Perngakhiran.

SOAL HATI [bbh]
Please Subscribe to read the full chapter

 

JING!

Kaki Baekhyun pantas berlari kearah rumah Jing yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri. 

Jing!

Baekhyun tak dapat menahan hatinya yang sedang berbungga gembira. Gembira sangat! Kenapa? Kerana dia berjaya mendapat jawatan di salah satu syarikat terbesar Korea. 

Kalau dia jenis yang muka tembok, nak aje Baekhyun menari gelek di hadapan bangunan syarikat itu tadi. Tapi cukuplah sekadar menunbukkan tangannya ke udara.

Itu pun sudah buat dia berasa malu!

Jing!

Dan orang pertama yang dia ingin beritahu semestinya wanita berambut hitam pekat itu. Bibir Baekhyun tersenyum lebar apabila membayangkan reaksi Jing. 

Pastinya Jing akan terkejut dan selepas itu, wanita itu pastinya akan memberinya pelukan yang erat seperti selalu yang dia berikan bila mendengar berita baik daripada Baekhyun. 

Jujur Baekhyun tidak kisah. 

Dia suka dengan kehadiran Jing walaupun pada mulanya agak annoying. Dia suka perangai Jing yang jujur dengannya tanpa perlu ada apa-apa yang diselindung. 

Dan Baekhyun suka Jing yang menerimanya seadanya.

"Jing!" Laung Baekhyun apabila ternampak bayangan Jing yang sedang berjalan keluar dari rumahnya. 

Tangannya yang putih dilambai beberapa kali untuk menarik perhatian wanita itu. Namun, langsubg tidak diendahkan. 

Jing sedang sibuk meneliti kertas di tangannya sambil kakinya berjalan perlahan ke suatu tempat.

Muka Jing yang berkerut dan bibirnya yang dicebikkan itu membuatkan jantung Baekhyun berdebar hebat. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan buat Baekhyun. 

Dia sedar perasaannya kepada Jing adalah jauh lebih mendalam daripada sekadar kawan. 

Tapi untuk mengutarkannya dan mengambil risiko untuk kehilangan hubungan baik dengan Jing? 

Bibir Baekhyun tersengih. 

Tidak sama sekali.

Jing tetap nampak cantik walaupun hanya mengenakan baju lengan panjang yang berwarna hitam dan skirt panjang berwarna kuning lembut.

Sekali sekala rambutnya yang hitam akan mengikut alunan angin yang menyapa. 

Cantik. Memang tidak disangkalkan lagi, Jing memang seseorang yang cantik di mata Baekhyun. Tidak kira apa jua yang dipakai oleh wanita itu. 

Dia bagaikan ada aura yang tersendiri. Cold and collected but at the same time, adorable.

Baekhyun baru hendak melintas jalan raya yang memisahkan mereka apabila matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang berada di sebelah Jing. 

Sekali sekala Jing akan melepaskan tawa sambil tangannya menepuk lembut lengan lelaki itu. 

Entah mengapa jantung Baekhyun bagai dirobek semasa melihat perkara itu. Mereka berdua nampak begitu sepadan dengan satu sama lain. 

Lelaki di sebelah Jing tidak kurang kacaknya apatah lagi ketinggiannya melepasi ketinggian Jing. Semakin sakit dada Baekhyun dibuatnya.

"Diorang tu model ke?" 

Baekhyun memalingkan wajahnya untuk melihat pelajar perempuan yang berada di sebelahnya. Kawan pelajar itu melepaskan gelak kecil. 

"Ye kut! Macam potret hidup kan?"

Ya. . . secara senyap-senyap hati Baekhyun bersetuju dengan kata-kata pelajar perempuan itu.

Semasa Jing berada di sebelah lelaki itu, mereka memberikan suatu aura yang memisahkan mereka dengan dunia di sekeliling mereka.

Manakala jika Jing berjalan beriringan dengan Baekhyun, mereka hanya akan menjadi bahan jenaka orang lain. 

Baekhyun mengenggam dadanya. Sakit. Cemburukah dia?

Mungkin dia benar-benar sudah jatuh hati dengan Jing. Tetapi Baekhyun tidak akan memberitahunya pada wanita itu. 

