Permulaan.

SOAL HATI [bbh]
Please Subscribe to read the full chapter

 

BAEKHYUN duduk bercangkung di hadapan bar yang baru sahaja dia dihalau keluar. Tekaknya masih terasa mual dan Baekhyun dapat merasakan sisa muntahnya di dalam mulutnya. 

Membuatkan Baekhyun terasa ingin muntah lagi. 

"Hoi!" suatu suara dengan kasar telah menegurnya. 

Dengan lambat-lambat, Baekhyun mengangkat wajahnya. Dia pasti ia datang daripada salah seorang security bar itu yang ingin menghalaunya keluar dari pangkaran bar.

Tak cukup ke diorang halau aku keluar? Decit Baekhyun secara senyap. 

Sebenarnya memang salah Baekhyun pun. Tanpa sebarsng sebab tertentu dia telah melenting kepada pelayan bar itu apabila pelayan itu tidak mahu menghidangkan air keras untuknya lagi.

Kata pelayan bar itu, ia sudah merupakan gelas yang ketujuh Baekhyun. Dia risau jika apa-apa akan jadi kepada pelanggannya itu. 

Tetapi Baekhyun, yang berada dalam keadaan mabuk, mual dan kepalanya yang sedang berdenyut-denyut telah melemparkan gelas kosongnya ke lantai sebelum melepaskan suatu tumbukan kuat ke pipi pelayan itu.

Hands down. Memang salah dia. 

Tetapi dia terlalu mabuk untuk menyedari perkara itu.

Baekhyun mengecilkan matanya selepas memalingkan wajahnya ke arah sumber suara itu. Penglihatannya samar-samar. 

"Apa!" Balasnya dengan kasar. 

Hatinya masih sakit. Luka l di hatinya masih baru dan memori pahit yang berlaku beberapa hari lalu masih segar dalam ingatannya. 

Api kemarahan yang tersimpan kemas semakin membuak-buak dalam dirinya. Dan bagi memadamkan api itu. . . Baekhyun sanggup melepaskannya kepada sesiapa sahaja.

Namun, Baekhyun agak terkilan apabila merasakan ada sesuatu yang sejuk diletakkan ke pipi kirinya.

Matanya membulat. Mulutnya asyik terbuka dan ditutup semula. Speechless. Dia tak tahu apa yang patut dia utarkan. 

Pemilik suara itu tersenggih sebelum meletakkan botol air mineral itu ke tangan kanan Baekhyun. 

Lembut. Tangan pemilik suara itu memang sangat lembut. Tetapi suaranya tadi tersangatlah kasar. Perempuan ke lelaki  ni?

Pemilik suara itu turut mencangkung di hadapan Baekhyun. Bau busuk yang datang dari lelaki itu tidak diendahkan. 

Baekhyun pula masih tidak dapat menangkap wajah pemilik suara itu. Inilah akibatnya meminum tujuh gelas minuman keras. 

Pemilik suara itu mengeluarkan sepuntung rokok dan dibawa ke mulutnya, "minumlah. It will help you to feel better." Jelas pemilik suara itu. 

Tidak pula dia menghidupkan puntung rokok itu. Hanya dibiarkan ke bibirnya sahaja.

Entah apa yang merasuk Baekhyun, dengan akur dia membuka penutup botol air mineral itu dan diteguknya air itu dengan rakus.

Pemilik suara itu bagaikan terhibur dengan sikap Baekhyun yang berubah seratus lapan puluh darjah dengan Baekhyun yang baru sahaja melenting di dalam bar tadi. 

Suatu ketawa kecil dilepaskan sebelum tangannya mengusap lembut kepala Baekhyun.

"Good boy!" katanya girang. 

Itu perkara terakhir yang Baekhyun ingat sebelum matanya terasa berat dan dapat dia rasakan badannya rebah bertemu dengan permukaan jalan tar yang kasar. 

Kegelapan. Itu sahaja yang dapat dia lihat sekarang. Tapi tidak pula dia rasa takut. . . dia sudah biasa. Kehidupannya pun seumpama kegelapan ini. 

Jadi apa yang perlu dia risaukan?

 

 

 

 

 

 

MATA Baekhyun dikecilkan apabila bertemu dengan sinaran matahari yang begitu terang. Tangannya yang terasa lemah dibawa ke matanya. 

Ia mengambil Baekhyun seketika untuk membiasakan diri dengan keadaan bilik yang terang itu. 

Selepas itu, barulah dia perasan bahawa ini bukanlah biliknya. Tidak. Biliknya lebih gelap dan Baekhyun memang pastikan tiada satu pun sinar matahari yang dapat memasuki biliknya.

Apatah lagi bahagian ceiling bilik itu dilukis dengan lukisan awan yang gebu dan langit yang biru. Ceria. Sesuatu yang Baekhyun dah lama tidak rasa. 

Bunyi yang datang dari pintu masuk bilik itu telah menarik perhatian Baekhyun yang asyik merenung ceiling bilik itu. 

"Dah bangun?" Ujar suatu suara dengan agak kasar. 

Macam dia pernah dengar suara itu. Tetapi tidak pula Baekhyun dapat memproses siapa pemilik suaranya. 

Mulut comel Baekhyun ternganga apabila melihat kelibat wanita itu di bingkai pintu bilik itu.

Dengan selamba sahaja dia merehatkan sisi tubuhnya di bingkai pintu sambil kepalanya dilentokkan ke kiri. Menyebabkan rambutnya yang hitam seperti arang itu jatuh ke bahunya secara perlahan. 

Wanita itu mengangkat sebelah keningnya. "Um, hello?" 

Baekhyun yang bagaikan tersedar dengan cepat banguj dsri posisi baringnya dan dengan serta merta kepalanya terasa berdenyut dan keadaan sekeliling seperti sedang berpusing-pusing!

Baekhyun berdecit kasar lalu kedua-dua tangannya dibawa ke kepalanya. 

"S-Saya kat mana?" Soal Baekhyun sambil mengerang kesakitan. 

Wanita itu hanya melihat sahaja keadaannya. "Rumah saya. Awak tertidur semalam. . dan saya tak tahu awak tinggal di mana jadi. . yeah?"

Mendengar sahaja kata-kata wanita itu, banyangan semalam mula menerjah fikirannya dan seperti tayangan filem, Baekhyun dapat melihat semula apa yang terjadi semalam. 

Jujur dia kata, dia malu. 

"Urm." Baekhyun hanya mampu berdehem. 

Wanita itu yang bagai faham dengan keadaan Baekhyun, mengorak langkah untuk  keluar dari bilik itu. 

Namun, langkahnya dihentikan dan kepalanya dipaling ke arah Baekhyun semula. Matanya yang berwarna hitam itu memandang anak mata Baekhyun. 

Pandangan mereka bertaut buat seketika sebelum Baekhyun mengakhiri sesi itu sendiri. Dia masih rasa malu dengan apa yang berlaku semalam. 

Wanita itu tersenggih. Seronok melihat perilaku Baekhyun yang malu-malu itu. 

"Baju bersih ada dekat meja tulis tu. Berus gigi dan tuala bersih juga, jadi jangan malu-malu untuk gunakan bilik air," katanya sambil menjuihkan bibir merahnya ke arah bilik air yang berada di dalam bilik itu. 

Dia baru sahaja ingin melangkah pergi sebelum langkahnya terhenti sekali lagi. "Oh! Saya ada buat breakfast juga untuk your hangover."

Baekhyun sekadar mengangguk. Pipinya membahang. Siapa lelaki dan siapa perempuan sekarang ni? Mungkin sebab inilah dia ditinggalkan oleh kekasihnya. 

Hatinya diterjah dengan rasa sakit itu sekali lagi. Luka yang masih segar kembali berdarah. 

Selimut yang berada di tapak tangan digenggam erat. 

Bibirnya menguntum senyuman terpaksa. Baekhyun tak pastilah ia nampak palsu atau tidak di mata wanita itu. Tetapi tidak pula wanita itu berkata apa-apa. 

"Terima kasih cik. ."

"Jing. Jing Choi," ujarnya sebelum berjalan ke arah Baekhyun. 

Sangka Baekhyun dia ingin menghulurkan tangannya ke pada Baekhyun. Jadi dia buat tak tahu sahajalah.

"Cik Jing. Saya Byun Baekhy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet