Kosong.

SOAL HATI [bbh]
Please Subscribe to read the full chapter

 

BANG!

Gelas yang sudah kosong itu diletakkan dengan kasar di atas permukaan counter bar itu. Pelayan yang bagaikan sudah lali dengan oerangai Baekhyun, mengisi semula gelasnya tanpa berkata apa-apa. 

Kepala Baekhyun serabut. 

Ini sudah masuk interview yang ke sembilan! Tetapi dia masih lagi tidak dapat memperoleh sebarang jawatan di mana-mana syarikat. 

Matanya tiba-tiba berair tapi cepat-cepat ditolak jauh perasaan sedihnya dengan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Rambutnya yang tadinya disisir cantik telah bertukar kusut. Seperti apa yang dia rasakan sekarang. 

Sudahlah dengan masalah mencari kerjanya, tambah lagi dengan masalah bekas kekasihnya. Baekhyun tidak mengerti kenapa sukar buatnya melupakan wanita itu.

Tetapi itulah diri Baekhyun yang sebenar. Dia akan memberi semua hatinya kepada wanita yang bergelar kekasih tanpa teragak-agak sedikit pun. 

Dan pada akhirnya, dia jugalah yang ditinggalkan bersendirian untuk meratapi pemergian orang yang dicintainya. 

Baekhyun tersenyum pahit. I guess the one who love more loses.Tanpa membuang masa Baekhyun meneguk minuman keras yang baru ditambah di gelasnya. 

Ini sahajalah caranya untuk melupakan segala masalahnya. 

Tiba-tiba Baekhyun teringat semula kata-kata Jing. Mempergunakan satu sama lain untuk melupakan parut lamanya?

Mustahil. Dia bukannya gila untuk lakukan perkars seperti itu. 

Baekhyun sendiri tahu betapa sakitnya bila diri ditinggalkan oleh orang yang disayang dan dipercayai. 

Dan kerana idea itu jugalah Baekhyun sudah beberapa hari tidak bertemu dengan Jing. Hatinya asyik meminta-minta untuk jarinya menelefon wanita itu. 

Sungguh dia rindu. Rindu mempunyai teman di sisinya. 

"Byun Baekhyun?"

Suatu suara yang amat dikenali menegur dari jauh. Baekhyun memalingkan wajahnya dan serta merta wajahnya menjadi muram. Matanya memandang wanita di hadapannya dengan dingin. 

Tetapi kesakitan di hatinya? Hanya Tuhan sahaja tahu peritnya.

Baekhyun pantas mengukirkan senyuman yang dibuat-buat di bibirnya yang terukir cantik. "Hana," panggilnya pula.

Memang sukar buat Baekhyun untuk mengekalkan senyumannya. Otot-otot di badannya seakan-akan gagal berfungsi bila melihat kelibat seorang lelaki di sebelah wanita itu. 

Hana tersenggih sebelum memperkenalkan lelaki yang berada di sebelahnya. "Ini tunang saya,"

 

 

 

 

JING dengan lemah membuka pintu rumahnya. Matanya terasa pedih kerana menghabiskan sepanjang harinya untuk menyiapkan lukisannya.

Matanya membulat apabila memandang sekujur tubuh di hadapannya, "Baekhyun?". Lelaki itu sedang menunduk tetapi jelas sekali bau minuman keras di badannya. 

Dia menangis ke? 

Jing menunduk sedikit untuk melihat wajah lelaki itu. Tetapi tindakannya terhenti apabila Baekhyun mula bersuara. Memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Betul ke saya boleh gunakan awak?"

Jing menggaru bawah dagunya yang tidak gatal buat sementara waktu. Dia pun tak tahu apa yang merasuknya untuk berkata begitu pada malam itu. 

Tetapi untuk membantu Baekhyun, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. 

Dia tidak mahu melihat lelaki itu sedih lagi. 

"Mestilah," jawab Jing dengan yakin. 

Mendengar sahaja sebaris perkataan itu daripada mulut Jing, Baekhyun lantas menarik tangan wanita itu dan dengan perlahan pintu rumah Jing tertutup dengan sendirinya. 

Jing sekadar mengikut sahaja. Dia dapat merasakan tapak tangan Baekhyun yang sejuk mengalahkan ais. 

Dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku pada Baekhyun. 

Baekhyun tanpa teragak-agak membawa Jing ke bilik tidurnya dan melemparkan tubuh Jing agar baring di atas katilnya yang empuk itu. 

Bagi seseorang yang sekecil Baekhyun, dia agak kuat juga. Merah juga pergelangan tangan Jing yang digenggamnya.

Jing dengan tenang merebahkan kepalanya di atas permukaan katil. "What's next?" soal Jing. 

Baekhyun membuka beberapa butang pertama di baju kemejanya dan lengan bajunya dilipat sehingga ke siku sebelum turut rebah di katil itu. 

Badannya berada di atas Jing. Badan mereka amat rapat sehinggakan kadang kala dada mereka akan bersentuhan. 

Tipulah kalau Jing kata dia tidak berasa resah. Membahang juga pipinya apabila kedua-dua tangan Baekhyun di letakkan di antara kepalanya. 

Liur yang terasa kelat ditelan. Matanya ditutup rapat, menantikan perkara lain untuk berlaku. 

Tetapi semua keresahan itu hilang bila Jing merasakan ada sesuatu yabg hangat jatuh ke pipinya. Mata Jing dibuka semula dan Jing dapat melihat Baekhyun yang sedang menangis di atasnya. 

"B-Baekhyun. ."

Baekhyun dapat melihat wajah Jing yang bersimpati atad nasibnya. Baekhyun tergelak kecil. Apa yang sedang dia lakukan sekarang ni?

Baekhyun mengelap air matanya, "Apa salah saya Jing?" Tanyanya walaupun dia tahu Jing tidak tahu jawapan kepads persoalan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet