002

Medley Vol. I: Sugar & Spice
Please Subscribe to read the full chapter

Sweet 20' dan dua orang lagi ahli baru tiba di rumah mereka di tingkat 25 itu. Luvy membantu Rene membawa bagasinya manakala Jihyun dan Sura membantu Heejoo yang membawa tiga buah bagasi.

"Wah, banyaknya kasut Converse!" Rene kagum melihat lebih daripada sepuluh pasang kasut jenama Converse yang cantik tersusun di atas rak kasut di dalam rumah itu. "Siapa punya ni?" Rene menyentuh kasut-kasut itu satu demi satu.

"Saya!" Luvy mengaku dengan bangga. "Cantik, kan? Tengok yang ni!" Luvy mencapai sepasang kasut berwarna merah, "Chuck Taylor All Star '70 High Top."

"Cantik!!!" seru Rene. 

"Tepilah orang nak lalu!" Sura merengus kerana mereka menghalang laluan untuk masuk (padahal dia sengaja mencari alasan untuk memarahi Rene). Rene memberi laluan kepada mereka yang lain untuk lalu.

Mereka meletakkan bagasi-bagasi penghuni baru rumah itu di ruang tamu. Luvy masih lagi tidak berhenti bercerita mengenai koleksi kasutnya kepada Rene yang kelihatan bersungguh-sungguh ingin tahu. "Dalam banyak-banyak jenama kasut, aku paling suka Converse. Kau suka jenama apa?"

"Jimmy Choo!" Rene mengangkat jari telunjuknya dengan penuh teruja.

Luvy tercengang, "Apa chu?"

Jihyun tergelak melihat reaksi Luvy. Sebagai seorang model, Jihyun lebih terdedah dengan jenama-jenama mewah seperti Jimmy Choo, Louboutin dan Manolo Blahnik. Luvy pula lebih gemar jenama-jenama kasut yang sesuai untuk bermain papan luncur seperti Converse, Vans, Converse, Nike, Converse dan Converse. Ya, cinta Luvy pada Converse melebihi cintanya pada jenama-jenama lain.

"Well," Luvy menghiraukan tawa Jihyun dan fakta yang sebenarnya dia tidak tahu jenama Jimmy Choo itu adalah jenama kasut yang bagaimana. "Yang penting! Aku paling suka Converse. Maybe Nike juga... hmm..." Dia mempertimbangkan kembali pilihannya. "Kesimpulannya, Skecher paling tak lawa!"

Rene ketawa mengekek. Boleh tahan tak betul jugak Luvy ni. Mana datang Skecher tu pun tak tahu.

"Sudah! Cukup-cukuplah cakap pasal kasut tu. Sekarang ni Heejoo dengan Rene ni nak tidur mana?" Sura mengutarakan soalan yang sangat penting. Selama ini, mereka bertiga tidur di dalam bilik yang berasingan kerana rumah itu mempunya tiga buah bilik. Bilik utama dihuni oleh ketua mereka, Jihyun. Bilik kedua terbesar adalah milik Sura dan bilik ketiga yang mempunyai sebuah katil dua tingkat pula dihuni oleh Luvy.

"Korang berdua pilih la nak duduk bilik Sura atau bilik aku. Bilik leader pun boleh tapi korang kena tabah la ye sebab dia set jam loceng pukul 4 pagi tapi tak bangun-bangun pun."

"Hei, janganlah expose kita macam tu!' Jihyun berpura-pura tersinggung. "Jadi korang nak kongsi bilik dengan siapa?"

"Saya mana-mana pun boleh. Bilik Luvy boleh, bilik Su—"

"Heejoo, kau kongsi bilik aku." Sura mencelah sebelum sempat Rene menghabiskan ayatnya. Kau duduk dalam tandas je la Rene! Tak sudi aku berkongsi bilik dengan kau.

"Aku rasa better kalau aku dengan Rene duduk bilik yang sama." Heejoo yang diam sejak tadi mula bersuara. 

"Kenapa pulak?" Luvy tidak berpuas hati. "Banyak kerja la pulak kalau aku atau Sura kena pindah bilik. Kau pilih je la bilik mana yang kau nak masuk. Tak perlu kot nak suruh kitorang yang dah duduk lama kat sini pindah bilik." 

