Episode 02 :

My Boss have an Affairs with ME !?
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pukul 6 petang , Go Hee kembali dari tandas setelah melepaskan hajatnya . Dia bersapa dengan pekerja lain yang sudah berkemas pulang . Dengan senang hati memandangkan kerjanya untuk hari ini sudah siap , dia terus ke mejanya untuk turut sama berkemas. 

 

Siulannya berhenti apabila melihat sebotol kecil cecair pelega ketidakhadaman Gaviscon berada diatas meja kerjanya . Dia terus memandang sekeliling sebelum tersedar dan menoleh ke tingkap kaca pejabat Jung Kook yang tertutup dengan tirai putih. 

 

Dengan kekok, dia menyimpan ubat itu ke dalam laci mejanya sebelum mencapai beg sandang dan kotnya . Rasa bersalah pula sebab tipu boss sendiri. Tipu sunat , nak selamat . 

 

Cepat -cepat dia berlari anak kearah Soo bin yang juga sudah sedia untuk pulang. Merangkul leher si intern itu , mereka berdua keluar dari pejabat bersama -sama. 

 

Tak sampai berapa saat , Jung Kook menjengahkan kepala dari dalam pejabatnya. Dia memandang Jimin yang masih menaip sesuatu di kekunci . 

 

 " Dia minum tak ?" Soal Jung kook merujuk ke ubat yang diberinya. Jimin melentokkan kepalanya sedikit . 

 

 " Dia pegang ubat tapi tak sure dia minum atau tidak " balas Jimin membuatkan JungKook mengangguk. Lelaki itu kemudian dengan senyuman puas masuk semula ke dalam pejabatnya. 

 

●—○●—○

 

Pagi -pagi lagi Pasar Pagi Choyeom kecoh dengan kedatangan para gangster -gangster bertauliah yang mula meminta -minta duit perlindungan dari para peniaga. Degil sahaja , mulalah ribut datang. Habis ditendang barang -barang niaga dengan sesuka hati badak sumbu mereka. 

 

 " Aisshh!!! Mak cik , kami mintak baik -baik ni ..kenapa susah sangat " Hoseok meletakkan kakinya pada meja dan memandang wanita separuh abad yang degil bukan main. 

 

Ini kalau dia bukak segala jutsu dia ni , berterabur tulang -tulang kurang kalsium tak minum Anlene makcik ini.

 

Tak jauh darinya berdiri dengan tenang , si ketuanya ; Kim Taehyung dengan daun saderi pada mulut. Lelaki itu merengus dengan penuh tak sabar. Dia memang tak suka berkasar -kasar ni. Jadi dia biar orangnya sahaja buat kerja. 

 

 

 " Eomma , Go Hee pergi dulu " kebetulan , Go Hee yang sempat menjengah ibunya di kedai makannya keluar dari kedai itu dan ternampak akan kekecohan yang berlaku. 

 

Matanya terus tertacap pada seorang lelaki yang sedang menggigit daun saderi dengan wajah yang bosan. Riak wajah ceria Go Hee yang penuh semangat terus hilang, dia terus menghalang separuh dari wajahnya dengan tangan. 

 

 " Auww, kenapalah pulak dia kat sini " rengus Go Hee perlahan. 

 

Tak ada jalan lain , mengambil kesempatan dengan kekecohan yang terus menerus ; dia berjalan laju melepasi para mafia tak bertauliah itu. Kakinya macam lipas kudung berjalan laju . 

 

Tak nak dikesan punya pasal. 

 

 " YAH ! JANGAN INGAT AKU TAK NAMPAK!!!" 

 

Go Hee menoleh dan dia dapat lihat Taehyung yang melambai kearahnya dengan batang saderi di tangan. 

 

 " " 

 

Masa ini..

 

RUN 

 

Taehyung terkejut . Gelabah , dia terus mengarahkan orang -orangnya mengerjar gadis itu yang sudah memecut melepaskan diri. Bukan hari ini. Hari ini dia bawak lebih banyak geng !.

 

●—○●—○

 

Jung Kook menukar -nukar siaran di radionya sambil dia menunggu lampu isyarat untuk bertukar. Fikirannya melayang namun matanya masih tertacap tepat pada jalan raya. Tiba -tiba , dia melepaskan keluhan berat . 

 

Dia meletakkan kepalanya pada stereng dan cuba menenangkan fikirannya. Tak mahu terganggu dengan masalah peribadi. 

 

Dia kembali mendongak ke jalan raya sebelum dikejutkan dengan larian kelam kabut Go hee di depan mata. Habis pejalan kaki lain perempuan itu langgar. Gadis itu lari macam baru sahaja nampak hantu. 

 

Tak lama lepas itu, segerombolan lelaki dengan memegang sayur -sayur berlari mengejar entah siapa. 

 

 " Apa yang berlaku ?" 

 

 

 

Terkepung. Go Hee berdiri di tengah -t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Chanbaek641 #1
This is really good!!!