Episode 01 : Boss ada Scandal ?

My Boss have an Affairs with ME !?
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tepat pukul 2 petang selepas sahaja dia nampak para pekerjanya pulang dari makan tengahari , Jung Kook mencapai kotnya yang tersangkut pada sofa dan keluar dari biliknya . Dia terus disapa oleh para pekerjanya yang baru nak sambung kerja serta diekori oleh secretary setianya ; Ji Min yang kelam kabut cari kunci kereta . Terlupa yang boss merangkap kawannya itu ada meeting dengan orang penting pukul 3 nanti. 

 

Kaki Jung kook berhenti melangkah sebaik berada di pintu utama yang automatik terbuka sebaik dia berada di hadapannya. Berdehem kecil , dia menoleh kebelakang semula. Kearah para pekerjanya. 

 

 " Saya keluar sebentar .. Teruskan " tutur Jung Kook membuatkan para pekerjanya menyahut serentak. 

 

Dia kemudian memandang kearah Go Hee yang berdiri di sebelah mesin fotostate. Gadis itu kelihatan sedang terbongkok -bongkok menarik kertas yang tersekat pada mesin mahal itu. 

 

 " Soo Bin-ah !" Panggilnya menyempat kearah seorang lelaki yang tinggi melampai yang kebetulan pula baru pulang dari tandas. Lelaki muda yang merupakan intern itu pantas menoleh . 

 

 " Ya , Sajangnim?" 

 

 " Pergi tolong Go Hee . Saya keluar dulu" pesannya dan terus berpaling keluar. 

 

Soo bin terkebil -kebil. Dia kemudian memandang kearah Go Hee yang masih mengalamo krisis dengan mesin . Pantas dia mendapatkan gadis itu dan membantu sehabis baik. 

 

Sebaik sahaja kelibat Jung Kook dan orang kanan kuatnya , Jimin sudah tiada ; So Min terus bangkit dari kerusinya dan berlari anak kearah ketua team (Team Leader) ; Hyo Jin dan Kwang Hee yang sedang berbincang. Kedatangannya membuatkan kedua insan itu berhenti dan memandangnya . 

 

 " Timjang-nim , boss kita ada scandal , betul ke ? " luru So Min yang dahagakan kebenaran . Kebetulan tengahari tadi semasa dia membeli minuman di kafe syarikat , telinganya menangkap perbualan pekerja dari bahagian keselamatan tentang scandal Bossnya. 

 

Fail yang dipegang Kwang Hee terus jatuh dengan dramatik ke lantai dan mata lelaki itu membutang . 

 

 " Scandal ?. BOSS KITA !?" Soalnya separuh menjerit. 

 

Hyo Jin terus terbatuk dan dia menampar ringan mulut Kwang Hee yang ternganga luas. Inilah jadinya bila asyik gagal ujibakat lakonan. Dia punya riaksi bukan main dramatik lagi.

 

 " Apa maksud kamu? . Dari mana kamu dengar ?" 

 

Para pekerja lain dah mula meluru kearah mereka bertiga. Berminat untuk tolong kopek bawang sekali. Go Hee tak kurang sama menyibuknya. Dia memandang So Min menggaru -garu belakang tengkuk . 

 

 " Abang -abang security yang sibuk bercerita .. Saya cuma terdengar . Mereka kata akhir -akhir ni boss kita asyik balik lewat sebab tunggu scandal dia tu habis kerja.. " sambung So Min penuh bersemangat. 

 

 " Omo! , jadi scandal dia tu satu syarikat " celah Soo bin yang cukup berminat dengan kes curang -curang ni. 

 

 " Eihhh,, boss kita memang selalu balik lambat ... Tak mungkinlahh" sangkal Joo hyuk pula selaku penyokong tegar Jung Kook. 

 

Para pekerja lain diam dan mengangguk perlahan. Tak mungkin benda tu boleh dijadikan bukti tentang kecurangan si Boss. Kena ada bukti yang lebih kukuh dari itu.

 

 " Sudah , sudah.. Kembali beker--- ..orkh, Jieun-nim?" Mata Hyojin tertacap pada sesusuk tubuh yang berdiri di muka pintu sambil ditemani oleh seorang bodyguard peribadinya ; Mr Woo. 

 

Sebaik mendengar nama yang cukup dikenali itu, semua mata t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Chanbaek641 #1
This is really good!!!