macam tak nampak je buatnya. Asalkan So Hee bayar sewa . Nak buat rumah tu zoo pun dia tak ambil peduli. So Hee menghela lega. Kalau ibu Doyoung tahu , mahu maknya di Jeju sekali tahu. 

 

 " Marilah Soee, kau tercegat apa lagiii.. Aku perlukan kad bas kauu" 

 

Sohee merengus geram. Satu hari ,mati juga Jungwoo di tangannya. 

 

_________

 

Jung Woo menjaring masuk bola oren itu kedalam jaringnya dan dia terus bersorak teruja dengan ahlinya . Macam menang piala dia punya over. Tapi itulah Jungwoo. Permainan diteruskan lagi dan tanpa sengaja , balingan tak sempat ditangkap dan meluru terus ke luar gelanggang. 

 

 " Eu Ji hati hati !" 

 

Tappp

 

Euji , gadis yang secara kebetulan nak lalu je tu membuka matanya yang tadi tertutup sebab takut bola . Dia memandang insan yang telah menangkap bola dari kenanya itu. Jungwoo membaling semula bola masuk ke gelanggang. Dia terus menoleh sebelum tersenyum manis. 

 

 " Awak okay ?" 

 

 

 

Tin Coke yang habis diminum itu dikemikkan So hee dengan sebelah tangan. Dia memerhatikan Jung Woo yang tak habis -habis dengan sikap peramahnya itu. Nak main, main jelah bola. 

 

 " Kau okay tak So hee ?" Soal Joy sambil menghisap lolipopnya. Memandang bimbang ke Sohee yang ada kemungkinan bolah bengkokkan palang jaring . 

 

So hee memandang Joy sebelum tersenyum dengan sungguh fake. " Aku okay je..haha" balas Sohee sambil senyum menyeringai macam pakcik gatal . 

 

 

Doyoung berhenti di tepi gelanggang. Menandang rakan -rakannya yang sedang bersalaman . Baru habis game. Dia lambat lagi. Jaehyun dan Taeyong yang nampak kehadirannya segera menghampiri. 

 

 " Apa ni..kau lambat lagi ?" Rungut Taeyong sambil mengambil paket tisu yang dihulurkan Doyoung. Doyoung hanya tersenyum , dia dengan selamba menyembur febrezee kearah kedua rakannya membuatkan insan berdua itu terbatuk-batuk. 

 

Sebijik macam nyamuk kat rumah. 

 

 " Maaf. Aku ada hal " balasnya ringkas lepas simpan semula febreze ke dalam beg. Muka masih selamba. 

 

 

Jung Woo membuka mesej yang baru diterimanya sebelum dia tergesa -gesa mendapatkan beg di So hee yang dah nak gerak . " So hee , kau balik dulu..oh ye , pinjam kartu bas kau " pinta Jungwoo kelam kabut. 

 

 " Dah kalau kau amik, aku nak naik apa ?"marah So hee tapi masih memberi. Macam kena pukau je gayanya. 

 

Jung woo masih kelam kabut. Dia memandang kesekeliling sebelum mengangkat tangan. " Jaehyun , Taeyong !!" Panggilnya dengan kuat . Tanpa cakap banyak , dia tariknya Sohee bersama menghampiri rakan -rakannya itu. 

 

 " Beb ,anyone mintak tolong hantarkan Soee aku ,aku ada hal penting. Tolong eh ! Thank you " macam tu . Macam bagi barang , jungwoo berlari pergi dengan kartu bas So hee. 

 

So Hee terpingga -pingga . Memandang jungwoo yang tinggalkan dia macam tu je. Dia memandang Taeyong dan Jaehyun yang memandangnya. Do young pula memandang Jungwoo yang makin mengecil. 

 

 " Jadi , So hee..jap , kau tinggal dengan Doyoung kan?" Taeyong terus menoleh ke Doyoung yang hampir dilupakan. Mereka terus memandang Doyoung yang sudah mengundur.

 

Doyoung memandang kedua rakannya. 

 

 " Tiada..tiada seat kosong " balasnya dengan mudah dan terus berjalan pergi. Dingin . 

 

 " Kedekut. Patut tak ada girlfriend ,tch" Taeyong membuat muka . Dia memandang semula ke arah So hee yang tiba -tiba dah pegang helmet . 

 

Jaehyun menyandang begnya dan memegang bahu So hee dengan selamba. Membuatkan So hee membeku. 

 

 " Tak apa , aku bawa dia pulang... Jumpa esok " Jaehyun terus membawa Sohee pergi begitu sahaja tanpa perbincangan panjang dengan Taeyong. 

 

 

Tiba di motor , Jaehyun naik keatasnya dan dia menepuk seat di belakangnya. " Naiklah " ajaknya dengan sangat mesra. Wajahnya masih lembut macam selalu. Wajah yang telah mencairkan beratus hati wanita. 

So Hee memandang seat yang ditepuk Jaehyun itu. Dan dia sekarang senang -senang dapat peluang emas macam ni. Berkat si tak guna Jungwoo tu.

 

Dengan sopan ,So Hee duduk di belakang sambil memasang helmet ke kepalanya. Uh , bau Jaehyun. Sekarang dia dah macam ert . 

 

Jaehyun yang sudah start ka motor sebelum menoleh ke belakang untuk melihat Sohee . Dia tersenyum lalu dengan pantas menolong gadis itu memasang butang helmet itu dengan kemas. 

 

 " Siap .." ujarnya dengan manis sekali. So Hee mengangguk malu. Tiba -tiba rasa macam perempuan sebab dilayan sebegini baik. 

 

Jaehyun memandang ke depan semula sebelum terus menunggang motornya laju keluar dari perkarangan sekolah. 

 

 

 

 

Doyoung mengunci tayar basikalnya dengan cermat dan bangun. Dia memandang ke luar sebelum berjalan masuk ke dalam rumah. Dia berhenti di depan rak kasut. Memandang ibunya yang sudah menjengah ,menjemput kepulangannya. 

 

Tanpa kata apa , sambil mencampak beg sekolah , dia keluar semula dan berdiri di depan pagar rumah. Memandang ke kiri dan ke kanan macam menunggu sesuatu. 

 

 

 

Beberapa minit kemudian , Jaehyun akhirnya memberhentikan motornya . Dia memandang So hee turun sebelum membantutl gadis itu membuka helmet . 

 

 " Thank y-you" tutur Sohee dengan lemah lembutnya. Jaehyun hanya tersenyum manis. " Kalau macam tu , aku balik dulu ye" ujar Jaehyun setelah itu terus menunggang pergi. 

 

So hee melambai seorang diri. Dia tersenyum keseronokkan. Naik motor terasa macam naik kuda sebab putera jaehyun yang bawa. Tenang jer. Angin sepoi -sepoi . 

 

Sambil bernyanyi kegembiraan , dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah sewanya hanya untuk melihat Doyoung yang sedang mengunci tayar basikal. Mukanya terus masam . Tanpa bertegur , dia terus mendaki naik keatas rumah bumbungnya. Memang taklah dia nak tegur lelaki muka arnab tu , sombong !.

 

Doyoung menjenguk keatas. Bunyi tutupan pintu kedengaran dan dia terus mengangguk sendirian sebelum masuk semula ke rumah. Kali ini betul punya. 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 4: SAYA SUKA CITE NI! JUNGUWUU SO KIUT~ SOEEE PUN NICE.
Spring_Girl #2
Chapter 2: Hwaiting for next update ye :)