"Luvy..." Jihyun menegur perlahan. Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Luvy tetapi cara Luvy tidak kena.

"Masalahnya sekarang ni, aku tak kenal pun korang ni siapa. Macam mana kau expect aku untuk tidur sebilik dengan orang yang aku tak kenal?" Heejoo mempertahankan pendapatnya. Sura menepuk dahinya. Bergaduh pulak dorang ni.

Luvy meniup rambut yang melekat pada pipinya dengan penuh rasa geram. "Rene, kau kenal ke dia ni?"

"Kenal!" Rene mengangguk. "Nama dia Heejoo."

"Terima kasih, Rene." Luvy menyesal pula kerana bertanya kepada gadis yang lurus bendul itu. "Listen! Kau dengan Rene pun baru pertama kali jumpa hari ni, kan? So sepatutnya tak ada masalah la kalau kau kongsi bilik dengan kitorang pun. Kitorang pun tak kenal kau tu siapa."

"Nama dia Heejoo," ulang Rene. Kenapa Luvy ni tak ingat-ingat nama Heejoo?

"Diam, Rene. Diam," tegur Sura. "Biar aku pindah masuk bilik Luvy." Dia lebih rela pindah masuk bilik Luvy daripada membiarkan mereka terus berbalah. Ini baru hal remeh seperti bilik tidur, entah apalah yang akan terjadi sepanjang persiapan mereka untuk muncul kembali sebagai Sweet 20'.

Inilah yang dibimbangkan oleh Jihyun. Dia sudah mengenali Luvy dan Sura sebelum mereka terpilih untuk menyertai Sweet 20' lagi. Dia mengenali Luvy sejak hari pertama gadis itu berpindah ke Korea, waktu itu dia adalah salah seorang daripada pelatih-pelatih lama di SB Entertainment. Sura pula menyertai syarikat itu sebagai pelatih setahun sebelum kumpulan mereka ditubuhkan. Jihyun sudah mengenali Luvy dan Sura sepenuhnya jadi dia tahu bagaimana untuk mengawal keadaan jika mereka berbalah.

Namun dengan dua orang ahli baru itu, berbeza pula keadaannya. Jihyun bimbang jika dia tersalah cakap, dua orang ahli baru itu akan menuduh dia sebagai seorang ketua yang berat sebelah. Jihyun membuat keputusan untuk mengalah dan mengenali dua orang ahli baru itu lebih mendalam sebelum menegur mereka, lebih-lebih lagi Heejoo. Gadis itu kelihatan seperti seorang yang akan membawa masalah dalam kumpulan mereka. 

"Heejoo dan Rene boleh duduk master bedroom," putus Jihyun. Hampir terseliuh leher Sura dan Luvy berpaling untuk memandang ketua mereka itu, jelas sekali mereka tidak bersetuju dengan keputusannya. Apabila Heejoo dengan tidak segan silunya menuju ke arah bilik Jihyun dengan bagasinya, Luvy menarik bagasi itu untuk menghentikan langkah Heejoo.

"Apa ni?" Heejoo geram kerana Luvy berkasar dengannya. "Cakap je la guna mulut. Tak payahlah nak main tarik-tarik orang!"

"Sebab kau tak faham bahasa la aku terpaksa tarik kau! Kau ni kan kalau aku... eh, geramnya aku tengok kau ni!" Luvy menolak bagasi Heejoo ke arah tuannya dengan kudrat kaki seorang penari.

"Aku pun geram tahu tak dengar kau membebel dengan pelatnya!" Heejoo juga tidak mahu kalah, dia menendang bagasi yang masih bergerak itu ke arah Luvy pula. Bagasi GG Supreme Flora keluaran Gucci itu bertukar arah, sudah seperti sebiji bola pula.

"Pelat? Kau cakap aku pelat? Baa!" Luvy bercekak pinggang, pantang sungguh dia apabila orang menegur pelat siamnya. Bagasi yang menyentuh kakinya disepak ke tepi. Dua orang gadis itu berbalas pandangan tajam. Heejoo tidak boleh terus berlawan kata jika Luvy menggunakan bahasa ibundanya.

"Kenapa Luvy buat bunyi kambing tu?" Rene menggaru kepala, keliru.

"Dia cakap bahasa Thailand lah! Dia panggil Heejoo gila," tegur Sura yang perasan akan kekeliruan pada wajah Rene. Sewaktu di awal perkenalan mereka, Suralah yang selalu menjadi mangsa carutan Luvy. 

"Gila? Kau panggil aku gila?"

"SUDAH! SUDAH!" Jihyun bersuara kerana Luvy dan Heejoo semakin mendekati antara satu sama lain seperti dua ekor kucing jantan yang ternaik telinganya untuk berebut kawasan. Malangnya, dua orang gadis itu tidak menghiraukan arahan ketua mereka. Luvy menolak bahu Heejoo. Heejoo kembali menolak bahu Luvy. 

Sura mula naik bengang kerana Heejoo menyakiti Luvy yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri itu. Dia meluru ke arah mereka dan menolak tubuh Heejoo supaya menjauhi Luvy. Dia menyangka Heejoo akan menolaknya kembali tetapi kehadirannya tidak dihiraukan oleh Heejoo. Bagaikan magnet berlainan kutub, Luvy dan Heejoo kembali mendekati antara satu sama lain. 

"Kau ingat kau bagus eh?"

"Memang aku bagus! Kenapa?" provok Luvy. 

"Ha'ah! Luvy memang bagus. Apa masalah kau?" Sura menyampuk, menyelit di tengah-tengah Luvy dan Heejoo yang berdiri sangat rapat dengan satu sama lain.

"Sura... Jangan..." Rene risau apabila Sura juga sudah masuk campur.

"DIAM!" jerkah Sura. Terkedu Rene dibuatnya. Mana leader ni hilang? Leader... Jihyun... Rene takut...

"Kau tepilah!" Heejoo menepis Sura yang tiba-tiba datang menyibuk. Ternganga mulut Sura kerana kepalanya ditolak kuat sebegitu sekali sehingga dia terdorong ke kiri dan hilang imbangan. Heejoo hendak menolak badan Sura tetapi kerana perbezaan ketinggian, ayunan tangannya terkena kepala Sura pula. Rene terus berlari untuk membantu Sura yang hampir terjatuh. Pada masa yang sama, Luvy sudah tidak mampu menahan sabar selepas apa yang telah dilakukan oleh Heejoo kepada Sura.

Lumrah pergaduhan sesama wanita, Luvy menarik rambut Heejoo dan mangsanya juga pantas menarik kembali rambutnya sambil kedua-duanya menjerit seperti orang yang terkena histeria. Sura kembali meluru ke arah mereka dengan Rene yang cuba menghentikannya dengan memeluk pinggangnya dengan kuat. Malangnya, Rene turut terheret sekali. 

Dua orang gadis yang saling menarik rambut, seorang gadis yang cuba menghentikan seseorang daripada menarik rambut sahabatnya dan seorang gadis yang terkebil-kebil berdekatan pergaduhan tiga segi itu.

 

Seorang lagi gadis yang hilang dari tadi muncul dari arah dapur lalu menyembur keempat-empat orang gadis itu. 

 

Zssssttt zsssSSSSTTTT ZSSSSSSSSSSSSSSSTTTTTT!

 

Dengan penyembur racun serangga.

 

***

Sura tersedawa.

"Ops!" Dia menutup mulutnya sambil melihat ke arah sekeliling restoran itu, takut jika ada yang terdengar bunyi sedawanya yang tidak senonoh itu. "Ada orang dengar tak?"

"Saya." Rene mengangkat tangan, mulut penuh dengan makanan.

"Selain kau la, Rene. Lurus macam pembaris la kau ni. Comel." Luvy menghabiskan ayam goreng yang terakhir itu kerana Rene dan Sura sudah tersandar kekenyangan. 

"Comel?" tanya Sura. Kau panggil dia comel, Luvy? Bukan ke baru pagi tadi kau panggil aku comel? Cepatnya hatimu berubah, wahai Luvy!

"Terima kasih." Rene menyangka Sura juga memuji dirinya.

Ya, hanya mereka bertiga yang sedang makan di situ tanpa dua orang lagi ahli Sweet 20'. Jihyun tidak makan malam untuk menjaga badannya manakala Heejoo pula masih bermasam muka dengan mereka. Selepas kejadian disembur racun serangga oleh ketua mereka yang arif lagi bijaksana itu, ketiga-tiga orang ahli asal Sweet 20' menawarkan bilik mereka kepada Heejoo dan Rene. Heejoo yang sudah malas bergaduh dengan mereka, telah membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu. Barang-barangnya diletakkan di dalam bilik S

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna

#. eHH? HAHAHAHAHA BYE XD
vanishinglove #2
hahahaha comel je rene ni
AQFXQX
#3
Chapter 1: omg rene ish shoo cute uwu tapi sura srsly gengster tatod sis,,,,

fuhlamak kemain eh seongwu ehwah cinta pandang pertama,,,

ahli bertambah lagi la meriahhhh
LovelyIna
#4
Chapter 6: Maigoddd! Jantung nak meletupssssss Aaaaaaa!!!! Ada Eunho :3 Hi ex crush! Hahahaha
Macam macam perasaan ya chapter ni... Mula-mula happy sebab Heejoo dah boleh berbaik dengan semua, pastu marah sebab Mina tu.. tarik Rene mentang-mentang la dia tu lembut sikit haihh.. dah kenapa?! Aihh apa masalah dia! Kita ni pun senior kepada senior okayyy! Sura setiap minggu masuk TV! Dia la yg tak kenal huh!! Betul cakap Luvy, kalau Jihyun takdak tu memang dah lempang dia berjemaah xD

Woops! Pastu Seongra in action... aaaaaa blushing saya u///////u

Honeydew smoothie tuuuu uwu
Terpegang jari tu.. wush!
Then dia cakap jangan risau pulak dah... nanti dia datang lagi cari pulak dah aaaaahhhhh saya officially melting teruksss xD

Betul la sejak dua menjak ni, selalu apa yg mintak jadi kenyataan T_T bab Sweet20’ ada schedule sendiri tu... wahhh saya happynyaaaa!

And last sekali luvy oiiii halamak dia ni hahahahhahaha
Aku dok perati je ni.. tak syak lagi xD Kang mesti gelak guling-guling lepas dapat text tu HAHAHAHHAHAHHHAHA LUVY NI COMEL LAH HAHAHAHA

SAYA NAK LAGI XD

Yippeo CEO kelab peminat #Seongra,
—LovelyIna
LovelyIna
#5
Chapter 5: Asdfghjkl ya Allahhhhhh!!! Aarghhhhhhh Dx mEROYANZZZZZ!!!
Part Rene ya, sangat sangat sangatttt misteri okay? Dia nak pi mana? Ehem, memang aku musuh dgn dia tapi aku pun risau jugak dia nak kluar tgh malam mcm tu.. bahaya woii! Dah la lurus pembaris dia tu.. senang orang nak buli- esh!

Tapi Luvy ni pun lahaii.. Saya mengisytiharkan saya frust! Luvy, tolong la paham.. dua tu group lain, takkanlah orang yang sama wehhh T_____T stresss guwaaa
Hann hahahaha comel mamat tu

And Mark pun ttiba jadi putera maigoddd kenapa tak crush kat dia eh? Ohh lupa dah tersuka Seongwu :3 hahahaha
Seongra tu masa call awal-awal cringey nak mampos rasa nak gigit bantal xDDD ahaa tapi alhamdulillah, the last part romentik angat... saya suka <3 ehehehe

Paling comel, dihatimu~
- LovelyIna
Shimmieh
#6
Chapter 5: Luvy dan Hann shared the same one brain cell. There's no in between.

And wow Reneee nak gi mana tu haaa. XD
Tapi, gaissss Luvy si so relatable. Dia nak minta maaf but end up dia yg marah org balik XD dasar perempuan. Seb baik Jace tu baik.