Dia tidak mahu kehilangan Jing. 

Jing merupakan orang yang terpenting dalam hidupnya. 

 

 

 

 

 

DENGAN berhati-hati, Jing meletakkan kedua-dua cawan mug yang terisi air kopi panas itu di atas meja yang berada di ruang tamu. 

Wajah Baekhyun dipandang seketika sebelum dia mengambil tempat di sisi Baekhyun. 

Kekok. Itu yang dirasa oleh Jing sekarang.

Sangkanya, dia ingin mengadakan party kecil-kecilan di rumahnya bersama Baekhyun untuk meraikan kejayaan Baekhyun memperoleh kerja. 

Tetapi lain pula jadinya bila Baekhyun sering termenung. Wajah Baekhyun juga kelihatan muram dari tadi. 

Hati Jing kuat mengatakan ada sesuatu yang telah berlaku sebelum Baekhyun datang ke rumahnya. Kerana bekas kekasihnya ke?

Bila memikirkan Baekhyun masih mempunyai perasaan kepada bekas kekasihnya. . hati Jing dihimpit dengan rasa cemburu. 

Sakit dia memang tak payah cakap lah. 

Jangan Jing! Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia tidak boleh menyimpan perasaan kepada Baekhyun.

Cukuplah kesakitan yang dirasai semasa ditinggalkan oleh bekas kekasihnya dahulu. Jing tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika pisang berbuah dua kali. 

Tipulah jika dia kata dia sudah biasa ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. Walaupun Jing sering ditinggalkan, perasaan sakit dan sedih setiap kali ia berlaku tetap akan menghimpitnya. 

"Jing. ." 

Suara Baekhyun yang lemah membuatkan Jing tersedar dari lamunannya. 

Suatu senyuman manis diberikan kepada Baekhyun. Dengan harapan, dapat mengurangkan rasa sedih Baekhyun. 

"Bila pizza tu nak sampai?" Soal Baekhyun sebelum tangannya diletakkan ke atas perutnya yang mula berkeroncong.

Jing tidak dapat menahan dirinya daripada tersenggih lebar bila mendengar ayat Baekhyun. Comel. 

Jing melontarkan pandangannya ke arah jam di dinding, "lagi 2 minit je. Sabar eh!"

Keadaan kembali senyap selepas itu. Suasana di antara mereka kian menebal dan otak Jing sedang ligat memikirkan apa yang perlu dikatakan untuk memecahkan kesunyian itu.

Jing membuka mulutnya untuk berkata sesuatu tetapi Baekhyun telah terlebih dahulu memotongnya, "Jing. Apa jenis lelaki yang awak suka?"

Terlopong Jing dibuatkan. Lidahnya kelu. 

"A-Apa?" 

Baekhyun menukar posisi duduknya agar dia dapat berhadapan dengan wanita itu. Mukanya kelihatan serius. Matanya juga memandang Jing dengan pandangan dingin. 

"Awak suka seseorang ke?"

K-Kenapa pula dia tanya soalan ni?! Bisik hati Jing. 

"Um, baik saya call tempat pizza tu. Macam lambat semacam je. ." Jing cuba menukar topik. 

Namun, belum sempat lagi punggungnya dinaikkan, Baekhyun sudah terlebih dahulu menarik tangan Jing dengan kasar. 

Matanya ditutupkan apabila merasakan badannya terjatuh akibat tarikan yang kuat itu. Bila matanya terbuka, Jing baru sedar akan posisi mereka. 

Baekhyun telah berada di atasnya sementara dia pula terbaring di atas sofa itu. Liurnya ditelan. Peluh sejuk mula menuruni dahinya. 

"B-Baekhyun?"

Ini bukanlah Baekhyun yang dikenalinya. Baekhyun itu akan melihatnya dengan mata yang dingin. 

Baekhyun membiarkan kedua-dua tangannya berada di sisi kepala Jing untuk menampung beratnya. Bayangan Jing yang sedang ketawa bersama lelaki tadi, menerjah mindanya semula. 

Baekhyun mengetap rahangnya. Dapat Jing lihat halkumnya bergerak ke atas dan bawah dengan perlahan. 

"Mungkin kit

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet