001

Medley Vol. I: Sugar & Spice
Please Subscribe to read the full chapter

 

"CUT!"

 

"Ugh!" Sura atau lebih dikenali sebagai Kaya itu menghentakkan kaki tanda tidak puas hati. "Kau jangan gelak eh. Aku hempuk dengan dulang ni." Sura memberi amaran kepada pelakon lelaki yang sedang menekup mulut untuk menyembunyikan senyumannya. Lelaki itu sedang duduk manakala dia sedang berdiri memegang sebuah dulang, memegang watak sebagai seorang pelayan kafe.

 

"Kaya! Berapa kali nak kena ulang ni? Awak tu cameo je. Ini amaran terakhir ya. Lepas ni kalau awak buat silap lagi, kami akan buang terus babak ni. Buang masa saja!" Pengarah filem itu mengeluh kasar.

 

"Kalau kau gelak lagi lepas ni... Awas!" Sura menjegilkan mata ke arah pelakon utama itu, berhati-hati supaya tidak dilihat oleh orang lain di situ.

 

"Camera."

 

"Rolling."

 

"ACTION!"

 

Sura terus menjiwai watak. "Ini kek Red Velvet dan Latte yang awak order tadi." Sepiring kek dan secawan latte dihidangkan di hadapan lelaki itu yang sedang merenung ke luar dinding kaca yang lut sinar.

 

"Terima kasih." Lelaki itu mencapai cawan itu lalu dihirup airnya. 

 

"Awak ni..." Sura mendekatkan mukanya ke arah muka lelaki itu. "Muka awak sangat familiar.." 

 

"Oh, ya?" Cawan itu diletakkan kembali ke atas piring. 

 

"Muka awak..." Sura berpura-pura seperti sedang angau. Mata dikelipkan beberapa kali untuk kelihatan mengada comel. "Kelihatan seperti bakal kekasih saya." 

 

Pelakon lelaki itu tersedak lalu ketawa.

 

"Seongwu!" Sura memukul bahu lelaki itu dengan dulang di tangan.

 

"CUT!" Terdengar keluhan demi keluhan. "Kaya, awak boleh balik." 

 

"Dia yang gelak!" Sura terasa seperti dirinya dianiaya. Dia melihat ke arah pengurusnya pula. "Junsu!"

 

Lelaki bernama Seongwu itu mengambil sehelai tisu daripada pengurusnya lalu mengelap mulut dan meja yang sedikit basah. 

 

"Balik!" Pengarah filem itu melemparkan kertas skrip ke arah Sura tetapi ia jatuh ke atas lantai sebelum terkena gadis itu. "15 minutes break!" Laung lelaki itu.

 

"Sura.. Jom." Junsu, pengurus kumpulan Sweet 20' yang dianggotai oleh Sura atau Kaya itu mencapai lengan Sura dengan lembut.

 

Sura masih tidak berpuas hati. Dia merentap lengannya lalu mencapai kolar baju Seongwu. "Seronok ke dah musnahkan kerjaya orang? Seronok?"

 

"Sekejap..."

 

"Mungkin bagi kau, aku ni cameo je tak ada istimewa apa pun tapi bagi aku ini peluang aku untuk menceburi bidang lakonan. Ini projek pertama aku walaupun aku cuma berlakon untuk hidang air untuk lelaki perasan handsome macam kau ni!" Sudah! Sura sudah gaya diamuk roh badi ganas!

 

"Sura!" Pengurus Sweet 20' itu cuba untuk leraikan mereka. Jika Sura buat hal dan diketahui pihak media, kumpulannya akan berada dalam bahaya. Sudahlah sudah ada ura-ura yang menyatakan bahawa grup Sweet 20' bakal dibubarkan kerana kurang mendapat sambutan.

 

"Seteruk mana pun lakonan aku, kau tak ada hak untuk gelakkan aku. Kau pun bukannya bagus sangat!" Sura melepaskan pegangannya daripada kolar baju Seongwu dengan kasar.

 

"Kaya! Sura!" Panggilan Seongwu diabaikan.

 

"Jom kita balik." Sura menanggalkan apron comel yang dipakai lalu dicampak ke atas lantai. Pengurusnya membongkok untuk mengutip apron itu lalu diserahkan kepada staf yang bertugas di set penggambaran itu. Lelaki itu sempat meminta maaf sebelum berlari anak untuk mengejar Sura yang sudah jauh di depan.

 

Langkah Sura terhenti apabila tangannya dipaut daripada arah belakang. Dia menoleh ke belakang untuk memarahi Junsu tetapi malangnya yang sedang memegang tangannya adalah Seongwu! Lagi membara, menggelegak, mendidih-didih hatinya!

 

"Apa kau nak?" Dia merentap tangannya daripada pegangan lelaki yang dibencinya itu. Sesungguhnya skala kebencian Sura terhadap Seongwu lebih tinggi daripada tahap kebenciannya terhadap minuman berwarna putih yang dipanggil susu. Euww... Rasa lembu!

 

"Awak nak pergi mana? Tunggu dulu!" Seongwu sekali lagi cuba untuk memegang tangan Sura tetapi Sura pantas menepis seperti menghalau nyamuk. Pap pap pap! 

 

"Apa pegang-pegang tangan orang ni?" Sura merenung tajam ke arah lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu.

 

"Sorry!" Seongwu tersipu malu sambil menggaru lehernya yang tidak gatal. "Awak jangan balik dulu." Dia tidak lagi cuba untuk memegang tangan gadis yang garang seperti singa tetapi comel seperti kucing parsi itu.

 

"Kau tak dengar ke apa director tu cakap? Dia suruh aku balik sebab kau asyik tersengih-sengih macam kerang busuk!" Sura merenung ke arah wajah kacak Seongwu dengan penuh rasa geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menghadiahkan buku lima ke arah wajah itu. Sakitnya hati!

 

"Awak tak boleh salahkan saya. Awak tu yang comel sangat." Pipi Seongwu tiba-tiba dicemari rona merah dan dia menekup mulut seperti dia baru sahaja mengatakan sesuatu yang tidak patut dia katakan selain dikatakan di dalam hati saja. 

 

"Apa?" Sura keliru. Semangat dirasuk badi ganas tadi perlahan-lahan hilang. Comel? Dia cakap aku comel? Dia baru sedar aku comel?

 

"Tunggu dulu." Ulang Seongwu.

 

"Tak nak!" 

 

"Tunggu!" Seongwu memberi arahan dengan mengarahkan jari telunjuknya ke arah wajah Sura.

 

"Kau ingat aku binatang peliharaan ke? Tak nak. Aku nak balik!" Tegas Sura tetapi kakinya tidak berganjak walaupun setapak. "Nak balik!" 

 

"Awak tunggu tau. Biar saya bincang dengan director dulu. Awak tunggu tau! Sekejap je." Pinta Seongwu lembut seolah-olah merayu.

 

Sura berpeluk tubuh dengan penuh angkuh lalu memalingkan wajahnya dengan penuh dramatik, "Sekejap je tau."

 

Bibir merah jambu Seongwu menguntumkan senyuman manis apabila melihat gelagat Sura yang comel itu. Seongwu pertama kali terjumpa Sura di balkoni sebuah syarikat penyiaran. Waktu itu, Sweet 20' menjadi tetamu undangan untuk satu rancangan radio yang keudara selepas kumpulan yang dianggotai Seongwu selesai menjadi tetamu undangan untuk sesi pertama. 

 

Saat Sura terlanggar bahu dengannya tanpa sengaja, Seongwu jatuh cinta pandang pertama.

 

Masih tersenyum teringat momen indah itu, Seongwu melangkah ke arah pengarah filem yang sedang meminum secawan kopi hangat itu.

 

***

 

Berikut adalah rutin pagi seorang wanita bernama Jihyun atau lebih dikenali sebagai Kiwi, ketua kumpulan Sweet 20;

 

4.00 pagi: Penggera telefon berbunyi nada burung-burung berkicauan berdekatan air terjun yang mengalir laju. Butang 'snooze' ditekan tanpa perlu membuka mata. 

 

4.10 pagi: Penggera sekali lagi berbunyi. Lima minit berlalu. Tuan empunya telefon masih lena dibuai mimpi.

 

4.20 pagi: Penggera berbunyi tetapi bukan lagi bunyi burung-burung berkicauan tetapi lagu rock yang menggegarkan seisi rumah. Chop Suey nyanyian System Of A Down.

 

WAKE UP

GRAB A BRUSH AND PUT A LITTLE MAKEUP

GRAB A BRUSH AND PUT A LITTLE

HIDE THE SCARS TO FADE AWAY THE SHAKE UP

 

"JIHYUN!!!!!" Itu laungan Sura kerana tidurnya terganggu. Biliknya terletak bersebelahan dengan bilik Jihyun.

 

4.23 pagi: Terjaga kerana laungan Sura. Penggera dimatikan. Menggeliat di atas katil sebelum katil dikemaskan.  

 

4.30 pagi: Mandi dan bersiap-siap untuk berjoging.

 

4.50 pagi: Berjoging di sekitar kawasan perumahan.

 

5.20 pagi: Balik semula ke rumah untuk bersarapan. Banana Smoothie buatan sendiri.

 

5.40 pagi: Masa untuk kejutkan dua orang anak dara yang masih belum bangun.

 

 

Jihyun masuk ke dalam sebuah bilik yang paling dekat dengan dapur. Pintu perlahan-lahan dibuka dan kelihatan seorang gadis yang masih berbungkus sehelai selimut tebal di atas kati bahagian bawah katil dua tingkat itu. Jihyun duduk di hujung katil lalu menarik selimut itu.. "Luvy, wake up! 

Luvy merengek perlahan sebelum menggosok matanya dengan belakang tangan sambil menguap. "Good morning."

"Morning!" sapa Jihyun kembali. Luvy adalah seorang gadis yang berasal dari Thailand. Dia datang ke Korea sewaktu umur sepuluh tahun kerana berminat untuk menjadi seorang penari profesional. Dia juga seorang yang handal rap. Oleh itu, dia telah terpilih untuk mejadi ahli Sweet 20' sebagai penyanyi rap dan penari utama dengan nama Fudge.

Kaya, Kiwi dan Fudge, ketiga-tiga nama tersebut telah diberikan oleh syarikat mereka untuk menampilkan imej yang comel dan manis seperti gula-gula. 

Luvy bangkit dari pembaringan lalu duduk di atas katil itu. Telefon bimbitnya yang berada di atas lantai dicapai. "Seriously? Baru pukul enam pagi!"

Jihyun tersenyum. "Kau bangun dan tunggu di ruang tamu. Aku nak kejutkan Sura dulu." 

"Okay." Luvy sekali lagi menguap lalu membetulkan rambutnya yang serabai serupa hantu kubur. Jihyun memang selalu suka mengejutkan mereka di awal pagi untuk mengajak mereka beryoga dengannya. Jihyun sangat menjaga penampilannya, kerana itulah dia selalu mendapat tawaran untuk menjadi model majalah fesyen. Lebih-lebih lagi Jihyun mempunyai bentuk badan yang langsing dan sepasang kaki yang panjang seperti seorang model.

Jika Jihyun selalu mendapat tawaran untuk menjadi model, Sura pula selalu diundang oleh rancangan hiburan kerana personalitinya yang menghiburkan. Baru-baru ini, Sura telah menerima tawaran untuk membuat penampilan istimewa dalam sebuah drama yang bintangi oleh seorang pelakon yang sedang hangat diperkatakan. Bintang itu adalah Seungwo. Seorang ahli kumpulan sebuah grup lelaki yang terkenal.

Luvy? Luvy pula banyak menghabiskan masanya membantu Howon mencipta rutin tarian untuk kumpulan-kumpulan yang diuruskan oleh syarikat-syarikat yang lain. 