And Mark!!!! Markkkk Prince Markkkkkkk. I stan! Sura mesti tengah best sengsorang dia sebab Seongwu call XD pepagi buta lak tu.
#SeongRaNation #JaVyKingdom
Shimmieh
#7
Chapter 4: Bagusnya Rene ni takda angin takda ribut nak belanja org XD tapi mark ni mmg kawan yang diperlukan la. mcm tau2 org lapar.

heejoo ni mungkin nak kena ketuk dgn batang penyapu baru dengor kata. tp xpa laa nnt lelama baik la tu ye dok?
sura ni kang jatuh tergolek kat situ haa baru mendapat XD elok2 nak comeback silap2 forever tak comeback. tp faham la org tengah angau mmg cemtu :>

luvy jangan jatuh cinta dulu luvy. sila fikir logik. mcm mana penari boleh tetiba usung beg gitar? think my girl, think!

and foinallyyyyy the boys are here! cannot wait to meet the last oneeeeee.
LovelyIna
#8
Chapter 4: Haih la si Luvy dengan Heejoo ni aku hentuk kepala masing-masing kang sesia je hidup ? Dari dulu sampai sekarang asyik gaduh je kejanya. Stress pulak aku hahahhaha



Nasib baik dah blushing sebab Seongwu.. tapi jahat k lepas nyanyi terus tutup fon, kan Sura dah gila tu ???

Comelnyaaa lahaiii..

Dengan Mark lagi maigod caring sungguh dia xD nak meroyan rasa ni aaaaaaaaaaa!!!



Heejoo pun la, kenapa yg tak bergaul lagi :’) even Rene dgn Sura pun dah tak gaduh.. bila nak dpt tgok dorg lima ni berbaik hah xD



Scene Luvy dengan Kang tu omgggg! Mcam dalam drama tapi tapi ahahaha malaih la nak spoiler sini ?

Akak bagi suggestion end chapter ni kena boh watak lelaki! Mark, Hann, Joe! Baru orang kenai depa ~~



Paling comel (paling muda) xDDD

-LovelyIna
Shimmieh
#9
Chapter 2: SIAPAKAH LELAKI MISTERI ITU?

Bakal ipar saya XD

Dah ulang baca dari awai balik. And lagi best jadik naaa. And we're only at chapter 2 woiiiii. Seriously, Luvy dengan Heejoo ni awai-awai gaduh mcm nak membunuh. Tah2 nanti depa yang taleh pisah XD AND THESE GIRLS ARE SO LUCKY THEY GOT A SISTER MCM JIHYUN. At least ada yang waras kat situ. Sebab yang lain semua tak waras. Lepas ni tah2 pasal tandas pun gaduh XD Tapi sungguh la, Rene tu comey naa. mcm adik-adik sgt. So the very maknae.

AND EXCUSE ME? J.K YOU SMOOTH AF??? Cashier pun tak kenai sapa Luvy, but you, apro dancer, who have been on tour in 50 countries, kenai the underrated dancer Luvy? Guys, please be like J.K.

And Sura dia dah mula la tu nak flirting kannnn. XD Seongwu, nak sembang apa haaa.
LovelyIna
#10
Chapter 2: Asfghjkl............ aaaaaaaaa!! Ribut woi ributttt!! First day ja pun dah ribut dah pompuan semua ni aduhaiii hahahhaha.. sat blurr actually tak tau nak komen apa xD tapi tu lah.. time gaduh tu sempat konfius jap, sapa gaduh dgn sapa tak tau la (so di sarankan readers mohon baca perlahan-lahan dan hadam character dulu ?)

Tapi eh jap, Sura pasaipa tak suka Rene? No reason kah? Takkan pasai dia lawa ja kot hahahaha
Pastu baik sbb bapak dia mafia xD sumpah crack part tu, gelak guling-guling sampai semput
And Yall dope boyz is hereee! Akak jujurlah sbb akak zero basic dgn street dance, so akak tak dpat imagine 100% apa dorg buat masa menari tu... tengah gelek gerudi ka apa xD
Tapi paham la last sekali spray signature tu.. uwu! Luvy annyeong xD maigod romantiknyaaa.. like dorg boleh pi tgok cat tu in 5 years later and boleh cakap.. kita first time jumpa kat sini kyaaaaa so sweet >< I kennot lahhhh


Pastu seongwu ma boi macam mana pulak dah dapat num sura omg omg.. stalker... #slapped
And last, lelaki misteri.. Macam tau ja. Coughs. that K tapi bukan yg dancer ? sbb tu dua ketul luvy dgn heejoo tercengang. Aaww anyway nice! This chapter niceeee !!!
Takzzabar next chapter! Rodger saia bila hapdet

Yang sangat lawa, ehh?
— LovelyIna