Episode 02

Dear ______ , I AM SINGLE

 

Kartu bas diletak Yuta diatas meja So Hee yang sedang sibuk melentikkan bulu mata dengan mancis. Ini semua idea Joy. Dia memandang mamat pertukaran Jepun tapi dah tak ingat rumah sendiri itu . Dia mengambil kartunya ,memandang lagi kearah Yuta.

 

 " Jangan pandang aku macam aku penjenayah . Jung Woo minta aku berikan pada kau " tutur Yuta terus bergerak ke tempatnya yang cuma di depan So Hee tapi dia punya pusing tu macam jauh. 

 

 " Kenapa dia tak bagi sendiri ?" Soal So Hee tengah kecewa.

 

 " Ntah.." jongketan bahu Yuta berhenti. Dia terus menoleh kearah Sohee yang mencebik sambil menyimpan kartu dalam kocek. 

 

 " Kau tak tahu ?" Yuta membulatkan mata. " Queen of control is back~~" 

 

So Hee diam. Dia memandang Yuta yang berbisik beria itu. Segera dia buka instanya dan memeriksa sesuatu yang tak nak dia percaya. 

 

Dan khabar dari Yuta benar belaka. Jungwoo dah upload balik semua gambar sweetnya dengan kekasihnya. Seulgi. 

 

Tak lama kemudian , satu kelas bersorak bila Jung Woo masuk kedalam kelas . So Hee hanya memandang lelaki itu tanpa boleh buat komen apa -apa. Dia akhirnya hampa sendirian lalu membenamkan wajah ke meja. Macam orang bodoh.

 

________

 

Mula -mula nak ponteng sejam ,akhirnya jadi 2 jam dan 3 jam. Sohee terbaring macam mayat hidup diatas katil rawat itu tanpa buat apa -apa dari tadi . Dah banyak kali pun dia kena macam ni tapi entah kenapa setiap kali tu juga dia akan kecewa. 

 

Mungkin sebab sebelum Jungwoo mula kenal cinta, mamat tu sentiasa layan dia macam princess ..tak..macam Queen. Manis je tak ada pahit. 

 

Sekarang dia frust menonggeng lagi. Air mata pun dah lama kering . Dah tak boleh nak perah lagi. Dah tak ada modal. 

 

Tengah Sohee sibuk renung kipas yang berpusing perlahan, sebelahnya , Do Young tengah menyumbat kedua lubang hidungnya dengan gulungan kecil tisu. Dia membaringkan dirinya pada katil bujang itu .

 

Masa berlalu tanpa sebarang bunyi . Doyoung sudah lelap dengan tennag. Dia bergerak -gerak sebelum akhirnya tergolek jatuh .  Menimbulkan bunyi dentuman yang kuat. 

 

Langsir terus ditarik buka , So hee muncul dengan mata besar. Jakun nak tengok orang jatuh. Namun , matanya makin membesar bila bertentangan dengan Doyoung . 

 

 

 

Jung Woo mengambil coklat kegemaran So hee tanpa sedar. Namun , tak sampai berapa saat , Seulgi dah rampasnya semula dan letak diatas rak balik. Seulgi menaikkan keningnya. 

 

 " You buat apa ?. Nak gemuk ?.. Mari , I dah amik apa yang I nak " tangan Jung Woo terus ditarik ikut ke kaunter. 

 

Jung woo tak sempat buat apa selain ikut. Dari tadi dia nak pegang telefon pun tak dapat. Sudahlah berjam So Hee tak masuk kelas. Entah hidup lagi ke tidak minah tu. 

 

 

 

So Hee bersila diatas katil ,menghadap Doyoung yang tengah tuam kepala dengan pek sejuk. Dia memandang pula dua gulungan tisu yang masih menyumbat ke lubang hidung Doyoung. 

 

 " Masih berdarah lagi ke ?" Soal So Hee membuatkan Do young mendongak memandang gadis itu. Dia kemudian menunjuk ke lubang hidungnya sebelum mengangguk perlahan. 

 

So Hee tak tunggu lama , dia melompat turun dan menghampiri Doyoung membuatkan lelaki itu terundur ke belakang. Tisu diambil dari meja .

 

 " Hembus " tutu So hee lepas dengan selamba menarik kedua gulungan itu dari hidung Doyoung. Do Young memandang Sohee dengan pandangan was -was.

 

 " Hembuslah!" Tengking So Hee dan dengan cepat Doyoung menghembus lebih darah yang hendak keluar. Lepas itu barulah dia rasa lega bila tak ada rasa tersekat. 

 

Dia memandang Sohee yang sudah membuang tisu tadi ke dalam tong sampah. So Hee mengambil pula beberapa plaster kecil lalu dia duduk di sebelah Doyoung. Tangan Doyoung diambil lalu dia dengan pantas membalut luka -luka pada jari jemari lelaki itu yang melecet sebab banyak sangat menulis. 

 

Doyoung hanya memerhati dirinya dirawat sebegitu. Dia sendiri pun tak pernah nak ambil peduli dengan luka di jarinya. Macam mana So hee boleh perasan. Mukanya terus memerah bila So Hee tiba -tiba meniup tangannya. 

 

 " Siap dah.." ujar So Hee sambil meletakkan balik tangan Doyoung tadi ke riba. Dia turun dari katil lelaki itu. 

 

Memandang Do Young yang sudah kemerahan . Mungkin panas di sini . Dia pun rasa yang sama. 

 

 " Tidurlah .. Bye " tutur So Hee ringkas dan menarik semula langsir dan kembali berbaring. Otak kosong. Rasa menyesal tolong Doyoung sebab diri sendiri pun tak tertolong. 

 

Doyoung memandang langsir yang tertutup itu . Dia kemudian tersenyum sendirian lalu baring mengiring menghadap ke katil yang diguna So Hee.

 

____________

 

Jung Woo berjalan berseorangan akhirnya. So Hee terus mengejar lelaki itu dan merangkulnya leher Jung Woo macam selalu . Jung Woo menoleh dan dia tersenyum lebar memandang Sohee yang sudah berjam tak kelihatan. Lega yang gadis itu masih normal. 

 

 " Yah..sakit bodoh " tuturnya namun masih merelakan dirinya disekel oleh Sohee. Mereka berdua ketawa sendirian. Menikmati moments bersama. 

 

 " Jung woo-sshi!" Jerit satu suara kecil dari jauh. 

 

Dengar sahaja suara itu , Jung Woo dengan pantas menolak Sohee ke tepi. Menjauhi dari dirinya. Dia terus menoleh. Seulgi berlari anak kearahnya sebelum dengan pantas menarik Jungwoo ke sisinya. 

 

 " Kalian buat apa ?..sangat tak menyamankan " tuturnya sambil memandang dingin kearah So hee yang tengah mengetap gigi. Penumbuk sudah dikepal , tinggal nak berlepas.

 

 " Jung woo mari , i sakit mata" ajak Seulgi dan terus menarik Jung woo yang hanya mengikut. Meninggalkan So Hee yang sudah kegeraman. 

 

 " YAH!!" 

 

Mulut So hee dikatup seseorang dan dia tiba -tiba kena culik macam tu je. Seulgi dan Jung woo menoleh bila rasa dipanggil dan Sohee sudah tiada. Hilang macam angin. 

 

Jaehyun melepaskan So hee dari penculikan ringkasnya. Dia memandang Jung woo yang sudah berlalu pergi. Memandang kearah So Hee yang memandangnya. 

 

 " Kau buat apa?" Soal Sohee terkejut beruk bila diculik macam tu. Jaehyun tertawa kecil. Tiba-tiba rasa kelakar dengan aksi sendiri. 

 

 " Culik kau sebelum kau tumbuk anak pengetua " peringat Jaehyun tentang status Seulgi. 

 

So Hee diam. Dia memandang kearah Jung woo yang sudah menaiki kereta bersama Seulgi. Dia kemudian memandang Jaehyun dengan rasa malu pada diri sendiri . Tali beg pada bahu yang melondeh dinaikkan . 

 

 " Tahulah.. Pergi dulu" tuturnya perlahan dan berpaling pergi. Selangkah dan dua langkah , dia berhenti di tempatnya . 

 

Tiba -tiba , kali ini air matanya nak pula keluar. Lepas habiskan 4 jam tadi , kali ini pula air matanya nak keluar. Banyak pula tu. Setiap yang jatuh , So hee kesat dengan laju. Dah dahlah tu malukan diri. 

 

Dia akhirnya kalah dan mencangkung di tempatnya berdiri. Menyembunyikan wajahnya sebelum menangis teresak -esak. 

 

Jaehyun yang memerhati segalanya dengan perlahan menghampiri So Hee sebelum mencangkung di depan gadis itu. Belakang badan gadis itu dipuk-puknya dengan lembut. Membiarkan So hee menangis sepuasnya.

 

 

Helmet itu dipasang ke Sohee yang masih teresak -esak. Pelindung helmet diturunkan , menutupi wajah Sohee yang sembap. "Mari aku hantarkan " tutur Jaehyun namun dengan pantas ditahan Sohee.

 " Aku boleh balik sendiri " 

 " Dengan muka begini ?"

 

Melihat Sohee diam , Jaehyun tersenyum. 

 

 " Kau kawan Jung woo jadi aku pun kawan kau. Jangan risau sangat " tutur Jaehyun terus naik ke motornya. 

 

 " Naiklah "

 

 

 

Jung Woo yang bermundar -mandir di depan pagar rumahnya Doyoung terus berlari sembunyi di balik tiang elektrik sebaik melihat motor yang sungguh familiar menghampiri. Dahinya berkerut melihat gerangan yang kini menghentikan motor di depan pagar. 

 

 Jaehyun turun dari motor dan membukakan helmet So Hee. Wajah gadis itu sembap teruk. Entah berapa teruk gadis ini nangis masa dia bawa ronda bandar. Perlahan dia menghampiri So hee sebelum mendekatkan gadis itu lekap ke dadanya. 

 

So Hee terkedu . Namun dia tak menolak. Jaehyun dengan perlahan memeluknya . Memberikan dia kehangatan yang sudah lama dia tak dapat. Akhirnya dia hanya bersandar pada Jaehyun . Menikmati kehangatan pada badan lelaki itu. 

 

Jung Woo hanya mampu memerhati . Dia mengemam bibirnya sebelum berpaling dan berjalan pergi . Begitu sahaja. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 4: SAYA SUKA CITE NI! JUNGUWUU SO KIUT~ SOEEE PUN NICE.
Spring_Girl #2
Chapter 2: Hwaiting for next update ye :)