Tiada seorang pun yang menerima tawaran untuk kerja yang melibatkan nya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna

#. eHH? HAHAHAHAHA BYE XD
vanishinglove #2
hahahaha comel je rene ni
AQFXQX
#3
Chapter 1: omg rene ish shoo cute uwu tapi sura srsly gengster tatod sis,,,,

fuhlamak kemain eh seongwu ehwah cinta pandang pertama,,,

ahli bertambah lagi la meriahhhh
LovelyIna
#4
Chapter 6: Maigoddd! Jantung nak meletupssssss Aaaaaaa!!!! Ada Eunho :3 Hi ex crush! Hahahaha
Macam macam perasaan ya chapter ni... Mula-mula happy sebab Heejoo dah boleh berbaik dengan semua, pastu marah sebab Mina tu.. tarik Rene mentang-mentang la dia tu lembut sikit haihh.. dah kenapa?! Aihh apa masalah dia! Kita ni pun senior kepada senior okayyy! Sura setiap minggu masuk TV! Dia la yg tak kenal huh!! Betul cakap Luvy, kalau Jihyun takdak tu memang dah lempang dia berjemaah xD

Woops! Pastu Seongra in action... aaaaaa blushing saya u///////u

Honeydew smoothie tuuuu uwu
Terpegang jari tu.. wush!
Then dia cakap jangan risau pulak dah... nanti dia datang lagi cari pulak dah aaaaahhhhh saya officially melting teruksss xD

Betul la sejak dua menjak ni, selalu apa yg mintak jadi kenyataan T_T bab Sweet20’ ada schedule sendiri tu... wahhh saya happynyaaaa!

And last sekali luvy oiiii halamak dia ni hahahahhahaha
Aku dok perati je ni.. tak syak lagi xD Kang mesti gelak guling-guling lepas dapat text tu HAHAHAHHAHAHHHAHA LUVY NI COMEL LAH HAHAHAHA

SAYA NAK LAGI XD

Yippeo CEO kelab peminat #Seongra,
—LovelyIna
LovelyIna
#5
Chapter 5: Asdfghjkl ya Allahhhhhh!!! Aarghhhhhhh Dx mEROYANZZZZZ!!!
Part Rene ya, sangat sangat sangatttt misteri okay? Dia nak pi mana? Ehem, memang aku musuh dgn dia tapi aku pun risau jugak dia nak kluar tgh malam mcm tu.. bahaya woii! Dah la lurus pembaris dia tu.. senang orang nak buli- esh!

Tapi Luvy ni pun lahaii.. Saya mengisytiharkan saya frust! Luvy, tolong la paham.. dua tu group lain, takkanlah orang yang sama wehhh T_____T stresss guwaaa
Hann hahahaha comel mamat tu

And Mark pun ttiba jadi putera maigoddd kenapa tak crush kat dia eh? Ohh lupa dah tersuka Seongwu :3 hahahaha
Seongra tu masa call awal-awal cringey nak mampos rasa nak gigit bantal xDDD ahaa tapi alhamdulillah, the last part romentik angat... saya suka <3 ehehehe

Paling comel, dihatimu~
- LovelyIna
Shimmieh
#6
Chapter 5: Luvy dan Hann shared the same one brain cell. There's no in between.

And wow Reneee nak gi mana tu haaa. XD
Tapi, gaissss Luvy si so relatable. Dia nak minta maaf but end up dia yg marah org balik XD dasar perempuan. Seb baik Jace tu baik.

And Mark!!!! Markkkk Prince Markkkkkkk. I stan! Sura mesti tengah best sengsorang dia sebab Seongwu call XD pepagi buta lak tu.
#SeongRaNation #JaVyKingdom
Shimmieh
#7
Chapter 4: Bagusnya Rene ni takda angin takda ribut nak belanja org XD tapi mark ni mmg kawan yang diperlukan la. mcm tau2 org lapar.

heejoo ni mungkin nak kena ketuk dgn batang penyapu baru dengor kata. tp xpa laa nnt lelama baik la tu ye dok?
sura ni kang jatuh tergolek kat situ haa baru mendapat XD elok2 nak comeback silap2 forever tak comeback. tp faham la org tengah angau mmg cemtu :>

luvy jangan jatuh cinta dulu luvy. sila fikir logik. mcm mana penari boleh tetiba usung beg gitar? think my girl, think!

and foinallyyyyy the boys are here! cannot wait to meet the last oneeeeee.
LovelyIna
#8
Chapter 4: Haih la si Luvy dengan Heejoo ni aku hentuk kepala masing-masing kang sesia je hidup ? Dari dulu sampai sekarang asyik gaduh je kejanya. Stress pulak aku hahahhaha



Nasib baik dah blushing sebab Seongwu.. tapi jahat k lepas nyanyi terus tutup fon, kan Sura dah gila tu ???

Comelnyaaa lahaiii..

Dengan Mark lagi maigod caring sungguh dia xD nak meroyan rasa ni aaaaaaaaaaa!!!



Heejoo pun la, kenapa yg tak bergaul lagi :’) even Rene dgn Sura pun dah tak gaduh.. bila nak dpt tgok dorg lima ni berbaik hah xD



Scene Luvy dengan Kang tu omgggg! Mcam dalam drama tapi tapi ahahaha malaih la nak spoiler sini ?

Akak bagi suggestion end chapter ni kena boh watak lelaki! Mark, Hann, Joe! Baru orang kenai depa ~~



Paling comel (paling muda) xDDD

-LovelyIna
Shimmieh
#9
Chapter 2: SIAPAKAH LELAKI MISTERI ITU?

Bakal ipar saya XD

Dah ulang baca dari awai balik. And lagi best jadik naaa. And we're only at chapter 2 woiiiii. Seriously, Luvy dengan Heejoo ni awai-awai gaduh mcm nak membunuh. Tah2 nanti depa yang taleh pisah XD AND THESE GIRLS ARE SO LUCKY THEY GOT A SISTER MCM JIHYUN. At least ada yang waras kat situ. Sebab yang lain semua tak waras. Lepas ni tah2 pasal tandas pun gaduh XD Tapi sungguh la, Rene tu comey naa. mcm adik-adik sgt. So the very maknae.

AND EXCUSE ME? J.K YOU SMOOTH AF??? Cashier pun tak kenai sapa Luvy, but you, apro dancer, who have been on tour in 50 countries, kenai the underrated dancer Luvy? Guys, please be like J.K.

And Sura dia dah mula la tu nak flirting kannnn. XD Seongwu, nak sembang apa haaa.
LovelyIna
#10
Chapter 2: Asfghjkl............ aaaaaaaaa!! Ribut woi ributttt!! First day ja pun dah ribut dah pompuan semua ni aduhaiii hahahhaha.. sat blurr actually tak tau nak komen apa xD tapi tu lah.. time gaduh tu sempat konfius jap, sapa gaduh dgn sapa tak tau la (so di sarankan readers mohon baca perlahan-lahan dan hadam character dulu ?)

Tapi eh jap, Sura pasaipa tak suka Rene? No reason kah? Takkan pasai dia lawa ja kot hahahaha
Pastu baik sbb bapak dia mafia xD sumpah crack part tu, gelak guling-guling sampai semput
And Yall dope boyz is hereee! Akak jujurlah sbb akak zero basic dgn street dance, so akak tak dpat imagine 100% apa dorg buat masa menari tu... tengah gelek gerudi ka apa xD
Tapi paham la last sekali spray signature tu.. uwu! Luvy annyeong xD maigod romantiknyaaa.. like dorg boleh pi tgok cat tu in 5 years later and boleh cakap.. kita first time jumpa kat sini kyaaaaa so sweet >< I kennot lahhhh


Pastu seongwu ma boi macam mana pulak dah dapat num sura omg omg.. stalker... #slapped
And last, lelaki misteri.. Macam tau ja. Coughs. that K tapi bukan yg dancer ? sbb tu dua ketul luvy dgn heejoo tercengang. Aaww anyway nice! This chapter niceeee !!!
Takzzabar next chapter! Rodger saia bila hapdet

Yang sangat lawa, ehh?
— LovelyIna